Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai jelaskan bahawa hidup sebenar adalah abadi dan tidak terbatas kepada badan fizikal ini saja.(“‘Hindari salah laku seksual.’ Adakah rukun ini tidak termasuk hubungan intim sebelum perkahwinan?”) (“‘Hindari kelakuan seksual yang buruk.’ Adakah ini ajaran yang tidak termasuk perhubungan pranikah?”) Pranikah? Tidak, tidak. Apabila kamu cintai seseorang, kamu sudah berkahwin di dalam. Perkahwinan tidak bergantung kepada sehelai kertas itu. ‘Hindari salah laku seksual’ bermakna kamu ada satu pasangan saja. Itu baik untuk kamu. Aktiviti seksual seharusnya menggembirakan bagi kedua-duanya, seharusnya dapat memperkukuh ikatan perkahwinan dan hubungan cinta kamu. Jika kita bermain-main, ini bermakna kita menyalahgunakan kurniaan seks ini dan itu akan datangkan akibat yang sangat tidak menyenangkan kepada kita dari segi fizikal, emosi dan rohani. Apabila kamu cintai seseorang dan ada sentuhan fizikal, itu berbeza dengan apabila kamu hanya gunakan rumah ibadat TUHAN ini untuk eksperimen fizikal semata-mata. Dengan kata lain, bercinta, bukan bersetubuh. Itu berbeza. Boleh?(“Apa itu hidup?”) Hidup? Saya tak tahu. Soalan sebegini, huh?Saya hanya boleh beritahu kamu bahawa hidup sebenar tidak terbatas di dalam badan fizikal ini saja. Hidup sebenar adalah abadi, berterusan sepanjang masa, dari satu stesen ke yang seterusnya, dari satu keadaan diri ke yang lain. Jika itu apa yang soalanmu maksudkan. Bagi mengetahui hidup sebenar ini, kita mesti menjadi bermakrifat. Jika tidak, kita akan terikat kepada hidup fizikal ini saja. Kita akan ingat bahawa selepas mati, kita tiada apa-apa lagi dan tiada hidup lain yang wujud.(“Guru berkata bahawa kita dapat sentuh TUHAN, malah dapat lihat Dia dan rasai Dia. Saya ingin tahu sama ada Guru ada pengalaman itu, atau apa maknanya?”) (Guru berkata bahawa kita dapat sentuh TUHAN, dapat lihat TUHAN atau dengar kata-kata TUHAN.) Ya. (“Saya ingin tahu sama ada Guru ada pengalaman seperti ini?”) Dah tentu. (“Apa makna ini bagi Guru?”) Jika saya tiada mengalami ini, mana dapat saya berikan pengalaman yang sama ini kepada kamu? Jika saya tak faham bahasa Inggeris, mana dapat saya beritahu kamu bahawa saya akan ajar kamu bahasa Inggeris? Segalanya yang saya beritahu kamu ialah pengalaman peribadi dan pengalaman beribu-ribu orang saudara seamalan yang lain di seluruh dunia yang berkongsi kononnya kaedah ini.Apa maknanya bagi saya? Kamu pasti tahu akan jawapannya. Apa makna dapat mengenali TUHAN, bercakap dengan TUHAN – apa maknanya? Mana boleh itu bermakna apa-apa yg lain? Itu kegembiraan tertinggi. Kita tak dapat jelaskan ini. Kita hanya boleh alaminya. Tapi saya masih banyak menderita juga kerana orang di dunia masih menderita. Itu satu-satunya perkara yang memudarkan semangat dan kegembiraan saya. Jika tidak, selepas mengenali TUHAN, kita tidak mahukan apa-apa lagi. Kita berasa puas meskipun tiada apa-apa pun untuk dimakan atau tiada apa-apa pun untuk dipakai. Meskipun seluruh dunia meninggalkan kita, kita tak peduli.(“Bagaimana meditasi ini berbeza dengan meditasi agama Buddha?”) (“Apakah perbezaan antara jenis meditasi-Mu dan meditasi agama Buddha?”) Meditasi agama Buddha yang sebenar, benar, asal daripada Buddha adalah seperti jenis saya. Tetapi hari ini ada begitu banyak jenis disebabkan oleh kekurangan yang asal. Saya tidak bertanggungjawab. Sama juga dengan meditasi Kristian yang sebenar pada zaman dahulu. Sebab itulah Nabi Musa nampak TUHAN sebagai nyala api, semak, nyala api semak dan dengar suara TUHAN sebagai Bunyi (Syurga dalaman) banyak air. Pengalaman yang sama ini, dan semakin banyak, dapat kita alami sekarang.