Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Mengenal yang Mana ialah Guru, Biksu atau Paderi Sebenar, Bahagian 3 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sesetengah daripada anda berkata anda tidak percayai mana-mana pendeta untuk memberi tawaran. Saya tak menyalahkan anda. Cuma anda perlu tahu pendeta mana adalah baik untuk diberi. Mana-mana pendeta yang minta wang, ini kerana mereka tak berduit. Mereka ingin jalani kehidupan yang selesa sikit untuk diri sendiri dan juga untuk pengikut mereka. Mungkin orang masuk untuk menjadi pendeta lelaki dan wanita di bawah mereka dan mereka perlu menjaga mereka. […] Apabila saya kata pendeta, saya tak maksudkan agama Buddha saja, agama-agama lain juga. Anda perlu sendiri menilai sama ada gereja anda benar-benar dipimpin oleh paderi yang baik, biksu yang baik atau tidak. […] Anda perlu lihat sama ada mereka gunakannya untuk tujuan yang buruk, sama ada mereka ada peluang dan sokongan kewangan ini untuk berkhutbah, mengajar pengikut tetapi tidak berkhutbah dengan cara yang betul – sama ada biasanya hanya untuk untung, dan anda lihat bagaimana mereka jalani kehidupan, lebih senang, selesa, dan tidak benar-benar nak beramal dan menaikkan roh diri sendiri dan roh orang lain.

Mengatakan semua pendeta yg buruk ini, saya tidak maksudkan anda tak harus menyokong pendeta lain jika mereka baik. Kerana jika anda menyokong biksu atau paderi yang baik dalam agama-agama yang berlainan… Saya tidak maksudkan biksu Buddha saja. Jika mereka baik dan menyampaikan ajaran yang baik daripada Pengasas Suci, maka dunia akan menjadi lebih baik dari sesuatu segi kerana segalanya yang kita buat mempengaruhi seluruh dunia juga, bukan hanya diri sendiri dan ahli keluarga kita. Jika anda menyokong pendeta yg buruk, dia akan gunakannya untuk motif tersembunyi dan khutbahkan ajaran buruk, konsep yang salah, idea yang salah.

Petikan daripada ‘Membongkar beberapa helah biksu untuk mendapat tawaran drpd orang lain’ Saya cadangkan agar memungut derma melalui telekomunikasi untuk mendapat wang. Kita boleh gunakan Zalo dan apliskasi pemesejan Viber. Ini pengalaman saya. Saya mendapat wang drpd Zalo & Viber. Dari mana saya mendapat wang? Contohnya, apabila penganut Buddha datang temu dgn kami, orang yg kami kenali, kami hubungkan telefon mereka dengan telefon kami. Itu saja.

Jadi pada hari jadi mereka, ia timbul di Zalo dan saya hantar mesej ‘Selamat Hari Jadi’ kepada mereka. Tiba-tiba (app mudah alih) bank saya berbunyi ‘ding ding ding ding’, (app mudah alih) bank saya berbunyi ‘ding ding ding ding’. Kami ingatkan mereka, berkata, “Saya di sini. Saya ucapkan tahniah kepada puan. Saya ucapkan tahniah kepada encik.” Jika mereka berkemampuan, nak membuat tawaran sempena majlis, perkahwinan pengebumian mereka atau apa-apa saja, mereka pindahkan wang kepada kami. ‘Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’. (Tawaran individu yang kecil boleh beransur-ansur berlonggok menjadi jumlah yang besar.)

Kaki saya tak pernah menjadi berbelulang. Ia tak pernah menjadi berbelulang dengan berjalan selama 15 tahun. Nampak tak? Ini bukti yang konkrit, langsung bukan bohong. Bagi orang lain, mereka berjalan selama 1-2 bulan, 1-2 tahun saja dan kaki telah menjadi berbelulang. Ini disebabkan oleh resam tubuh fizikal mereka. Itu sebab pertama. Sebab kedua adalah mereka kekurangan perkembangan spiritual dalaman. Saya telah mempelajari kaedah mengedarkan tenaga yin dan yang. Oleh itu, saya dapat menolak sel mati keluar (dari kaki saya).

