Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kisah Mahākāśyapa (vegan), Bahagian 4 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Apa lagi yang saya nak beritahu anda? Saya asyik beritahu perkara dan lompat dari perkara ke perkara.

Mahākāśyapa tak nak berkahwin tetapi ibu bapa-Nya mahu Beliau berkahwin, dah tentu, kerana Beliau seorang anak lelaki dan akan mewarisi semua perniagaan, harta benda mereka, akan ada anak untuk mereka dan sebagainya. Jadi mereka benar-benar asyik mendesak Beliau supaya berkahwin tetapi Beliau berkata Beliau tak nak. Mereka asyik mendesak Beliau. Jadi pada suatu hari, Beliau minta seorang pengarca yang sangat terkenal, sangat baik yang membuat patung supaya membuat patung wanita paling cantik yang boleh kita bayangkan untuk Beliau, kemudian bawanya balik ke rumah. Dia kata, “Jika ibu bapa mahu saya berkahwin, inilah jenis gadis itu – bersifat baik, ada hati yang ingin baktikan diri kepada amalan spiritual juga – maka saya akan mengahwini dia.”

Adalah sukar bagi ibu bapanya mencari gadis yang begitu cantik. Mereka tak tahu di mana pun. Kemudian Beliau berkata baiklah, maka biarkan-Nya meninggalkan rumah untuk minta sedekah di merata tempat di dunia, mana-mana saja dlm negara sekurangnya, bagi mencari wanita itu untuk mereka. Jadi ibu bapanya, disebabkan oleh prospek Beliau akan kahwin, biarkan-Nya pergi. Jadi walaupun Beliau masih sangat muda namun sudah ada jenis mentaliti pendeta, semangat pendeta, hati pendeta ini. Jadi Beliau keluar, meninggalkan keluarga, tidak ambil apa-apa pun, dan dengan mangkuk sedekah, pergi minta sedekah dan berjalan dari tempat ke tempat, berikan alasan itu hanya untuk mencari Guru spiritual yang layak bagi mengajar-Nya. Beliau sangat pintar juga. Beliau tahu akan banyak perkara. Beliau mempelajari segala-galanya dan sempurna dari banyak segi. Jadi banyak guru juga tak dapat terus mengajar Beliau lagi.

Tetapi seperti yang telah ditakdirkan, ibu bapanya ada seorang kawan yang jumpai gadis cantik yang kelihatan betul-betul seperti patung yang dibuat-Nya itu walaupun Beliau tak pernah bertemu dengan-Nya. Jadi Beliau terpaksa berkahwin. Gadis yang ibu bapa-Nya mahu Mahākāśyapa kahwini juga ada semangat yang sama seperti Beliau – tak nak berkahwin, hanya nak cari Guru dan jalankan amalan spiritual. Jadi gadis itu sangat sedih dengan diri-Nya dipaksa untuk berkahwin kerana ibu bapa-Nya ingin sekali mengahwinkan Beliau kerana keluarga Mahākāśyapa sangat kaya dan Beliau juga tampan, terpelajar, mulia, lemah lembut, manis dan sebagainya. Jadi gadis itu tak dapat bertikai dengan ibu bapa-Nya.

Pada zaman dahulu, apa-apa yang dikatakan oleh ibu bapa kepada kita, kita perlu patuhi, khususnya dalam hal perkahwinan. Mereka memilih pasangan untuk kita. Mereka memilih suami kita, isteri kita untuk kita. Kita tak boleh kata tidak. Tapi biasanya mereka akan minta nasihat pakar astrologi untuk lihat sama ada mereka berdua ada jiwa yang serasi, perkara yang hampir sama dan ada warisan atau kekayaan keluarga yang serupa. Jika tidak, mungkin ada konflik. Mereka tanya ahli nujum sama ada anak mereka serasi atau tidak, sama ada mereka akan baik-baik saja atau tidak. Mereka tanyakan banyak perkara yg lain untuk memastikannya sebelum saling mengahwinkan anak mereka – sama ada keluarga itu berduit dan sebagainya. Jika tidak, jika itu hanya keluarga miskin, mereka lakukannya saja (mengatur perkahwinan). Biasanya mungkin mereka tak terlalu peduli. Mereka tak begitu mampu.