(“Adakah Bible satu-satunya buku suci yang diilhamkan oleh TUHAN atau terdapat yang lain?” Adakah kematian dan kebangkitan Nabi Isa menjamin hidup abadi kita dengan Rahmat? Adakah Kasih Sayang TUHAN sudah menyelamatkan semua orang? Akankah semua orang dikurniai hidup abadi? Terima kasih.”) (“Adakah Bible satu-satunya buku suci yang diilhamkan oleh TUHAN atau terdapat buku-buku lain? Adakah kematian dan kebangkitan Nabi Isa menjamin hidup abadi kita? Adakah Kasih Sayang TUHAN sudah menyelamatkan semua orang? Akankah semua orang diberi hidup abadi? Terima kasih.”) Ada banyak kitab suci yang lain. Jika kamu mengambil masa untuk mengkajinya, ia sama seperti Bible. Tetapi kamu tidak perlu. Kamu tidak perlu. Bible sudah cukup. Jika mahu, kamu boleh bandingkan, dah tentu. Itu yang pertama. Soalan kedua pula?(Adakah kematian dan kebangkitan Nabi Isa menjamin hidup abadi kita?) Ia memang menjaminnya bagi orang yang mengikut Baginda dan dibaptiskan-Nya ketika Nabi masih hidup. Sebab itulah Nabi bersabda, “Saya ialah Cahaya dan Jalan dunia asalkan saya di dunia ini.”Setiap kali Guru mangkat, orang lain mesti gantikan Dia. Sebab itulah Nabi Isa berjanji untuk mengutus Penenang selepas Baginda. Hayat demi hayat, kita ada banyak Penenang. Kita perlu cari Mereka. Kita bernasib baik jumpai Mereka. Kerana kadangkala Mereka datang dari tempat yang tidak dijangkakan. Kita jumpa dengan Mereka dalam situasi yang tidak dijangkakan. Sama juga, ketika Nabi Isa masih hidup, orang tidak mengenali Baginda. Mereka malah menyeksa dan menyalib Baginda. Lihatlah. Kerana mereka sedang menanti Pengutus dan menuduh Baginda kufur. Ya. Jadi dengarlah kebijaksanaanmu sendiri, banyak berdoa kepada TUHAN untuk bimbingan. Jika tidak, mungkin kita terlepas peluang ini sekali lagi. Adalah sangat senang untuk lihat TUHAN tetapi lagi senang untuk terlepas peluang untuk lihat TUHAN. Saya berkata dari lubuk hati saya. Kamu rasainya. Kamu tahu apa yang nak dibuat. Terima kasih.(“Mungkinkah rasa kosong yang kita rasai di dalam, atau perasaan yang kita alami apabila murung, sebenarnya ialah suatu keadaan mistik – rindui Yang Tidak Terhingga?”) (“Mungkinkah rasa, perasaan kosong di dalam diri kita atau perasaan yang kita alami apabila murung, sebenarnya ialah suatu keadaan, keadaan nostalgia mistik terhadap sesuatu, nostalgia terhadap Yang Tidak Terhingga?”) Tidak, tidak, tidak. Itu berbeza.Kekosongan yang kita rasai apabila murung ialah kemurungan. Itu ialah kekurangan TUHAN, kekurangan kasih sayang yang kita rasai di dalam diri kita. Kononnya kekosongan yang kita rasai ketika bermeditasi, itu jenis pelepasan transendental daripada segala-galanya, malah daripada badan ini. Kita terasa bersatu dengan segala-galanya. Kita tiada beban fizikal keindividuan atau badan lagi. Satunya berasa sangat tidak senang, sedih dan putus harapan. Satu lagi berasa sangat ceria, gembira dan girang. Itu berbeza sepenuhnya, seperti malam dan siang. Sebab itulah kita mesti memastikan kita ada bimbingan yang betul dalam meditasi. Jika tidak, mungkin kita tersilap menyangka ilusi sebagai benda sebenar.Pukul berapa kita perlu meninggalkan dewan ini? Pukul 10. Baiklah. Kita masih ada sedikit masa? Baiklah. Ya. Kerana kita mesti ada inisiasi selepas ini, di sini, kan? Baiklah. Jadi sila teruskan dengan soalan.Photo Caption: “Dunia ialah 1 Keluarga TUHAN. Adalah Baik Hidup Bersama secara Harmoni!”