Excerpt from “Dismantling poverty in a proper way, Connecting the wealth chain, advice from Luang Por Dhammajayo”: Sediakanlah diri dan sediakan wang kamu dengan baik. Sediakan wang untuk membuat pahala. Mengapa lakukannya? Lakukannya supaya kita boleh mendapat pahala. Pahala akan menjadi sumber kebahagiaan dan kejayaan pada masa depan. Dalam setiap hayat di dunia manusia dan di akhirat. Kita akan menjadi agak gembira. Kita akan memperoleh tiga khazanah: khazanah manusia, khazanah Syurga dan khazanah Nirvana. Jika kamu tidak lakukannya, kamu takkan mendapatnya.

Tenaganya (pendeta jahat) buruk juga. Dia bawanya ke dalam hati dan fikiran orang lain. Ia juga akan hancurkan tenaga dan suasana dunia kita dengan sesuatu cara. Dah tentu, dengan melakukan itu, dia akan wujudkan karma buruk untuk diri sendiri. Anda, orang yang menyokong dia, juga akan perlu menanggung akibat karma buruk. Mana tahu ia akan bawa anda ke mana? Apa-apa yang anda buat yang pengaruhi orang lain dengan cara yang tidak baik, cara yang buruk, akan kembali kpd anda. Jika itu lebih merupakan akibat yang berat, maka anda akan perlu pergi ke neraka bersama dgn pendeta yg anda sokong itu. Jadi itu saja. Saya hanya nak beri amaran kpd anda.

Pendeta-pendeta ini… Maklumlah, para pendeta, jika anda bertaubat, berpatah balik dan berbuat baik, benar-benar bertaubat dan secara ikhlas ingin berbuat baik, anda dapat ditebus. Meskipun anda ialah syaitan, saya tetap dapat bantu anda dengan Rahmat Tuhan Yang Maha Berkuasa. Jika anda benar-benar berpatah balik dan berbuat baik, bertaubat, bersyukur kpd Tuhan dan semua Guru, dan bertaubat kepada Mereka, anda masih boleh ditebus. Berhati-hati dengan cara anda gunakan masa anda dan derma penganut kerana anda ialah orang yang akan bertanggungjawab atas perbuatan sendiri. Tiada orang yang dapat bantu anda. Jadi bertaubatlah sekarang juga dan cari makrifat di mana-mana saja anda rasa ia boleh ditawarkan kpd anda.

Kita hidup di dunia ini bersama, jadi segalanya yang kita buat perlulah sejenis sokongan, saling membantu, memberkati, menyayangi dan mengambil berat, bukan mudaratkan orang lain untuk untung sendiri, kepentingan diri, kerana anda tahu, meskipun anda tidak percayai ajaran Buddha, nasihat Nabi Isa, anda baca ajaran itu dan tahu bahawa akibatnya sangat serius, dan hidup terlalu singkat. Tdk kira sama ada anda peroleh apa-apa, anda akan kehilangannya juga akhirnya. Jadi tolonglah, berpatah balik sekarang. Menjadi baik, bermoral, mulia. “Setiap santo ada masa lalu. Setiap pendosa ada masa depan.” Berpatah baliklah. Anda masih ingat, seorang lelaki sudah terperdaya dan disesatkan untuk membunuh 99 orang tetapi selepas bertemu dengan Buddha, Buddha mengajar dia sesuatu dan dia faham. Dia berpatah balik dan Buddha masih dapat bantu dia. Jadi kita semua masih berpeluang. Ambillah peluang ini.

Saya di sini hanya untuk bantu anda. Saya tak benar-benar nak mengkhutbahkan apa-apa, memang, kerana saya tak benar-benar suka berada di khalayak ramai. Saya tak benar-benar suka apa-apa seperti itu. Saya lebih suka menjadi orang biasa, nikmati hidup saya, nikmati meditasi dengan senyap, sama seperti kebanyakan orang di dunia ini. Tetapi saya tak boleh sampai hati untuk biarkan anda jatuh ke dlm neraka dan menderita dengan sebarang cara.

