Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kemahuan Bebas adalah Memilih Jalan yang Wajar

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Host: Pada hari Rabu, 27 Oktober, semasa membuat panggilan telefon berkaitan kerja dengan seorang anggota pasukan Supreme Master Television, Mahaguru Ching Hai Tersayang, sementara masih dalam suluk intensif untuk dunia, dgn lembut mesra menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan pertemuan antara Joe Biden dan Paus Francis I.

“ Media Report from RomeReports.com 0ct. 26, 2021: Presiden AS Joe Biden akan pergi ke Vatican untuk bertemu dengan Paus Francis pada hari Jumaat. ”

“ Media Report from Reuters Oct. 27, 2021: Sementara Biden di bawah tekanan daripada golongan konservatif atas pendiriannya terhadap pengguguran, pentadbirannya baru-baru ini telah mencabar pengharaman hampir sepenuh yg baharu terhadap pengguguran di Texas dan Mahkamah Agung akan mendengar kes ini pada Isnin depan. Media dan biskop Katolik konservatif telah mengkritik Biden atas pendiriannya, dengan sesetengahnya berkata dia harus dilarang daripada menerima perjamuan, upacara suci utama agama ini. ”

(Biden akan bertemu dengan paus pada 29 Oktober untuk bincangkan pelbagai topik.) Ya. (Memandangkan seperti Pelosi, Biden seorang Katolik dan propengguguran, apa yang Guru rasa tentang dia bertemu dengan paus?)

Apa yang saya rasa? Mengapa? Adakah kamu terkejut? (Tidak.) Orang yang sama jenis bergaul bersama. (Ya.) Mereka semua ahli politik. Saya sendiri sangat terkejut, bukan kerana mereka saling bertemu tetapi paderi tertinggi dalam sistem Katolik pun merupakan ahli politik, (Ya.) banyak berpolitik. Apa yang kamu rasa? Boleh kamu bayangkan Biden pergi sana, kemudian mereka berpegangan tangan, (Oh! Ya.) mungkin mencium muka atau apa lagi. (Ya.) Seperti sebelumnya, dia berpegang tangan dengan Pelosi. (Ya.) Barangkali dia akan perlakukan mereka dengan penuh kasih sayang, kelembutan, berpegang tangan dan sebagainya. (Ya.) Memegang tangan yang tandatangani kematian berjuta-juta orang Amerika, malah nak buat begitu di luar negara juga, bayar untuk pengguguran di luar negara. (Oh, wau!) Kamu tahu jenis tangan itu. (Ya.)

“ Media Report from EWTN Oct. 22, 2021: Hari ini, Rumah Putih telah mengeluarkan apa yang dipanggilnya sebagai strategi nasional pertama untuk kesaksamaan dan kesamaan jantina dan mengulangi banyak kali dalam dokumen sepanjang 41 muka surat ini sokongan kuatnya terhadap pengguguran.

Reporter(m): Pentadbiran ini benar-benar menggandakan usaha mempertahankan Roe lwn. Wade, menyingkirkan Hyde... (Pindaan Hyde, suatu peruntukan yang telah wujud selama lebih 40 tahun, mengharamkan wang cukai digunakan untuk membiayai pengguguran di AS. Sekarang versi rang undang-undang perdamaian Dewan Perwakilan dan Dewan Senat tidak termasuk ini.)

Reporter(m): Rang undang-undang ini termasuk membiayai pengguguran di seluruh dunia. (Presiden Biden telah membenarkan penggunaan wang cukai bagi membayar untuk pengguguran di negara lain. Jadi kita mengambil wang kita dan membayar untuk bunuh kanak-kanak di negara membangun.) ”

Jadi saya tidak terkejut kerana dia tak kata apa-apa pun tentang perkosaan kanak-kanak di gereja, (Ya.) tempat yang sangat suci. Tak pedulikan mereka. Tak pedulikan dosa mereka dan penderitaan semua kanak-kanak, malah kanak-kanak sekecil enam tahun, (Ya Tuhan.) seorang budak perempuan, jika kamu masih ingat berita, (Ya.) laporan itu. Sebelumnya kita bercakap tentangnya. (Ya, kami masih ingat.) Jadi jika dia boleh tak pedulikan semua perbuatan berdosa daripada kononnya paderi yang sangat suci ini dan sekarang menyokong pengguguran, biarkannya berlaku atau menyokongnya, maka mana boleh kamu terkejut dengan orang yang sehaluan ini saling bertemu? (Ya.) (...)

