Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Buddha atau Messiah yang Kita Nantikan Ada di Sini Sekarang, Bahagian 1 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, semua orang yang suci dan murni, orang tersayang semua Syurga dan Tuhan Yang Maha Besar, Maha Tinggi, Maha Berkuasa. Saya cuba bercakap dengan anda supaya anda tak terlalu risau. Saya masih dalam pemulihan. Bagi saya, itu bukan sahaja dari segi fizikal. Itu di dalam. Pertarungan di dalam antara peperangan dan keamanan masih berterusan. Saya cuba dapatkan semula kekuatan dalaman saya walaupun dari luar anda tak dapat tahu banyak.

Rasanya saya akan baik-baik saja tetapi dunia sentiasa sangat boleh berubah. Kita takkan tahu dari minit ke minit apa yang akan banyak daripada manusia lakukan untuk ganggu keseimbangan kebaikan dalam diri mereka dan dalam masyarakat di sekeliling mereka juga. Cubalah sentiasa menjadi seimbang, maka anda akan baik-baik saja. Seperti jika anda tahu bahawa anda ada sifat negatif di dalam tetapi banyak kebaikan juga, maka sekurangnya cuba imbanginya. Jangan galakkan diri sendiri, jangan menyokong diri sendiri, jangan hancurkan diri sendiri atau manjakan diri sendiri dengan hanya dengar sifat negatif sendiri yang diberikan kepada anda pada hari anda dilahirkan lagi atau malah sebelum itu.

Setiap orang yang dilahirkan atau akan dilahirkan di dunia ini perlu tanggung kesannya tanpa niat mereka untuk memilihnya. Itu kesan yang perlu ditanggung untuk berada di dunia yang bergolak dan rumit ini. Kerana jika anda suci sepenuhnya, maka tenaga anda takkan bercampur, takkan berada di peringkat dunia ini. Anda akan terapung ke atas, pulang ke Kediaman Syurga. Jadi jika Guru/Buddha tak perlu menanggung beban karma dunia, Mereka tak dapat berada di Bumi sini.

Sukar untuk dijelaskan. Saya akan berikan contoh mudah. Ini mungkin sesuai. Seperti anda pergi cari pekerjaan, mungkin anda mendapat pekerjaan yang baik, gaji yang tinggi dan pekerjaan yang anda sukai tetapi anda tetap perlu habiskan masa 8 jam, 10 jam atau lebih untuk buat pekerjaan itu walaupun hakikatnya kadangkala badan anda tak dapat lakukannya dan kadangkala minda anda benar-benar begitu banyak menyusahkan anda dengan anda memerasnya untuk cuba menyempurnakan kerja yang diharapkan daripada anda. Itu masalahnya. Itu bukan sesuatu yang anda mahu atau tak mahu buat. Anda terpaksa jika anda mahukan pekerjaan itu.

Dilahirkan dalam badan fizikal, kebanyakan daripada kita perlu sibuk dengan sesuatu kerja fizikal. Jika tidak, anda tak dapat menjaga diri. Meskipun anda ada harta warisan yang besar daripada ibu bapa atau saudara-mara, anda tetap perlu bekerja untuk memastikan bahawa ia dikekalkan dan cukup untuk anda terus hidup. Tiadanya pekerjaan ialah pekerjaan yang susah juga kerana jika anda tiada sesuatu yang menarik untuk dibuat dalam hidup anda, maka fikiran anda mungkin jadi gila-gila kadangkala atau terpengaruh oleh kecenderungan buruk, negatif dari dalam atau dari luar.

Segalanya ialah kerja di dunia ini. Meskipun anda seorang biksu, anda juga perlu bekerja di tokong dan juga memastikan bahawa anda ada pengetahuan yang mencukupi, cukup layak untuk memenuhi permintaan, harapan pengikut anda. Anda akan dikritik. Anda akan dipuja. Anda akan diminta untuk bekerja bagi soalan duniawi mereka, menjawab sesuatu. Atau anda akan diletak di atas pentas tinggi dan mereka akan jangkakan anda sudah menjadi Buddha, anda sudah menjadi Santo dan tiada penghujung kepada permintaan mereka. Bagi setiap hal duniawi kecil, mereka akan datang kepada anda. Jika anda tidak jawab atau berikan cara yang mereka mahukan, anda akan hadapi sebarang jenis rasa syak.

Seperkara lagi, bercakap tentang biksu, saya baru teringat sesuatu. Kadangkala saya lihat biksu di sesuatu tempat dikritik oleh biksu lain atau orang lain. Kadangkala jika hanya sesuatu yang mereka katakan tak sepatutnya betul atau mengikut kitab Buddha, maka mereka akan dikritik, diganggu, dilarang atau dihalau keluar – segala-galanya. Ini boleh berlaku kepada biksu pun.

Secara sampingan, saya nak beritahu anda supaya tolong jangan buat apa-apa yang buruk terhadap biksu. Ada biksu buruk, pasti. Tetapi jika anda tak tahu banyak tentang dia, janganlah kata apa-apa yang menghancurkan reputasi dan usaha spiritual mereka juga. Jangan mengkritik mana-mana biksu. Jangan biarkan mereka hilang pekerjaan. Biarkan mereka buat apa yang mampu mengikut keupayaan mereka, terutama biksu yang merupakan vegan atau sekurang-kurangnya vegetarian. Begitu juga dengan pendeta lain, paderi dan biarawati mazhab lain daripada agama lain.