Lagi banyak kita berbuat jahat lagi banyak kita hancurkan tenaga dunia ini, kemudian dunia akan musnah atau malah binasa. Dalam keadaan sebegini di mana planet ini tiba-tiba hilang, mati, maka semua makhluk yang ada roh akan mati secara tiba-tiba. Dalam keadaan itu, semua roh akan mengapung ke sana sini, lari ke sana sini dengan resah, terbang ke sana sini, pergi ke sana sini, merayau-rayau ke merata tempat di atmosfera dengan tiada tempat untuk mereka berehat, tiada tempat untuk mereka berlabuh.

Itu situasi yang sangat dahsyat kerana mereka akan mudah diserang oleh segala jenis syaitan dan hantu yang juga berada dlm situasi sebegini, akan menganiayai, menyeksa, mengganggu mereka dan buat segala jenis perkara yang dahsyat terhadap mereka. Langsung tiada sesiapa pun yang akan berada di sana untuk bantu mereka kerana tiada tapak seperti planet Bumi lagi. Jadi kita semua harus berfikir tentang itu dan bertaubat. Berpatah baliklah awal. Sentiasa ada masa untuk berpatah balik dan bertaubat. Jadi tolong lakukannya sekarang juga. Semoga Tuhan, Buddha, semua Guru membantu anda dan menaikkan roh anda, mendapat pembebasan untuk pulang ke Rumah, lihat Rumah Sebenar yang tidak berada di dunia fizikal ini. Amin. Syukur kepada Tuhan. Terima kasih, Guru Tertinggi, Anak Tuhan. Terima kasih, semua Guru di semua arah pada semua zaman. Kami berterima kasih kepada Kalian.

Saya perlu beritahu anda bahawa biksu Buddha (Âu Lạc) Vietnam yang saya temui sejak kecil lagi hingga hari saya bertolak ke India untuk mencari Tuhan, mereka semua baik. Mereka semua baik dan bersih – sangat bersih – dan sangat benar-benar berdedikasi dalam hidup mereka kerana mereka percayai ajaran Buddha.

Saya juga kenali beberapa orang paderi ketika saya masih muda. Mereka sangat bersih dan sangat rendah diri juga. Saya temui seorang ketika masih kecil. Dia seorang paderi Kristian. Bapa saya bawa saya ke gereja sana. Ia jauh dari rumah kami, jadi kami tidak pergi pada setiap Ahad tetapi saya nampak dia beberapa kali. Dia beri saya wafer Perjamuan Suci ini, sangat nipis, dan masukkannya ke dalam mulut saya. Kemudian saya temu dgn dia sekali lagi. Itu pasti dah lepas 20 tahun lebih, 30 tahun tetapi dia masih kelihatan sama bagi saya. Dia langsung tak kelihatan jauh lebih tua. Saya dapat cam dia dengan serta-merta. Dia langsung tak dapat cam saya. Saya rasa tidak.

Jadi apabila dia ucapkan selamat tinggal, dia hanya kata, “Thôi, mình về nhá,” bermaksud, “Baiklah, saya akan ucapkan selamat tinggal sekrg. Saya akan balik sekarang,” sesuatu macam itu. Sangat mesra. Dia tidak menggelar diri sebagai Father pun. Sesetengah orang kata, “Baiklah, saya guru biksu, saya akan balik sekarang.” Atau paderi akan kata, “Thôi, Cha về nhá,” bermaksud, “Saya, Father, akan tinggalkan kamu sekarang.” Tidak, dia katakannya seperti kita berkata kepada kawan, “Thôi, mình về nhá.”

Sangat mesra, sangat rendah diri, sangat biasa. Saya memang begitu suka akan dia tetapi tak berpeluang untuk berjumpa dengan dia lagi selepas itu. Selepas itu, lepas seketika masa, saya berkahwin, tinggalkan rumah, menjadi biksuni, kemudian saya tinggalkan pakaian biksuni untuk bekerja di dunia, menjadi lebih dekat dengan orang dan juga berniaga untuk menampung kerja kami supaya saya tak perlu bergantung pada kononnya anak murid saya.

Photo Caption: Jalan ke Rumah Sebenar adalah Memukau dan Senang.

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android