Apa yang boleh mereka bincangkan? Bincangkan apa? Apa yang nak dibuat seterusnya mengikut arahan Iblis, berbisik di telinga mereka atau apa? Berpegang tangan dan berjalan bersama, bersendel bahu walaupun ada segala pandemik dengan mandat pelitup muka. (Ya, Guru.) Mereka berpegang tangan, bersendel bahu, rapat sekali, bersendel bahu dan pinggul dan berjalan di tempat suci rumah Tuhan. (Ya.) Masih ingat dia mengatakan sesuatu kepada pastor bawahannya bahawa mereka perlu perlakukan mereka dengan gaya Tuhan. Saya tak tahu apa itu gaya Tuhan tapi Tuhan pasti takkan berpegang tangan dengan syaitan. (Tidak.) Tuhan takkan beritahu mereka, “Engkau tak apa-apa. Aku berbelas kasihan terhadap engkau. Aku ampuni engkau semua. Teruslah membunuh mereka kerana Aku akan berbelas kasihan terhadap engkau. Aku akan pegang tanganmu di sepanjang jalan.” (...) Jadi tiada apa yang boleh mengejutkan saya lagi. (...)

(Guru, apabila Tuhan berikan kemahuan bebas kpd kita, mengapakah orang tak boleh buat apa yang mereka mahu seperti menjalani pengguguran? (...))

Tuhan berikan kemahuan bebas kpd kita kerana Tuhan bukan diktator. Jika Tuhan ialah diktator, Dia takkan menjadi Tuhan. (Ya.) Dia tidak bersyarat. Tuhan tidak bersyarat. Tetapi Tuhan juga buat hukum seperti, “Engkau tidak boleh membunuh. (Ya.) Engkau tidak boleh berbohong. Engkau tidak boleh menjadi saksi palsu. Engkau tidak boleh mencuri,” dll. (Ya.) (...)

Kamu bebas memilih tetapi perlu memilih dengan betul. Kamu perlu memilih apa yang suci, sihat. Kamu tak boleh cederakan orang lain. Kamu tak boleh cederakan makhluk lain demi diri sendiri. Sebab itu ada dikatakan, “Apa-apa yang kamu tidak mahu dilakukan terhadap dirimu, jangan lakukannya terhadap orang lain.”

“ 7 Reasons’ (2019) Directed by Ray Comfort: Ini pengguguran yang paling kerap dijalankan dan biasanya digunakan utk kehamilan dari 5 hingga 13 minggu. Mesin sedut ini dipasang dengan kuasa 10 hingga 20 kali lebih kuat daripada pembersih vakum di rumah. Bayi dicarik dengan cepat oleh daya sedutan dan dihimpit melalui tiub ini, turun ke dalam mesin sedut tersebut.

Lady(f): Pengguguran tahap lewat dilakukan dengan dua cara, sama ada melalui pengeratan atau melalui cara pengguguran kelahiran separa di mana tengkorak dihancurkan, atau kedua-duanya. ”

“ Media Report from C-SPAN 2 2015: Pesakit kita hari ini berumur 17 tahun. Dia telah hamil 22 minggu. Bayinya beberapa inci lebih panjang daripada tangan kita dan dia telah merasai tendangan bayinya dalam beberapa minggu ini tetapi dia sedang tidur di atas meja bilik bedah. Ini alat pencengkam. Apabila ia mencengkam sesuatu, ia tidak melepaskan. Prosedur D&E (Pengembangan dan Pengosongan) ialah pengguguran buta. Jadi bayangkan diri anda memperkenalkan ini dan mencengkam apa-apa saja yang boleh secara membuta dan tarik, saya maksudkan dengan kuat, dan keluar satu kaki lebih kurang sebesar itu yang kita letak di atas meja di sebelah kita. Masukkannya lagi, tarik lagi, tarik keluar satu lengan yg lebih kurang sama panjang yang kita letak di atas meja di sebelah kita dan menggunakan alat ini secara berulang kali utk cabut tulang belakang, usus, jantung, dan peparu keluar. Kita tahu kita lakukannya dengan betul jika kita menghancurkannya dengan alat ini dan bahan putih mengalir keluar dari serviks. Itu otak bayi. Kita boleh menarik keluar serpihan tengkorak dan pada hari itu, seperti yang saya alami banyak kali, kadangkala muka kecil kembali dan merenung ke belakang pada kita. ”

