Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tiga Jenis Guru, Bahagian 1 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Pada zaman dahulu, Guru sangat cerewet, sangat tegas dalam memilih anak murid. Mereka banyak menguji anak murid, buat mereka lakukan banyak kerja atau segala jenis perkara. Semasa hidup kita pun, ada seorang Guru – Guru Hsuan Hua – di Kota Sepuluh Ribu Buddha di California. Ada seorang anak murid yang nak mengikut Beliau, menjadi biksu atau mungkin anak murid rapat-Nya. Dia meminta Guru supaya menerima dia. Jadi Guru dengan serta-merta meludah di atas lantai dan suruh dia, “Baiklah, kamu jilatnya. Jilat sampai bersih dulu.” Anak murid itu buat begitu. Jadi dia diterima.

Ucapan selamat kepada anda semua kerana anda menawan, merupakan anak Tuhan. Adalah mengagumkan anda ialah anak Tuhan Yang Maha Tinggi. Hargai, bersyukur, berbangga, bergembira, rasa berkeistimewaanlah.

Kita ada banyak kerja untuk dibuat di dunia ini sebagai anak Tuhan. Bukan sahaja keistimewaan tetapi kita juga ada tanggungjawab – tanggungjawab mulia, kuasa tinggi, aspirasi tertinggi kerana semua makhluk di planet ini dan di seluruh alam semesta ialah saudara, ibu bapa, saudara-mara dan rakan kita pada masa sekarang, masa lampau atau/dan masa depan juga. Jadi apa yang kita buat untuk bantu mereka hanyalah kewajipan yang sangat biasa. Kita harus rasa gembira, bangga dan bersyukur dapat melakukannya. Namun begitu, saya nak ucapkan terima kasih, anda semua yang terlibat dalam tugas menyelamatkan dunia ini dan membantu roh menaik atau mendapat pembebasan, sama ada itu perbuatan kecil, perbuatan lebih besar atau hanya semangat sokong kepada apa-apa yang anda lihat yang merupakan perbuatan baik dan usaha mulia untuk bantu orang lain dengan sebarang cara.

Jika anda percayai mana-mana Guru, sayangi, hormati, sokonglah Mereka, dan benar-benar baik terhadap Mereka, sebanyak yang anda boleh. Sekurang-kurangnya dalam fikiran, minda anda, atau ia akan terjelma dalam perbuatan anda juga untuk membantu Guru dalam tugas mulia Mereka.

Ada tiga jenis Guru. Jenis pertama ialah Guru yang dapat bantu dan berkati anda dari segi rohani. Oleh itu, berkat itu juga akan banyak mempengaruhi kehidupan harian anda, meningkatkan kecerdasan anda, membantu anda dalam pengurusan kewangan, membantu anda dalam perbaikan hubungan, membantu anda dengan banyak cara yang anda tak tahu pun. Jadi bersyukurlah jika anda benar-benar mempercayai Guru itu dan jika Dia benar-benar bantu anda dengan sesuatu cara. Sama ada anda tahu akannya atau bagi banyak daripada anda tak tahu pun, maka anda perlu menyokong Guru itu, sekurangnya dalam hati anda.

Guru sebenar tak meminta apa-apa pun daripada anda, tidak mengambil apa-apa pun yang anda berikan. Sebaliknya, Guru itu akan berikan apa-apa saja yang Dia ada kepada anda atau apa-apa saja yang anda perlukan. Jika Guru itu mampu, Dia akan lakukannya dgn sepenuh hati, segala Kasih Sayang, Berkat dan ucapan selamat. Itu jenis pertama.

Jenis kedua ialah orang yang tidak berikan apa-apa yang baik kepada anda, hanya karma buruk dan balasan buruk. Sesiapa yang anda fikirkan pada ketika itu, karma mereka akan datang kepada anda, sedikit atau banyak. Ini bergantung kepada berapa banyak anda fikirkan mereka dan berapa lama. Sesiapa yang anda kasihi akan hantar karma kepada anda. Anda akan perlu secara automatik berkongsi karma buruk yang mereka ada, berat atau ringan. Sesiapa yang anda benci pun, juga akan berkongsi karma dengan anda. Jadi sangat berhati-hatilah dengan apa yang anda fikirkan, siapa yang anda kasihi dan siapa yang anda bergaul. Dalam kehidupan duniawi pun, orang berkata bahawa kita seperti kawan kita. Ini peribahasa yang terkenal. Ia berbunyi ‘Beritahu saya siapa kawan kamu, dan saya akan tahu siapa kamu.” Ini kononnya karma. Hukum karma semula jadi adalah macam itu.

