Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kisah Mahākāśyapa (vegan), Bahagian 9 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi Guru sebenar memang sukar nak cari juga. Saya harap Dia takkan memukul anda seperti yg Marpa lakukan terhadap Milarepa. Mereka berikan makrifat kepada anda dengan serta-merta, sebagaimana saya berikan kepada anak murid saya. Jadi bergantung kepada tuah anda tetapi kriterianya ialah anda perlu nampak Cahaya Syurga dan dengar Suara Syurga, Firman Tuhan, ajaran Buddha secara langsung. Itu kriterianya.

Kerana jika anda cari jenis sistem agama sendiri – paderi, biksu, mullah, imam, nabi atau apa-apa saja yg anda namainya, maka mungkin anda berasa kecewa kerana seperti yang saya dah kata, seperti sungai, mengalir ke tempat lain. Ia tak sentiasa berada di tempat yang sama itu. Lepas seketika, ia hilang ke bawah tanah, kemudian muncul semula di tempat lain. Jadi makrifat ialah apa yang anda cari, bukan rupa luaran seseorang yang harus berikan makrifat itu kepada anda. Mungkin ia dalam sistem agama yang sama, mungkin ia di tempat yang sama tetapi tak semestinya macam itu.

Jadi anda perlu benar-benar inginkan makrifat – rendah diri, ikhlas, teringin akannya. Apabila anda dah sedia, seorang Guru akan muncul untuk anda. Tuhan akan buat seorang Guru muncul kepada anda secara langsung atau tak langsung: melalui seseorang atau melalui buku, televisyen, radio atau CD. Anda perlu ada intuisi sebegini dalam hati anda yang inginkannya dan ikhlas, maka anda akan menemui seorang Guru, atau Guru akan mencari anda.

Apabila anda telah temui seorang, maka ikut Dia, kekal bersama Dia dan hanya amalkan apa yang Guru itu beritahu anda – tiada apa-apa yang lebih, yang kurang. Jangan harapkan padang rumput lain, tetap berada di mana rumput anda hijau dan selesa. Meskipun rumput jiran mungkin kelihatan lebih hijau, mungkin bukan begitu. Itu hanya ilusi; hanya keadaan; hanya harapan anda. Sama seperti di gurun, kadangkala anda lihat di kejauhan dan macam nampak tasik atau kolam air tetapi apabila anda pergi ke sana, tiada apa-apa pun. Ini kerana itu hanya logamaya di gurun dalam cuaca panas. Macam itu juga kadangkala di jalan raya, di jalan asfalt, mungkin anda nampak kolam air di hadapan tetapi apabila pergi ke sana, segalanya kering, tiada apa-apa seperti itu

Oleh sebab saya tak menulis apa-apa skrip dulu dan juga tiada sebarang telepandu atau penulis siluman untuk saya, jadi apa-apa saja yang saya teringat, walaupun tidak dalam urutan ABC, tolonglah faham.

Sekarang kita kembali ke kaedah meditasi atau Guru yang dapat mentransmisikan makrifat kepada anda dengan Tenaga-Nya untuk diberikan kpd anda pada permulaannya, untuk menaikkan anda. Jika anda rasa hanya kezahidan, cara yang dilakukan oleh Buddha, akan membawa makrifat kepada anda, maka anda perlu berfikir sekali lagi. Bukan macam itu. Jika tidak, mengapa Buddha tidak mendapat makrifat sewaktu biarkan diri-Nya hampir mati kelaparan dengan mengamalkan kaedah zahid – biarkan diri-Nya hampir mati kelaparan tetapi tak mendapat apa-apa pun sehingga Baginda sedar dan membuat perkara mengikut jalan tengah, bukan cara melampau, kemudian Baginda mendapat makrifat, dapatkan seorang lagi Guru atau satu lagi keazaman, satu lagi jenis kaedah amalan.

