Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“‘Jika dewa-dewi, naga atau jin sekarang atau masa depan dengar nama Bodhisattva Simpanan Tanah, menyembah gambar Bodhisattva Simpanan Tanah atau dengar sumpah silam Bodhisattva Simpanan Tanah dan peristiwa amalan-Nya, kemudian memuji-Nya...’” kami memuji Engkau, kami memuji Engkau, hallelujah, “‘...menatap dan menyembah-Nya, mereka akan mendapat tujuh manfaat. Pertama, mereka akan segera menaik ke peringkat orang suci.’” Mengapa kamu perlu mendapat inisiasi? “‘Kedua, karma buruk mereka akan dihapuskan. Ketiga, semua Buddha akan melindungi dan mendekati mereka.’” Tapi kita perlu menjadi vegetarian. Jika tidak, bau daging begitu busuk, saya tak rasa Buddha akan datang begitu dekat. “‘Keempat, mereka tidak akan merosot kembali daripada Bodhi. Kelima, kuasa inheren mereka akan bertambah. Keenam, mereka akan mengetahui hayat silam. Ketujuh, akhirnya mereka akan menyedari peringkat Buddha.’”Kerana di sini, Buddha hanya memuji Bodhisattva Simpanan Tanah. Barangkali Dia boleh memuji Guru Nanak, Nabi Isa dan sebagainya tapi Dia tiada begitu banyak masa. Hanya Bodhisattva Simpanan Tanah sudah pun sebuah kitab besar. Tapi Dia juga sebut banyak nama Buddha dan Bodhisattva yang lain. Jika kita hanya dengar satu nama dan hanya melafazkan satu nama, ia menyelamatkan kita daripada penderitaan. Itu tujuannya ada Buddha. Itu tujuannya ada Guru bermakrifat. Ada dikatakan juga bahawa semasa hidup, meskipun kita tak terima inisiasi, namun jika kebetulan kita lihat mata Guru satu kali, mata Guru satu kali, maka pada waktu meninggal, Dia akan datang menyambut kita.Itu berbeza. Buddha silam boleh berkati kamu sampai tahap tertentu atau bantu kamu dengan sesuatu cara. Dah tentu, Mereka semua buat begitu. Bodhisattva dan Buddha sentiasa membantu kamu. Cuma hanya Guru hidup dapat memberikan makrifat kepada kamu. Memberikan cahaya. Memberikan cahaya kepada kamu. Macam itulah. Kemudian teruskan. Sesetengah orang, atau kadangkala mungkin kamu baca kitab besar atau bible besar, mungkin kamu nampak sedikit Cahaya atau sesuatu, atau mungkin Nabi Isa muncul kpd kamu utk seketika tapi itu tak berterusan. Kamu tak dapat buat begitu sepanjang masa. Dengan Guru hidup, Dia memberikan kuasa ini kepada kamu dan ini proses yang berterusan. Mungkin kamu tak sentiasa nampak Nabi Isa tetapi kamu tetap dapat. Kamu boleh teruskan jika bertumpu dengan baik. Kamu masih dapat ulangi visi dalaman itu, atau lebih banyak. Tetapi berdoa dan sebagainya, hanya doa yang dalam atau keikhlasan, mungkin kamu ada visi dalaman hanya untuk kali itu saja.Kita bukan ada badan ini saja. Kita ada badan astral, badan sebab akibat dan sebagainya. Jika roh berperingkat tinggi, roh akan mendapat badan-badan lain sehingga Peringkat Kelima. Ini adalah bagi manusia biasa. Jika roh tak berperingkat tinggi, ia mendapat badan lain untuk neraka. Atau badan astral akan pergi menderita di neraka sementara badan manusia masih di sini. Jadi kadangkala orang ada kesakitan di sini, sakit di sana, perasaan terbakar atau demam. Mereka tak tahu sebabnya. Sesetengah orang malah terbakar dan mati dengan serta-merta. Pembakaran spontan. Kerana mereka terus pergi ke sana.(Saya tertanya-tanya sama ada ini keadaannya apabila badan astral sudah di neraka tetapi orang itu masih hidup? Boleh dia buat sesuatu sementara masih hidup utk naik ke atas?) Boleh. Boleh, dengan keikhlasan, keazaman dan rasa hormat kepada Buddha, contohnya, Sangha, Guru bermakrifat, meminta bantuan, bertaubat, benar-benar bertaubat dan rendah diri. Meminta bantuan, mungkin. Mungkin, kerana setelah berada di sana, sukar nak keluar. Mesti menjalani hukuman dulu. Kita boleh mencegahnya, lebih baik sebelum pergi ke sana. Sebelum pergi ke sana, mencegah lebih baik drpd sudah masuk ke dalamnya. Kerana di sini, saya lihat Buddha berkata begitu. Kerana jika pesalah sudah terjerumus ke neraka, mereka perlu menjalani semua hukuman dulu. Ya Tuhan, dahsyatnya! Sebab itulah Buddha meminta semua dewa, raja hantu dan Bodhisattva supaya hentikan mereka. Sebelum masuk melalui pintunya, turun ke sana, buat sesuatu. Jika mereka melafazkan satu nama Buddha atau Bodhisattva, maka bantu mereka. Satu nama, satu kali pun. Sebelum masuk ke dalamnya. Selepas masuk ke dalam, sukar. Mungkin boleh mengurangkannya, memendekkan masanya tetapi sukar, ya. Sekarang jika orang itu sudah di neraka dan badan masih di sini, maka mereka masih boleh cuba membuat sesuatu. Membantu diri: beramal, bermeditasi, berdoa, bertaubat dengan ikhlas, mendoakan bantuan dan sebagainya, maka mungkin. Atau jika seseorang yang lain berdoa untuk kita, buat sesuatu yang luar biasa untuk kita dan boleh pergi ke neraka untuk bantu kita.