Jika kamu ialah bayi di dalam rahim ibu, apa yang kamu mahu? Dikerat anggota demi anggota badan untuk dicabut keluar, atau kamu nak menunggu hingga tiba masanya, keluar, berkata ‘halo’ kepada dunia, berikan sumbangan, dan jalani kehidupan yang Tuhan berikan kepada kamu. (Saya mahu hidup.) Ya. Semua makhluk di planet ini ingin hidup. Sebab itulah Tuhan mencipta nyawa. (...)

Kemahuan bebas, kamu perlu memilih apa yang baik, apa yang buruk. Tuhan hantar Anak-Nya ke bawah sini untuk tunjukkan kepada kamu jalan apa nak dipilih untuk menggunakan kemahuan bebas kamu. (...)

“ Media Report from EWTN Pro-life Weekly Oct. 9, 2021: Kamu memanggil Akta Perlindungan Kesihatan Wanita yang diluluskan oleh Dewan (Perwakilan) sebagai pengorbanan kanak-kanak. Apakah reaksi kamu terhadap bagaimana Speaker Pelosi beri respons? Nampaknya dia hampir mengelak daripada berkata bahawa kamu ialah Biskop Besarnya dan dia mempertahankan pendiriannya dengan ‘kemahuan bebas’.

Archbishop(m): Kita semua bersetuju dengan itu. Pasti, Tuhan telah berikan kemahuan bebas kpd kita dan Tuhan hormati kemahuan bebas kita meskipun kita gunakannya untuk bunuh orang yang tak berdosa. Ya, kita ada kemahuan bebas tetapi orang Kristian tahu bahawa dia mesti gunakan kemahuan bebas menurut kehendak Tuhan. Ini bermakna kita memerlukan hati nurani yang terbentuk dengan baik untuk memutuskan apa ialah perkara betul untuk dibuat dalam sesuatu situasi. Jadi ini soal membentuk hati nurani dengan betul supaya kita dapat menjajarkan kehendak kita dengan kehendak Tuhan dan buat apa yang Tuhan mahu kita buat. ”

Jadi kemahuan bebas adalah kamu harus memilih jalan yang wajar, jalan yang betul. Apa-apa yang kamu tak mahu dilakukan terhadap dirimu sendiri, jangan lakukannya terhadap makhluk lain kerana makhluk lain juga ada kemahuan bebas untuk hidup. (Ya.)

Dia tak memudaratkan kamu. Bayi kecil, janin kecil, apa yg dibuatnya terhadap kamu? (Tiada.) Ya Tuhan! Kamu harus berasa gembira dengan Tuhan berikan kepada kamu bayi yang penyayang, cantik, untuk dipeluk, dipegang tangan, dijaga sehingga dia membesar menjadi sesuatu yang hebat dengan usahanya sendiri. Mereka tak perlu menjadi Einstein atau Tesla. Mereka boleh menjadi apa-apa saja untuk menyumbang kepada masyarakat kerana dalam masyarakat kita perlukan segala jenis kecerdasan, segala jenis kerja, segala jenis sumbangan. (Ya.) Buruh yang membersihkan hospital, membersihkan hotel, mencuci pinggan di restoran, memetik buah-buahan dan sayuran pun, semuanya hebat. (Ya.) Tanpa mereka, kita tidak dapat hidup! (Tidak, Guru.) Tanpa doktor, kita tidak dapat hidup. Tanpa jururawat, kita akan alami kesusahan. Tapi tanpa buruh memetik buah-buahan, membersihkan hospital, membersihkan hotel, kita akan alami kesusahan juga. Ada buruh yang membersihkan jalan, memungut sampah untuk kita. Semua ini hebat di mata saya. (Ya, Guru.) Kerana kita tak dapat hidup tanpa mereka. (...)