Bukan biarkan diri kita berlapar, bukan menghukum diri – badan kita tidak buat apa-apa yang salah. Badan kita ialah rumah ibadat Tuhan. Kita perlu hormatinya, jaganya dengan baik supaya ia dapat bantu kita mencari makrifat dalam hayat ini di Bumi ini. Ini sama seperti orang-kuda yang menarik pedati anda. Mungkin anda rasa dia hanyalah orang-haiwan, tetapi tanpa dia, pedati anda tak dapat bergerak, tak dapat membawa anda ke sesuatu tempat yang lain, atau bawa rakan/saudara-mara anda di dalam pedati yang ditariknya – kereta kuda, pedati kuda. Jadi sama juga, badan sangat penting. Jangan rosakkannya. Jangan mengejar nafsu rendah atau egonya tetapi jaganya dengan baik, memahami apa itu, gunakannya, hormatinya. Badan ialah tokong Buddha. Dalam agama Kristian, mereka kata itu rumah ibadat Tuhan, gereja Tuhan. Jadi jagalah itu baik-baik. Buddha pun jalankan amalan yang tak betul, melakukan kezahidan sehingga hampir meninggal. Baginda hampir meninggal disebabkan oleh amalan yang tak betul – malah tidak berikan makanan yang mencukupi kepada badan. Banyak orang buat begitu dan mati juga dengan kesiannya. Baru-baru ini juga. Seseorang cuba tidak makan apa-apa pun, kemudian mati.

Breatharianisme – anda perlu tahu caranya, perlu ada bimbingan pakar. Jika tidak, jangan cuba. Dulu saya orang muda yang impulsif, jadi apabila Ketua Biksu mengusik saya, berkata saya makan terlalu banyak, “satu hidangan bersamaan dengan tiga hidangan”… tetapi itu tak begitu benar. Macam mana pun, tak mengapa. Meskipun itu benar, peduli apa? Tetapi selepas beliau katakan itu, saya berhenti makan. Kemudian beliau berasa panik lepas seketika. Beliau berasa panik dan tanya tetapi saya baik-baik saja. Saya terus membuat semua kerja tokong dan membantu beliau mentranskripsikan apa yg dikatakannya ke dalam perakam. Tiada apa-apa yang berlaku kepada saya. Saya tak rasa lemah; tak rasa kurang selesa; tak rasai nafsu terhadap makanan. Walaupun saya perlu memasak untuk mereka dan ia sentiasa disusun di depan mata saya, namun saya tak rasa lapar. Saya tak rasai nafsu terhadap makanan. Saya hanya rasa saya tak wujud di dunia ini dan macam berjalan di kayangan. Segalanya begitu ringan, begitu ringan, begitu ringan, jadi mustahil untuk tidak gembira. Tetapi apabila saya mula makan semula, hidangan pertama berasa seperti jerami, rumput kering atau sesuatu. Ia tak berasa seperti makanan. Saya malah boleh teruskan selama-lamanya kerana tiada apa-apa yang berlaku kepada saya. Saya kekal jadi breatharian selama itu, tiada apa-apa yang berlaku, tetapi akhirnya saya berhenti, berasa bosan – tak cukup benda untuk menarik minat saya bagi meneruskan kaedah breatharian.

Anda juga boleh minum air. anda akan menjadi waterian, atau fruitarian – tak sentiasa perlu menjadi breatharian. Anda juga boleh tak makan makanan tetapi perlu bersedia. Mungkin anda menjadi sangat lemah. Ketika saya seorang breatharian, atau apabila kembali kepada satu hidangan sehari pun, atau sebelum itu, saya tidak rasai kesusahan. Saya hidup tetapi terasa macam tidak berbadan. Saya berjalan tetapi terasa macam tidak berkaki. Saya bercakap tetapi kelihatan macam tiada mulut untuk berbuat demikian. Lawak betul situasi itu, sukar nak gambarkan. Saya tak makan apa-apa pun pd masa itu tetapi rasa baik-baik saja. Kemudian selepas itu guru itu muncul semula dan saya berfikir, “Oh, pasti itulah! Pasti Guru perlu jimatkan wang makanan, jadi tidak mahu saya terus makan. Jadi beliau mengusik saya macam itu supaya saya akan berasa kurang senang dan tak nak menjadi biksuni lagi. Kemudian beliau akan gantikan saya dengan biksu yang dibawanya ke sini.”