Sekarang, Mereka berdua berkahwin tetapi tidak saling mengenali sebelumnya, dah tentu. Mahākāśyapa tak nak buat apa-apa dengan isteri-Nya. Pada waktu malam, gadis itu menangis. Selepas malam perkahwinan, Beliau menangis. Kemudian Mahākāśyapa tanya Beliau apa sebabnya. Pada mulanya, Beliau tak nak katakannya kerana tidak percaya bahawa Beliau ada suami yang begitu baik seperti Mahākāśyapa. Tetapi akhirnya selepas bertanya banyak kali, Beliau beritahu-Nya bahawa Beliau tak nak ada sebarang hubungan fizikal dengan lelaki. Beliau tak nak berkahwin, hanya kerana ibu bapa-Nya memaksa Beliau berkahwin dan sekarang Beliau akan hancur dan habislah, menjadi seorang isteri.

Jadi Beliau begitu gembira mendengar kata-kata-Nya bahawa diri-Nya hanya nak jalankan amalan spiritual, nak cari Guru sebenar. Beliau tidak mahukan sebarang jenis benda fizikal duniawi sama sekali. Kemudian Beliau beritahu impian-Nya juga. Jadi mereka saling berbual, bertukar-tukar idea. Mereka berdua sangat gembira. Jadi Mereka memutuskan untuk terus bersama, tiada masalah dan saling membantu untuk mencari Guru. Sesiapa yang jumpai-Nya dulu akan memberitahu seorang lagi – secara kebetulan, dengan sebarang berita atau rekomen mana-mana orang yang lain. Mereka tidak tidur bersama. Mereka ada dua buah katil, tidur di dua bahagian yang berasingan

sehingga ibu bapa Mereka mendapat tahu Mereka tak suka itu. Kemudian mereka ada satu katil saja. Mereka terpaksa tidur bersama di atas satu katil. Tetapi Mereka ada penyelesaiannya: Seorang tidur dan seorang lagi berjalan ke sana sini atau duduk bermeditasi di sudut lain di atas lantai. Mereka buat begitu secara bergilir-gilir. Oleh itu, Mereka tak perlu tidur bersama, saling menyentuh di atas katil. Itulah jenis perkahwinan Mereka.

Saya masih ingat banyak tahun yang lalu, saya terbaca kisah tentang satu pasangan – bukan atas sebab spiritual tetapi untuk pertaruhan – mereka tidur bersama tetapi tiada hubungan fizikal hingga lepas lima tahun, kemudian menangi pertaruhan itu. Kawan-kawan mereka ingin bertaruh kerana mereka cantik dan kacak. Jadi mereka bertaruh bahawa mereka tak dapat buat begitu tetapi mereka dapat dengan bangganya. Mereka ada kamera dan sebagainya untuk buktikannya. Jadi akhirnya mereka mendapat banyak wang daripada pertaruhan itu. Mereka mampu beli barang yang baik atau rumah baharu.

Ini boleh berlaku jika kita ada keazaman dalam fikiran untuk buat begitu bagi sesuatu tujuan. Kita berkahwin untuk sesuatu tujuan tetapi tiada jenis kebersamaan fizikal yang intim ini. Itu mungkin. Itu bagaimana banyak biksu menjadi bujang juga, kerana mereka melatih diri juga. Mereka gunakan kuasa minda untuk mengawal dorongan, keinginan hormon mereka. Biksu dan biksuni buat begitu. Jika kita hidup dalam komuniti bersama lelaki saja, jika kita bukan jenis homoseksual, biseksual atau sesuatu macam itu, maka tak apa-apa tinggal bersama. Tiada orang yang akan rasai apa-apa. Sebab itulah salah satu rukun, prinsip agama Buddha adalah mereka tanya kita sama ada kita ialah lelaki normal atau tidak atau kita ada minat seksual terhadap orang yang sama jantina atau kedua-dua jantina, seumpamanya, sebelum kita diterima ke dalam komuniti biksu atau biksuni, mengangkat sumpah.

