Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ini dua gambar yang langsung tak berkaitan. Di sebelah kiri kalian ialah gambar dari Pergunungan Himalaya, dan di sebelah kanan kalian ialah gambar yang diambil di Washington D.C. Dua gambar ini diambil pada hari yang sama, pada Januari 2007. Sebagaimana yang kalian tahu, di Washington D.C. dan puncak Pergunungan Himalaya, musim sejuk adalah sejuk tapi gambar ini menunjukkan fenomena yang sebaliknya, iaitu panas dan hangat pada hari yang sama dan pada suhu yang hampir sama, 21 darjah Celsius. Ini hal besar. Ini tak pernah didengari. Ini telah memecahkan rekod. Maksud saya, ini suatu kebetulan dua lokasi yang tak berkaitan, berjauhan mengalami suhu yang tidak mungkin pada masa yang sama.