Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Semua kisah yang saya baca untuk kamu adalah untuk kamu beramal. Ya, untuk ingat, untuk galakkan kamu bermeditasi. Bukan hanya kisah yang menyeronokkan, untuk kamu berada di sini dan ketawa. Dah tentu, adalah baik kita relaks sementara belajar. Tapi ia serius. Relaks tapi serius. Kamu mesti ingat semua itu dan terus baca, dengar supaya di rumah kamu kekal berada di jalan yang sama, di jalan lurus. Kekalkan minda yang bersih dan berazam. Bukan hanya datang ke sini, Guru baca kisah begitu menyeronokkan, kemudian lupa akannya. Bukan macam itu. Ia menyeronokkan supaya kamu dapat mencerna dengan lebih baik. Tapi jangan lupa.Jangan lupa contoh pengamal zaman dahulu. Jangan lupa sumpahmu. Apabila kamu masuk ke sini, kamu nak mendapat pembebasan, nak menjadi Buddha. Mungkin bukan sekarang tapi kamu mahu. Kamu mahu mendapat makrifat, menjadi lebih bijak, lebih pintar supaya dapat membantu dunia, membantu diri sendiri, saudara-mara dan kawan. Itu apa yang kamu mahu. Jadi kekalkan mindamu pada itu, jangan biar apa-apa alihkan perhatianmu. Kamu boleh berkahwin, boleh bersuami atau beristeri, saya takkan kata apa-apa. Cuma jangan lupa akan impian muliamu semasa kamu datang untuk inisiasi.