Jadi tak menjadi hal sama ada mereka akan menjadi terkenal, cendekiawan atau apa-apa pun. Tidak. Setiap orang hebat. Kerana setiap orang diperlukan di planet ini utk memastikan segalanya berjalan dengan elok, (Ya.) lancar dan baik. Tetapi kita perlu memilih jalan yang betul. Kita tak boleh cederakan sesiapa pun, mana-mana haiwan, manusia. Dan ini hanyalah bayi kecil. Ya Tuhan. Betapa kejamnya! Kita boleh berapa kejam jika membunuh mereka? (...)

Tuhan ialah Pencipta asal semua benda, nampak dan tak nampak. Semua alam semesta ialah ciptaan Tuhan. Kita boleh dialu-alukan untuk gunanya dgn sebarang cara kita perlukan tetapi bukan tamak, memusnahkan. (Ya.) Itu bukan kemahuan bebas. Sama seperti di negara kamu, itu negara bebas tetapi kamu tak boleh membunuh orang. (Betul tu.) Kamu tak boleh pergi mencuri, merompak dan mencederakan orang lain.

Jadi sama juga, pengguguran ialah pembunuhan. Ia perlu dimansuhkan. (...) Dimansuhkan sepenuhnya, 100%, kerana itu betul-betul pembunuhan, pembunuhan orang yang tak berdosa, tak dapat mempertahankan diri.

“ Media Report from EWTN Pro-life Weekly Oct. 20, 2017: Tak kira apa yang kita percaya tentang pengguguran, kita tak berhak untuk memaksakan pandangan pronyawa kita pada badan wanita lain. Bagaimana kamu beri respons kpd itu? (Tidak. Itu sebodoh berhujah bahawa itu bukan hal saya sama ada kamu memukul anjing di halaman belakang kamu. Itu bukan anjing saya. Saya tak berkaitan dengan halaman belakang kamu. Jika kamu rasa anjing itu wajar dipukul, apa yg hentikan kamu drpd lakukannya? Adakah saya pemutus moral yang agung? Jawapannya adalah kita sentiasa membuat pertimbangan moral ini apabila kita nampak pelanggaran undang-undang moral. Ini ialah pelanggaran undang-undang moral, membunuh manusia lain. Itu sebabnya kita ada undang-undang pembunuhan.) ”

“ 7 Reasons’ (2019) Directed by Ray Comfort:

Reporter(m): Tahukah kamu bahawa jika seorang lelaki datang ke depan seorang wanita, menumbuk perutnya dan bayinya mati, dia dituduh melakukan pembunuhan? (Ya.)

Anchor(f): Maryland bersama dengan 40 buah negeri yang lain ada undang-undang homisid janin.

Reporter(f): David Miller didapati bersalah menembak dan membunuh teman wanitanya yang hamil serta bayi pasangan itu dalam kandungannya.

Reporter(m2): Ia membolehkan seseorang dituduh atas pembunuhan, pematian orang atau pembunuhan janin pd mana-mana peringkat perkembangan. Undang-undang ini tidak termasuk pengguguran yang sah.

Reporter(m): Apakah ertinya itu kepada kamu? Tidak menyatakan kekaburan dalam undang-undang kita bahawa undang-undang menyatakan itu bayi, kemudian undang-undang menyatakan kita boleh bunuh bayi? ”

Jika seorang lelaki masuk ke dlm rumah, merompak seseorang dan membunuh seorang lelaki, sekurangnya lelaki itu orang dewasa, mungkin dapat mempertahankan diri. Tetapi bayi, mana dapat? (...) Begitu pun, pembunuh atau perompak perlu duduk dalam penjara, (Ya.) dan orang melakukan banyak kerja untuk mendakwa dia. Mereka menjalankan ujian DNA. Mereka membuat kajian. Mereka mendapatkan pengakuan. Mereka mendapatkan semua fakta dulu baru boleh menghukum orang itu, kemudian bunuh dia atau tidak.