Lima orang pengamal zahid melampau yang bersama Buddha juga mengamalkan kezahidan yang melampau seperti makan beberapa biji bijan saja dan minum sedikit saja sehari, setiap hari macam itu. Pada asalnya, mereka memandang rendah terhadap Buddha kerana mereka rasa Baginda begitu lemah, tinggalkan amalan itu di separuh jalan, tidak baik, tetapi Buddha berubah kepada kaedah yang berlainan dan berjaya menjadi Buddha. Lima orang yang lain itu masih kekal mengamalkan kezahidan ini, percaya bahawa itu cara mendapat makrifat, cara untuk pembebasan. Itu tak betul, tak betul sama sekali. Meskipun anda tak makan apa-apa pun, mungkin anda tak dapat memperoleh makrifat. Anda mesti ada seorang Guru, kemudian beramal untuk seketika sehingga anda dapat sendiri lakukannya, maka Guru tak perlu menengok-nengok anda lagi.

Lima orang yang kekal menjadi orang zahid itu tidak mendapat makrifat, hanya semakin banyak kekecewaan, semakin banyak kehilangan berat badan, kehilangan keazaman untuk teruskannya dan berasa muram. Jadi maksud saya, menjadi orang zahid tidak membawa peringkat Buddha kepada anda, tidak membawa makrifat kepada anda. Hanya selepas Buddha bercakap dengan lima orang itu – menerangkan, menjelaskan kepada mereka buku dalam agama mereka, kemudian lepas itu barangkali Buddha memberi inisiasi kepada mereka di sana baru mereka menjadi sangat bermakrifat. Sebab itulah mereka sangat berterima kasih kepada Buddha. Semua anak murid yang baik berterima kasih kepada Guru kerana Mereka benar-benar bawa pembebasan kepada mereka.

Hanya selepas Buddha mengajar lima orang zahid ini dan mengajar mereka kaedah itu baru mereka menjadi bermakrifat juga dan mengikut Buddha. Jika tidak, hanya Buddha bercakap saja tidaklah cukup. Baginda perlu berikan keturunan, Tenaga-Nya kepada lima orang itu. Dah tentu, lagi banyak anak murid di depan Buddha lagi banyak karma yang perlu Guru tahan. Sesetengah Guru meninggal disebabkan itu. Sesetengahnya meninggal dengan serta-merta jika anak murid yg terlalu buruk bergaul di dalamnya atau terlalu banyak orang. Tetapi bergantunglah. Sesetengah orang sudah sangat mantap dalam keikhlasan spiritual. Kadangkala dia bertemu dengan Guru secara kebetulan, hanya sekali pandang daripada Dia, maka dia akan meninggal dengan tenang, pergi ke Syurga dan bukan neraka atau mana-mana peringkat lebih rendah yang sepatutnya dia pergi kerana Guru ada Kuasa yang amat besar dan dapat berkati sesiapa saja yang diingini-Nya.

Photo Caption: Mudah Rosak tetapi Tetap Bersinar, Mata Arah Kasih Sayang.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (9/10)
1
2024-07-23
6181 Tontonan
2
2024-07-24
4686 Tontonan
3
2024-07-25
4579 Tontonan
4
2024-07-26
3946 Tontonan
5
2024-07-27
3854 Tontonan
6
2024-07-28
3518 Tontonan
7
2024-07-29
3475 Tontonan
8
2024-07-30
3426 Tontonan
9
2024-07-31
3546 Tontonan
10
2024-08-01
3515 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android