Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Alam Sekitar “Mungkin kamu tanya, apakah punca utama kerosakan dan kemusnahan alam sekitar ini? Mungkin mengejutkan, bukan industri batu arang, kereta, kapal terbang, kereta api, bot atau kapal. Itu metana yang dihasilkan terutamanya oleh industri penternakan.” Hormati Peraturan Alam Semesta “Apabila Tuhan menetapkan peraturan di alam semesta, terdapat ketetapan tertentu yang perlu dipatuhi. Sama seperti apabila kita bina lebuh raya atau jalan raya untuk membuat lalu lintas atau pengangkutan menjadi lebih mudah, mesti ada peraturan jalan raya tertentu yang dikuatkuasakan dalam masyarakat untuk melindungi orang, melindungi pemandu, dan pejalan kaki serta melaraskan aliran lalu lintas. Jadi jika kita tidak mematuhi hukum Tuhan, maka kita alami kesusahan. Hukum menyatakan: Anda tidak boleh membunuh. Tapi lihatlah apa yang telah nenek moyang kita buat selama banyak abad dan sesetengah daripada saudara kita masih melakukannya sekarang. Malah atas nama Tuhan, atas nama Nabi Isa, mereka berani saling berperang. Ini sangat dikesali kerana ini bukan kehendak Tuhan dan bukan niat Nabi Isa juga. Sekarang ada beberapa kejadian semasa seperti perubahan cuaca, kebuluran dan segala jenis penyakit yang mendatangkan penderitaan kepada dunia kita. Jadi orang yang kurang berkepercayaan menyalahkan Tuhan sekali lagi. Di mana-mana pun saya berkhutbah, orang tanya saya, ‘Jika ada Tuhan, mengapa bencana ini dan itu berlaku?’ Tetapi orang-orang ini harus ingat bahawa bukan Tuhan yang melakukan semua perkara ini. Kitalah yang menimbulkan semua kesusahan ini.” Melindungi Diri Berani, Berbelas Kasihan Kita “Kita mesti menyelamatkan manusia dan hati berbelas kasihan manusia – itu paling penting. Kita perlu selamatkan sifat mulia kita. Secara berulangan, saya sentiasa kata, bukan hanya hidup fizikal di planet ini yang kita ingin selamatkan tetapi kita ingin melindungi kanak-kanak juga. Dengan berbuat demikian, kita melindungi Diri mulia kita, Diri berani, berbelas kasihan kita yang merupakan Sifat sebenar kita. Jika kita kehilangannya, itu lebih buruk drpd kehilangan planet ini. Kita perlu mengekalkan hati berbelas kasihan kita. Kita perlu bersifat mulia, jujur, penyayang dan melindungi makhluk yang lemah dan tidak berdaya seperti kanak-kanak dan orang-haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri. Kita mesti melindungi Sifat mulia kita. Kita mesti hidup, berjalan, bernafas seperti anak Tuhan atau anak murid Buddha.” Kasih Sayang Datangkan Kasih Sayang “Kerana pertama sekali, kita perlu amalkan nilai kasih sayang untuk memperoleh kasih sayang. Untuk menjadi ekstensif, penyayang seperti Bapa kita, kita perlu sayangi semua makhluk. Itu erti di sebalik diet vegan. Bukan untuk menjadi sihat, bukan kerana Nabi Isa berkata begitu atau Buddha melarangnya, cuma kita perlu menjadi jelmaan kasih sayang. Kita perlu menjadi Tuhan yang berjalan di planet ini. Kita perlu hidup seperti Tuhan hidup untuk menjadi dekat dengan Tuhan... Tuhan tidak menghukum kita, cuma kita beroleh apa yang kita berikan. Jika kita ingin menjadi dekat dengan sesuatu, kita perlu pergi ke sana, arah yang sama. Tuhan mencipta semua makhluk dan biarkan mereka mati secara semula jadi. Jadi kita harus begitu juga. Jika kita tidak dapat mencipta, sekurangnya kita tidak memusnahkan. Rukun dalam Bible adalah: ‘Anda tidak boleh membunuh.’ Ia tidak nyatakan: ‘Anda tidak boleh bunuh manusia saja.’ Ia nyatakan, ‘Anda tak boleh membunuh.’ Apa-apa yang dibunuh adalah dibunuh.”