Tetapi bayi tiada apa-apa pun, belum ada rekod pun. (Ya, betul tu.) Itu bukan salah mereka. Sesetengah orang pergi melakukan jenis hubungan seks ini, sama ada secara rela atau tidak, kemudian mengandungkan bayi, kemudian bunuh bayi itu hanya untuk menutup, untuk menghapuskan bukti atau untuk kemudahan. (Faham.) Itu memang jahat, (Ya.) lebih 1,000 peratus atau berjuta-juta peratus jahat. (Ya, Guru.) Kemahuan bebas.

Pada bila-bila saya bercakap tentang segala ketidakadilan dan kekejaman ini, saya berasa begitu panas hati. Saya sakit leher. (...) (Saya harap Guru tak apa-apa.) Saya tak apa-apa. (...)

Tiada apa-apa yang dapat dibandingkan dengan bayi tak berdosa, tak berdaya yang perlu mati dengan cara yang begitu menyeksakan dan menyakitkan tanpa sesiapa yang bantu dia ini. (...) Dikerat anggota demi anggota badan tanpa sebab dan tak buat apa-apa terhadap sesiapa pun. Ya Tuhan, mereka masih hidup tapi orang mengerat-ngerat anggota badan untuk mengeluarkan mereka macam itu. Atau meracun mereka untuk mengepam mereka keluar, bergantunglah. (Ya.) Meskipun apabila mereka sudah dilahirkan, hingga tarikh kelahiran, orang bunuh mereka dengan serta merta.

“ ‘7 Reasons’ (2019) Directed by Ray Comfort:

Reporter(m): Demokrat akan melonggarkan sekatan terhadap pengguguran tahap lewat.

Reporter(m2): Apabila dia ditanya oleh pembuat undang-undang Republikan sama ada rang undang-undangnya benarkan pengguguran malah sementara seorang wanita sedang bersalin... (Rang undang-undang saya benarkan itu.)

Reporter(m): Pengguguran boleh dipertimbangkan malah ketika bersalin.

Reporter(f): Membenarkan pengguguran sehingga kelahiran... (Itu bayi, telah dilahirkan. Ada masanya ibu dan doktor boleh memutuskan sama ada nak bunuh bayi itu atau tidak.) ”

Itu kononnya ‘kemahuan bebas’ rakyat. Mereka orang yang jahat. Mereka begitu jahat. Sebab itu saya terbaca dalam berita (...) bahawa sperma lelaki Amerika semakin rendah kualitinya dalam tahun-tahun ini. Tuhan tak nak berikan apa yang baik kepada manusia lagi untuk menebus kesalahan mereka di planet ini. Macam itulah. Mereka tak dapat jelaskan sebabnya. Segala pemakanan daging dan darah ini, segala pembunuhan dlm peperangan ini dan saling membunuh, saling membunuh, kemudian membunuh bayi beramai-ramai untuk ritual syaitan atau kemudahan.

“ ‘7 Reasons’ (2019) Directed by Ray Comfort: Mengapa tidak melahirkan bayi? Itu bayinya dan biarnya diangkat orang supaya ia ada rumah penuh kasih sayang. Pernah memikirkan itu? (Ya, saya ada memikirkannya tetapi 9 bulan, masa yang begitu panjang.) Itu menyusahkan bukan? (Dengan bayi, kita berjaga sampai lewat malam. Mengorbankan kehidupan kita untuk membesarkan seseorang.) Bukankah itu apa yang ibumu buat untuk kamu? (Ya, memang.) Dia tidak menggugurkan kamu. Dia membesarkan kamu. Dia mengorbankan sesuatu supaya kamu dapat hidup. Dengan kata lain, kamu kata justifikasi yang baik untuk pengguguran ialah ia menyusahkan. Kamu nak berparti tetapi bayi itu akan mengganggu kehidupan sosial kamu. Adakah itu betul? (Ya, sebenarnya itu masuk akal, sebenarnya menyentuh hati saya.) ”

Tiada alasan. (Tiada.) Jadi Tuhan tak nak berikan apa-apa lagi. Itu hanya di Amerika sahaja. Saya pasti banyak negara yang lain begitu juga. (...)

