Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Cari ketenangan batin kita sendiri adalah paling baik. Saya berasa paling tenang semasa tinggal berseorangan. Saya ada pengakuan untuk dibuat. Saya berasa kurang tenang selepas pulang ke sini. […] Tetapi di dunia ini, kita pasti akan hadapi banyak isu semasa tinggal bersama orang lain. […]Katakan kamu melawat Côte d’Azur di sepanjang pantai Perancis, whew, kamu akan rasa itu Syurga! Kamu tak dapat lihat rumput di sepanjang jalan, sehelai kertas tisu pun tidak. Begitu indah. Setiap rumah, setiap jalan sangat bersih. Mereka mengikut peraturan. Jadi apabila saya pergi ke sana, saya terasa nak tinggal di sana kerana ia ada jenis sifat yang sama dengan saya. Saya suka keadaan macam itu. Saya sangat sukanya. Saya cuma rasa... Saya lihat tempat yang indah seperti itu dan rasa malu. Apabila saya fikirkan Taiwan (Formosa), Âu Lạc (Vietnam) atau negara Asia lain yang saya suka, saya rasa malu. Jika kita dapat buatnya menjadi lebih bersih sikit, kita takkan kalah kepada mana-mana negara yang lain. […] Saya tidak maksudkan semua negara bertamadun begitu bersih, tak semestinya Satu atau dua orang saja tak dapat mengawal situasi macam itu. Kita perlukan semua orang ditingkatkan dalam pendidikan dan semangat, bekerja bersama untuk memperbaiknya. […]Photo Caption: Musim Bunga akan Tiba Tak Lama lagi, Bersedialah