Saya telah beritahu anda sebelumnya. Jika kita tinggal bersama dengan wanita, biksuni saja, maka agaknya kita tak banyak berhubung dengan orang luar kecuali untuk masa singkat yang perlu. Maka barangkali kita akan tiada masalah dengan itu. Tiada masalah – kita hanya menyibukkan diri. Kita baca kitab, baca Bible. baca segala jenis kisah Santo, membuat kerja amal, maka kita takkan ada masa untuk nafsu fizikal. Begitu juga dengan biksu, kecuali kadangkala ia berlaku secara natural kerana terlalu banyak hormon dalam mimpi atau semasa tidur tetapi itu bukan salah mereka dan tidak dikira sebagai melanggar rukun.

Jangan risau tentang batuk saya. Ia akan pulih. Raja Karma beritahu saya bahawa batuk itu disebabkan oleh campur tangan saya dengan karma sesetengah orang di Rusia. Sesetengah askar pejuang Rusia dilepaskan, pulang ke rumah. Mereka memperkosa atau membunuh orang Rusia lain yg tak kena-mengena dgn mereka, cuma kecenderungan mereka adalah macam itu atau mereka ialah penjenayah di dalam penjara sebelumnya dan kerajaan Rusia menukar mereka menjadi askar medan perang. Apabila pulang, mereka buat perkara yang sama dengan sebelumnya. Saya campur tangan dengan karma mereka. Sebab itulah saya alami penderitaan tambahan juga untuk mencegah perbuatan jenayah mereka dan membantu mangsa mereka... Kita buat banyak perkara untuk orang Rusia dan Ukraine (Ureign) tetapi masih belum dapat menghentikannya, barangkali perlukan lebih banyak masa lagi. Kedua-dua pihak rugi besar tetapi masih tak boleh berhenti.

Dahsyatnya dunia ini. Kadangkala saya sendiri rasa saya tak tahan dengan penderitaan manusia, orang-haiwan, pokok, tumbuhan, serangga dan segalanya, orang-ikan dan hidupan kecil pun. Orang-siput dilahirkan, berada di taman atau jalanan. Orang berjalan ke sana sini dan terpijak mereka. Ya Tuhan! Bayangkan semua cangkerang ini menusuk ke dalam badan lembut mereka yang sensitif. Dahsyatnya. Mereka ada cangkerang kerana perlu melindungi diri tetapi apabila ia dikecaikan ke dalam badan mereka, oh, dahsyatnya! Segala-galanya menyakiti saya di dunia ini. Saya tak tahu macam mana saya boleh tahan sampai sekarang. Saya cuba melupakannya dan minta Syurga supaya berkati mereka, menaikkan mereka ke atas, bebaskan mereka daripada nasib malang. Jadi segalanya yang kita buat untuk makhluk lain, tahulah, kita akan menanggung karmanya. Tak mungkin kita membantu seseorang dan kita menjadi bebas karma. Bukan macam itu. Dengan sesuatu cara, kita akan perlu tanggung sebahagiannya.

Photo Caption: Jangan Percayai Rupa Awal yang Kasar Ini, Kami akan Menjadi Cantik dan Bermanfaat Tak Lama Lagi!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/10)
1
2024-07-23
6181 Tontonan
2
2024-07-24
4686 Tontonan
3
2024-07-25
4579 Tontonan
4
2024-07-26
3946 Tontonan
5
2024-07-27
3854 Tontonan
6
2024-07-28
3518 Tontonan
7
2024-07-29
3475 Tontonan
8
2024-07-30
3426 Tontonan
9
2024-07-31
3546 Tontonan
10
2024-08-01
3515 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android