(Oleh sebab Biden akan pergi berjumpa dgn paus pada 29 (Oktober), ada banyak biskop Amerika yang ingin bersidang selepas tiga minggu) Ya. (untuk membincangkan perjamuan bagi ahli politik yang menyokong pengguguran.) Ya. (Mereka ingin menghantar mesej kepada Biden, Pelosi dan orang lain, “itu akan menyentuh hati nurani mereka.” Jadi apakah pendapat Guru tentang ini?)

Oh! Tuhan rahmati mereka. Tuhan rahmati orang-orang ini. Tuhan rahmati biskop-biskop ini. Mereka harus berada di Vatican (Oh! Ya.) untuk mengawal polisi ini, untuk buatnya menjadi lebih baik.

Paus ini tak berguna. Dia tiada sifat untuk menjadi ketua Gereja Katolikisme. Hingga kini, saya tak nampak sebarang sifat baiknya. Dia hanya bercakap saja. (Ya, Guru.) “Bantu orang miskin,” dan apa lagi? “Jangan mengebom orang lain.” Pasti takkan ada orang yang mengebom lagi untuk dia bercakap besar kerana mereka terus membunuh bayi macam ini, 40 hingga 50 juta setahun. (Oh! Ya. Wau!) Kamu rasa kita akan ada generasi seterusnya yang tertinggal lagi? (Tidak, Guru.) Dan ia akan menjadi apa jenis generasi? Apa jenis dunia yang akan kita warisi? Semuanya pembunuhan di seluruh dunia. (Ya.) (...)

Mereka orang yang berpura-pura. Mereka berpura-pura. Paus ini betul-betul paus palsu. (Ya, Guru.) Jika dia tak bertaubat, suatu hari nanti Tuhan akan cabut dia dan menghukum dia di neraka. Saya sumpah, itu akan berlaku. (Ya, Guru.)

(Banyak orang hilang kepercayaan kepada paus dan pemimpin agama mereka.) Ya, saya tahu, disebabkan itu, (Ya.) disebabkan oleh semua ini. Siapa boleh percaya kpd paus sebegini? Dia sepatutnya mewakili ajaran Nabi Isa, (Ya.) belas kasihan dan kewajaran. (Ya.) Sepuluh Rukun. Dia hancurkan semuanya. Dia bertentangan dengan semua itu. (...)

Jika dia ada rasa malu, kesopanan, dia harus pergi dari situ, bersembunyi di sesuatu tempat dan bertaubat sepanjang hidupnya. Dia dah tua. Jika dia tak memikirkan itu, maka ajalnya akan tiba tak lama lagi. (...) Jika dia masih tidak bertaubat, tidak bijak, maka dia tak berguna. (...)

Terlalu memalukan. Terlalu berdosa. (Ya, Guru.) Kamu akan lihat apa yg akan Tuhan buat terhadap jenis orang ini. Saya tiada sebarang kuasa untuk membuat apa-apa pun, tetapi Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Cepat atau lambat, semua dosa ini, semua konsep kekejaman ini akan mendatangkan balasan kpd mereka. (...) Hukum Alam Semesta takkan memaafkan orang-orang ini. (...)

“ ‘7 Reasons’ (2019) Directed by Ray Comfort:

Reporter(m): Apakah sebab yang baik untuk membunuh bayi itu? (Mendefinisikan ‘bayi’.) (Maksud saya, itu hanyalah suatu organ. Itu bukan benda hidup. Maksud saya...) (Kita definisikan sebagai jantung saja? Maksud saya...)

Reporter(m): Adakah kamu nak lihat gambar bayi? Saya akan tunjukkan yg berusia kira-kira 9 minggu. Saat. Itu bayi berusia sembilan minggu. Itu apa yang mereka kerat. Mereka menghancurkan kepala serta mengerat tangan dan kakinya. Itu pengguguran zaman moden. Adakah kamu tahu itu? (Tidak, saya tak tahu. Jadi mereka menghancurkan bayi, mengerat tangan dan kakinya sementara ia masih hidup.) (Itu tak boleh. Maksud saya...)

