Cari
Bahasa Melayu
10s
10s
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
 
 

Tertanya-tanya buat apa undang-undang perlindungan orang-haiwan digubal??

2024-09-03
Butiran
Baca Lebih Lanjut
Bayangkan, suatu hari nanti, disebabkan rasa malu hati nurani sendiri, semua orang dlm industri daging/ikan/ kosmetik/ujian makmal orang-haiwan dan sebagainya yang berkaitan dengan kekejaman/pembunuhan orang-haiwan dll mengheret diri sendiri ke mahkamah utk mendakwa diri sendiri atas melakukan jenayah terhadap orang-haiwan yang secara rasmi dilindungi oleh undang-undang negara mereka sendiri. Ini bukan gurauan untuk ketawa. Ini rasa malu untuk menangis!!!

Dan bayangkan seluruh kerajaan dan rakyat negara mengikut di belakang, kepala tunduk, ke kes mahkamah.

Lebih lawak lagi: tiada peguam bagi mana-mana pihak kerana peguam adalah sama juga > defendan. Kononnya penuduh tidak menuduh sesiapa pun. MEREKA TAK DAPAT BERCAKAP. Jika mereka bercakap pun, tiada jurubahasa juga!

Tertanya-tanya buat apa undang-undang perlindungan orang-haiwan digubal?? Siapa bayar kpd pembuat undang-undang yang wujudkan dokumen undang-undang yang begitu tak berguna? Adakah itu hanya untuk bazirkan wang cukai atau membuat Undang-undang Negara menjadi sesuatu yang rendah, tidak berharga supaya tiada orang yang akan hormati dan patuhi sebarang undang-undang???

Fikirlah secara logik: mengapa sesiapa patuhinya? Sedangkan penggubal undang-undang + orang lain tidak??

Patuhilah undang-undang negara anda yang berharga, hormati warga-haiwan ciptaan Tuhan.

Terima kasih kerana buat dunia kita jadi Vegan yang DIREDAI TUHAN.