Cinta kasih, kebencian, tenaga baik atau buruk kita pun akan mempengaruhi persekiaran atau sesiapa saja yang kita temui juga. Dalam buku Paramahansa Yogananda, ada dikatakan bahawa seseorang di Amerika Syarikat, di California mengkhusus dalam penanaman pokok bunga mawar. Pokok bunga mawarnya tak berduri dan bertumbuh dengan lebih cantik, baik daripada banyak pokok bunga mawar yg lain di sekeliling atau di dunia. Dia bercakap dengannya. Dia menyayanginya. Dia kata, “Awak tak perlukan duri. Aku akan lindungi awak.” Jadi ini benar-benar berlaku macam itu. Ini benar-benar berlaku, seperti dalam buku itu.

Sesetengah orang, semasa kita bertemu dgn mereka buat kali pertama, kita dah ada tanggapan yang sangat buruk sebelum mereka buka mulut untuk bercakap atau lihat kita pun. Sesetengah orang, semasa kita bertemu dengan mereka buat pertama kali pun, kita tidak mengenali mereka tetapi kita berasa selesa, senang dan kemesraan daripada mereka.

Kebanyakan orang di dunia sayangi orang-haiwan. Apabila mereka lihat orang-haiwan, mereka benar-benar sayangi mereka. Orang-anjing atau -kucing jiran pun, mereka boleh memeluk mereka atau katakan sesuatu yang baik kpd mereka kerana kebanyakan orang di dunia ini, manusia sejati, ada kasih sayang dalam hati mereka, cuma mereka terlalu sibuk, tak dapat mengenalnya dan tunjukkan kasih sayang itu. Sayangnya itu.

Jadi setiap hari saya suruh pasukan kami supaya membuat paparan di Supreme Master Television utk ingatkan orang supaya cintai Tuhan, sayangi orang lain – manusia dan orang-haiwan, kerana kasih sayang itu akan menaikkan anda, menarik anda keluar dari karma dunia ini dan pengaruh buruk di sekeliling anda. Cintai Tuhan adalah paling baik. Meskipun anda tak dapat lihat Tuhan kerana anda tidak amalkan meditasi dan tidak amalkan diet vegan – buatlah begitu, terima kasih – jika anda ingat akan Tuhan, sekurangnya anda mendapat Berkat hingga tahap tertentu meskipun anda tak tahu akannya.

Jika anda kasihi mana-mana Guru… Tak semestinya saya. Saya tak boleh paksa anda kasihi saya. Anda kasihi sesiapa saja yg anda kasihi dan lakukannya dengan sepenuh hati. Tetapi pastikan bahawa Guru itu benar-benar wajar mendapat kasih anda. Jika tidak, jika dia berniat jahat, bermotif jahat, tidak layak memakai gelaran Guru, maka anda akan alami kesusahan besar kerana mereka akan berikan karma buruk kpd anda dan bukan berkat.

Berdoalah kepada Tuhan agar anda temui seorang Guru baik, orang baik yang boleh anda percayai dan kasihi kerana percayai Guru itu, kasihi Guru itu benar-benar sangat baik untuk anda. Itu akan bantu anda dari segi rohani. Itu akan bantu menaikkan roh anda. Itu akan bantu anda dari sebarang segi yang anda tak dapat mimpikan pun. Kerana sesiapa yang anda kasihi akan berikan apa yang dia ada. Jika Dia seorang Guru sebenar, Dia akan berikan Berkat dan Rahmat daripada Tuhan kepada anda kerana Guru sebenar itu berhubungan dengan Tuhan dan berada di tahap kesedaran yang tinggi. Orang yang ada tahap kesedaran yang tinggi ada Kesucian, Berkat, segala-galanya yang baik untuk Mereka sendiri. Jadi Mereka dapat berkati anda. Mereka dapat kongsinya dengan anda.

Sesiapa yang anda kasihi akan berikan apa yang dia ada kpd anda. Ingatlah itu. Berkat atau karma. Berkat, baik untuk anda; karma, buruk untuk anda. Sesetengah orang yg berperingkat tinggi tetapi tidak terpilih sebagai Guru juga dapat membantu anda, berkati anda hingga tahap tertentu, tidak sebanyak yang dapat Guru berikan kerana Guru ada Kuasa secara langsung daripada Tuhan, Pahala yang sangat besar itu. Jika Dia berikan sebahagiannya kepada anda, itu banyak. Tetapi orang mulia biasa tiada banyak kuasa. Mereka hanya ada secukupnya untuk menjadi orang mulia dan hidup dengan selesa atau buat apa-apa saja yang perlu dibuat di dunia ini. Tetapi mereka tiada segala Kuasa besar secara langsung daripada Tuhan itu, hanya bahagian yang lebih kecil.