Jika anda tidak memahami rupa karma dan rupa situasi buruk dalam tempoh masa ini – planet kita boleh binasa pada bila-bila saja – sekurang-kurangnya tolong jangan burukkannya lagi bagi biksu Mahayana. Saya tak tahu banyak tentang Hinayana, kecuali kebanyakan daripada mereka makan daging orang-haiwan, sebarang jenis daging pada bila-bila saja. Mungkin mereka makan sehari sekali atau lebih daripada sekali sehari, tetapi mereka makan segala jenis daging orang-haiwan.

Buddha telah berkata bahawa sesiapa yg makan daging (orang-haiwan) bukanlah anak murid-Nya dan Baginda bukan guru mereka. Itu dalam Kitab Lankavatara (Tripitaka No. 671). “‘Pada masa itu, Bodhisattva- Mahasattva Arya (orang suci) Mahamati (Kebijaksanaan Besar) berkata kepada Buddha, ‘Bhagavan (Orang Sanjungan Dunia), saya lihat di semua alam, perayauan dlm kelahiran dan kematian, permusuhan yang terjalin dan penjerumusan ke dalam jalan buruk, semuanya disebabkan oleh pemakanan daging dan pembunuhan berkitar. Kelakuan itu menambahkan ketamakan dan kemarahan, membuat makhluk hidup tidak dapat terlepas daripada penderitaan. Itu memang sangat menyakitkan.’ […] ‘Mahamati, setelah dengar kata-kata saya, jika mana-mana anak murid saya tidak mempertimbangkan itu dengan jujur dan masih makan daging, kita harus tahu bahawa dia daripada keturunan candela (pembunuh). Dia bukan anak murid saya dan saya bukan gurunya. Oleh itu, Mahamati, jika sesiapa ingin menjadi saudara saya, dia tidak harus makan sebarang daging.’” Itu saya tahu.

Biksu Mahayana, bermaksud biksu ‘Kaedah Besar’, amalkan diet vegan, atau sekurang-kurangnya vegetarian, bermakna kadangkala mungkin minum susu. Saya tak begitu pasti apa yg mrk makan tapi mereka terima (makanan) vegetarian tak tahu terlalu banyak tentang bagaimana industri telur begitu kejam terhadap anak ayam dan orang-ayam, dan tak tahu terlalu banyak tentang perlakuan tak berperikemanusiaan terhadap orang-lembu di kilang orang-haiwan. Jadi janganlah begitu keras.

Sekurang-kurangnya mereka buat sebaik yang boleh, apa yang mereka tahu, apa yang mereka rasa paling baik. Biksu ini memakai jubah biksu. Mungkin mereka tidak buat banyak. Mungkin mereka tak tahu banyak tentang agama Buddha. Mereka hanya tahu atau faham sebanyak yang boleh kerana mereka tak sentiasa menemui Guru yang baik untuk mengajar mereka makna sebenar di sebalik semua ajaran Buddha. Jadi tolong berdiam. Jika anda tidak percayai mereka atau tidak hormati mereka, sekurang-kurangnya hindarkan diri daripada menghina mereka atau menyusahkan hidup mereka kerana mereka memakai jubah biksu. Itu mewakili belas kasihan dan ajaran Buddha. Itu mewakilinya, sekurang-kurangnya macam itu. Jadi mungkin mereka akan bangkitkan semula benih dalam diri pengikut, hidupkan semula Belas Kasihan Buddha. Apabila mereka lihat biksu, biksu Mahayana, sekurang-kurangnya mereka akan ingat bahawa Buddha ajarkan belas kasihan dan veganisme.

Saya sudah beritahu anda bahawa dalam Kitab Surangama, Buddha berkata bahawa kita tak harus memakai sutera, tak harus gunakan apa-apa bulu pun dan tak harus minum susu pun – apa saja yg berkaitan dgn orang-haiwan. Kebanyakan orang tak tahu akan semua ini. Mereka tiada masa dan tiada Guru yang baik untuk mengajar mereka. Jadi tolonglah toleran sikit.

Saya tak maksudkan saya lebih baik daripada anda. Dulu saya tidak toleran juga ketika saya masih muda, ketika baru menjadi biksuni. Saya nampak seorang lelaki tanggalkan baju, berseluar pendek saja dan menggoyang-goyangkan badan di depan patung Buddha di tokong. Dia berdiri di depan patung tokong Buddha, di balkoni – patung Buddha berada di belakangnya – dan saya banyak memarahi dia. Saya suruh dia segera berambus dari situ kerana tidak hormati Buddha: “Kamu ada banyak tempat untuk bersenam. Kamu tak boleh berdiri di depan Buddha dan tunjukkan punggung macam itu. Itu bukan penganut Buddha.” Jadi dia melarikan diri.

Saya gunakan batang kayu pada masa itu dan mengugut dia – saya akan pukul dia jika dia tak berambus. Dia melarikan diri dan menangis kepada Ketua Biksu, “Oh, Shifu (Guru), Shifu, dia akan memukul saya! Dia nak memukul saya.”

Saya rasa itu tak betul bagi saya. Dah tentu, saya masih muda. Saya memohon maaf atas kelakuan saya – bukan kepada dia, bukan. Saya tak mahu dia rasa bahawa dia betul berbuat demikian. Ada banyak tempat untuk bersenam. Meskipun kita nak bersenam di halaman tokong, kita pergi ke halaman. Ada halaman yang luas di depan dan jalan di depan adalah kosong. Itu sebuah kampung kecil. Tiada orang yang memandu di sana. Meskipun mereka memandu lalu, kita tak perlu berdiri di tengah jalan untuk berbuat demikian. Kita tak boleh berdiri di depan patung Buddha dan goyangkan punggung macam itu. Itu tak kelihatan elok, tidak kira apa jenis alasan yang kita berikan. Jadi sejak itu, dia tak pernah kembali ke tokong itu lagi.

Photo Caption: Salam Kasih Sayang, Yang Tinggi dan Suci!

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android