Reporter(m): Adakah kamu telah berubah fikiran tentang pengguguran? (Saya telah berubah fikiran. Ya, selepas kamu letak ini di depan saya, adalah senang bagi saya kata, “Ini hanyalah janin yang ada tangan dan kaki,” tapi kamu letak ini di depan saya dan saya boleh kata itu kanak-kanak. Saya tak rasa kita boleh membunuh bayi.) ”

Saya berdoa. Saya sentiasa berdoa sebelum bercakap dengan kamu semua atau pada bila-bila agar kata-kata saya boleh penuh dengan rahmat Tuhan dan kebijaksanaan supaya ia akan beri manfaat kepada orang lain. (...) Saya berdoa dalam lubuk hati saya agar apa-apa yang saya katakan akan merupakan kata-kata Tuhan. (...) Tuhan akan gunakan saya, mulut saya, otak saya, minda saya untuk membantu ciptaan-Nya. Itu apa yang saya sentiasa doakan. (...)

Bukan saya yang berkata lagi. (Ya, Guru.) Saya serahkan segalanya kepada Tuhan utk digunakan.

Saya serahkan apa-apa saja dlm diri saya yang semuanya milik Tuhan sejak lama dahulu lagi. (Ya, Guru.) Sejak saya mulakan misi ini, saya tak pernah berfikir saya membuat apa-apa. Semuanya arahan Tuhan, seluruh Syurga. (Faham.) (...)

Baiklah, sayang. (...) Ucapkan halo kepada kamu semua yang begitu saya sayangi, (Terima kasih, Guru.) bahawa saya benar-benar begitu hargai kamu kerana membuat Televisyen Supreme Master kekal hidup, kamu semua, (Ya, Guru.) kakitangan di ashram dan di luar. Saya amat berterima kasih kepada kamu, (Kami berterima kasih.) dan Tuhan tahu akannya. (...)

Semoga Tuhan rahmati kita. (Ya, Guru.) Semoga Tuhan rahmati semua bayi supaya berada di dunia ini dgn selamat, dengan cerdik dan akan berikan sumbangan kepada dunia kita untuk semua orang hidup gembira. Semoga mereka panjang hayat hingga hari mereka lihat Vegan Sedunia, Keamanan Dunia. Semoga kita hidup hingga hari itu. (Ya, Guru.) Syukur, Tuhanku. Syukur, Tuhan. Semoga Engkau diberkati, Tuhanku. Semoga hati-Mu, belas kasihan-Mu diberkati agar makhluk di planet ini takkan terus menyakitkan Engkau, Tuhanku. Semoga Engkau diberkati. Semoga Engkau diberkati, Tuhanku. Semoga Engkau diberkati.

Host: Kami amat berterima kasih atas Berkat tak terbatas Guru Berharga. Kasih Sayang tanpa syarat, hati ikhlas dan kata-kata mendalam, benar Guru ialah berkat terbesar kpd dunia kita yang masih bermasalah. Kami bersungguh-sungguh mendoakan kesedaran semua pemimpin di bawah cahaya pemurah Syurga agar mereka dengan berbelas kasihan memuliakan hak untuk hidup bayi dalam kandungan. Semoga manusia segera makrifatkan diri dengan memuliakan Tuhan dan semua ciptaan tersayang-Nya. Semoga Guru Maha Prihatin mengecap kesejahteraan dan ketenangan sempurna dalam perlindungan tak terhingga semua Syurga Megah.

Bersamalah kami dalam rancangan Antara Guru dengan Anak Murid pada Rabu, 17 November untuk siaran penuh panggilan telefon ini bagi mendengar sebab ahli kultus syaitan harus percaya kepada Tuhan sebaliknya.

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-05
10 Tontonan
2024-11-05
22 Tontonan
2024-11-04
2935 Tontonan
2024-11-04
152 Tontonan
2024-11-04
108 Tontonan
2024-11-04
106 Tontonan
2024-11-04
903 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android