Sebab itulah sesetengah kononnya Guru yang juga merupakan Guru pada masa lampau dalam sejarah kita, masa sekarang atau masa depan tidak menerima banyak anak murid. Pada zaman dahulu, Guru sangat cerewet, sangat tegas dalam memilih anak murid. Mereka banyak menguji anak murid, buat mereka lakukan banyak kerja atau segala jenis perkara. Semasa hidup kita pun, ada seorang Guru – Guru Hsuan Hua – di Kota Sepuluh Ribu Buddha di California. Ada seorang anak murid yang nak mengikut Beliau, menjadi biksu atau mungkin anak murid rapat-Nya. Dia meminta Guru supaya menerima dia. Jadi Guru dengan serta-merta meludah di atas lantai dan suruh dia, “Baiklah, kamu jilatnya. Jilat sampai bersih dulu.” Anak murid itu buat begitu. Jadi dia diterima.

Banyak kejadian yang lain. Saya temui seorang anak murid-Nya yang merupakan biksuni. Dia telah berhenti menjadi biksuni selepas itu dan berkahwin dgn seseorang. Ketika dia bersama saya, dia beritahu saya banyak kejadian yang jika kita berada di peringkat atau kesedaran yang lebih rendah, kita takkan menerima itu daripada Beliau sebagai seorang Guru. Tapi Beliau berada di tahap kesedaran yang tinggi. Beliau berada di tahap kesedaran Peringkat Kelima, layak menjadi Guru, salah seorang Guru. Beliau buat sesetengah perbuatan yang orang tak rasa Beliau ialah seorang Guru, seperti Beliau bersumpah seperti kelasi. Saya tak nak ulangi apa yang dia beritahu saya. Beliau juga tak sentiasa lemah lembut dengan biksu, biksuni, anak murid atau pengikut-Nya. Bukan kerana Beliau bersifat buruk. Maklumlah, Beliau hanyalah cerminan anak murid buruk-Nya. Macam itulah. Seorang lagi biksu beritahu saya bahawa Guru Hsuan Hua berikan elaun sebanyak 1 USD (satu USD) saja untuk makanan bagi setiap biksu atau biksuni di tokongnya! Dan mereka hanya boleh makan satu hidangan sehari!

Semasa kita bergaul dengan orang yang buruk, kita akan ada tenaga buruk yang meresap ke dalam diri kita, kemudian kita akan menjadi orang itu, lebih atau kurang, bergantung kepada berapa banyak kita berhubungan dengan mereka. Jika kita bersama orang yang banyak, dah tentu, karmanya lagi berat. Ia malah boleh membunuh kita, buat kita sakit atau buat kita ditindas seperti yang kebanyakan Guru alami dalam hidup Mereka dan pada hari-hari terakhir hidup mereka. Ia tidak pernah baik. Guru sebenar tidak pernah diterima dengan baik di dunia ini. Lagi banyak orang mengikut Mereka lagi banyak risiko bahaya dan kesusahan dalam hidup Guru. Anda bacalah sejarah, kemudian anda akan faham maksud saya.

Guru sebenar, Guru tertinggi ada banyak badan juga untuk menguruskan hal duniawi dan membantu dunia dengan cara-cara yang berlainan, bukan sahaja dalam rupa spiritual atau sebagai Guru spiritual tetapi juga dalam kelas orang di dunia ini, seperti raja, ratu, puteri, putera, presiden, perdana menteri, menteri dan segala jenis status yg lain, malah dalam status yang lebih rendah dlm masyarakat. Itu bukan apa yang saya cakap saja. Saya sendiri menyedari semua itu, dah tentu. Itu kesedaran kendiri. Banyak perkara yang saya beritahu anda, kebanyakannya sendiri sedari. Itu bukan disebabkan oleh buku atau kitab.

Tetapi jika anda ingat akan kisah Bodhisattva Quan Yin, ia nyatakan bahawa Bodhisattva Quan Yin, Santo Bodhisattva menjelmakan diri pada zaman-Nya. Pada masa ketika Boddhisattva masih hidup, Beliau menjelma sebagai segala jenis status dalam hidup, malah seperti perawan, jejaka untuk membantu sesiapa saja yang memerlukan Beliau dalam jenis status itu. Jadi anda takkan tahu siapa yang anda temui dalam hidup. Sentiasa berdoalah supaya sesiapa yang anda temui adalah suci atau sekurang-kurangnya anda dilindungi Bergantunglah kpd Kuasa Perlindungan Tuhan, bergantung kepada Kasih Sayang Pelindung Guru sebenar, maka anda baik-baik saja di dunia ini supaya sebarang bencana besar akan menjadi lebih kecil dan setiap yang lebih kecil akan menjadi sifar. Sentiasa ingat akan Guru anda yang anda rasa wajar dipercayai dan akan bantu anda – pasti, terutamanya dalam aspek rohani.

Photo Caption: Alu-aluan Penuh Kasih Sayang di Depan Pintumu.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/5)
1
2024-05-07
11424 Tontonan
2
2024-05-08
6756 Tontonan
3
2024-05-09
5981 Tontonan
4
2024-05-10
5626 Tontonan
5
2024-05-11
5005 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android