Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya masih dibuli walaupun saya dah besar. Ketika masih kecil, saya dibuli oleh kanak-kanak. Saya malah dipukul oleh seorang budak lelaki, diganggu oleh sepupu saya, ditembak oleh mereka dan seorang sepupu patahkan tangan saya juga. Dia datang entah dari mana dan bergusti dengan saya ke atas tanah. Saya kata, “Tidak, tidak, saya tak nak!” Tetapi dia terus bergusti sehingga tangan saya patah, tangan kiri, kemudian ibu bapa saya perlu balutnya dgn simen tetapi dengan cara semula jadi. Ada seorang… kita boleh panggil ‘doktor belukar’. Dia tahu akan semua ini. Dia gunakan daun pisang untuk membalut dengan bahan herba di dalam. Dalam masa yang singkat saja, tangan saya sembuh semula.Itu hanya salah satu kes. Seorang budak lelaki yang lebih besar di sekolah menengah malah datang menampar saya dgn begitu saja. Saya tak tahu apa yang telah saya buat. Saya tak tahu mengapa dia buat begitu. Tapi apa yang boleh saya buat? Dia besar. Saya kecil saja. Saya masih kecil, dan ketika saya masih kecil, saya lagi kecil – sentiasa yang paling kecil di sekolah. Jadi apabila saya dah besar, saya berfikir hanya lelaki yang belum matang lakukan ini.Tetapi sekarang saya dah besar, dah pun seorang Guru spiritual tetapi masih dibuli oleh kononnya orang ‘spiritual’ dari semua belah – setiap hari, saya diserang dari semua belah. Saya berada di dalam bilik berseorangan, hanya sebuah bilik. Mrk tak dapat masuk. Tetapi jika saya di luar, saya tak tahu siapa lagi akan masih memukul saya hanya utk mendapat apa yg mereka mahu Secara tak nampak, masih ada sesetengahnya yang cuba pukul saya – melakukan perbuatan lain seperti menuntut kedudukan saya, menuduh saya sebagai Buddha palsu.Oh, saya tak kisah jika saya bukan Buddha! Saya akan ada lebih banyak masa untuk berehat, bermeditasi dan menikmati alam dalaman. Tetapi jika saya perlu lakukannya, saya perlu lakukannya. Bukanlah saya begitu gembira untuk lakukannya, rasa begitu gembira dgn saya seorang Buddha atau apa-apa seperti itu. Ya Tuhan. Saya dah bekerja sepanjang hidup, begitu keras – saya bekerja dengan makin hari makin keras sekarang. Kelihatan macam ada semakin banyak kerja. Mereka membuat saya sibuk, semua pekerja Mara ini. Mereka tidak biarkan saya bekerja di rumah ibadat saya sendiri di mana lebih relaks.Dan badan saya – tiada sesiapa yg peduli sama ada sihat atau tidak. Mata saya begitu sakit kerana skrin begitu terang, kerana saya perlu ada skrin yang besar. Jika tidak, saya tak dapat baca perkataan. Saya minta anak murid dari jauh – bukan di sisi saya tetapi dari jauh – supaya hantar cermin mata yang boleh saya gunakan untuk baca jauh dari skrin. Mereka belikan saya mungkin sedozen tetapi tiada satu pun adalah yang saya mahukan, jadi saya akur saja. Dah lama saya akur saja, jadi hanya pakai apa-apa saja, lompat ke depan dan ke belakang untuk baca tulisan saya sendiri yang kecil. Kerana ketika mengedit, saya tak dapat sentiasa menulis dengan sebesar yang saya mahu. Saya perlu tulis dengan kecil kerana di sesetengah tempat, kita perlu berhimpit untuk menulis di sesetengah bahagian. Kita tiada ruang di sana! Jadi saya perlu tulis dengan sekecil mungkin. Saya boleh tulis dengan besar sangat lalu buatnya menjadi kecil tetapi saya tak tahu berapa banyak yang besar boleh menjadi kecil dan berhimpit ke dalam tempat terhad itu. Saya hanya mengagak, tulis sesetengahnya dlm perkataan kecil, kemudian terus menulis dengan kecil. Saya perlu lompat ke depan dan ke belakang untuk betulkan kesilapan saya sendiri, menambah lagi atau memadamkan sesetengahnya. Agak banyak kerja dan pemikiran – kita perlu berfikir juga.Hanya satu kali, beberapa bulan yang lalu, saya separuh mati, jadi berkata kepada pasukan saya bhw saya tak dapat bekerja selama beberapa hari. Saya tak tahu berapa lama. Hari-hari itu adalah menggembirakan! Hari-hari itu sentiasa di Syurga – makan apabila kita lapar, tidur apabila kita mahu. Begitu baik. Saya tiada kena-mengena dengan Supreme Master TV – berhenti sepenuhnya. Itu waktu senang. Ya Tuhan. Saya harap saya boleh ada itu secara berulang kali. Saya tak boleh, begitu banyak kerja untuk dibuat – bukan sahaja Supreme Master Television tetapi juga kadangkala anggota pasukan tidak mampu atau terlalu banyak bekerja, perniagaan dan inisiasi di negara-negara baharu yang berlainan, segala-galanya. Saya perlu memilih Pengutus Quan Yin yang mana untuk negara mana, dan segala jenis perkara kecil saya perlu uruskan, restoran vegan di sana sini, perniagaan naik turun. Saya tak tahu bagaimana satu orang dapat buat begitu banyak. Saya buat saja. Saya tiada masa untuk berfikir pun. Kemudian kerja tambahan lagi daripada syaitan dan segala-galanya!Sekarang, tanpa bertanya kepada saya, Huệ Bửu sudah menginisiasi beberapa orang supaya mereka akan membuat tawaran kepada dia agar dia dapat hidup selesa, malah pergi makan daging orang-haiwan, minum arak dan sebagainya yang lebih mahal. Jadi dia mengubah Kitab Avataṃsaka untuk tujuan itu – mengambil alih kerja saya. Dia memang kata saya seorang Buddha, Buddha lain. Tetapi dia tahu bahawa dalam tempoh masa ini, hanya Buddha Maitreya mengambil tanggungjawab atas gaya doktrin, agama baharu. Kerana itu lebih cepat bagi orang, lebih senang. Hari ini, orang tiada masa untuk sentiasa duduk di dalam hutan, pergi minta sedekah atau pergi ke rumah ibadat pun. Saya beritahu mereka supaya bermeditasi di rumah saja kerana rumah mereka ialah rumah ibadat, ashram. Dan mereka sendiri, badan mereka, ialah rumah ibadat untuk Tuhan, untuk Buddha bekerja bersama. Oleh sebab Sifat Buddha ada di dalam diri manusia, jadi badan mereka dah pun rumah ibadat.Semua anak murid saya – kebanyakan daripada mereka – ada pengalaman dalaman yg sangat baik, pergi ke peringkat-peringkat yg berlainan Syurga-syurga yang berlainan, Alam-alam Buddha yang berlainan, malah Alam Buddha Amitābha, Alam Buddha Ubat dan Alam Buddha Vairocana. Mereka bertemu dengan Mereka semua. Mereka dapat berkomunikasi dengan Mereka dan juga mendapat ajaran langsung daripada Mereka. Mereka tak sentiasa perlu belajar dengan saya. Dah tentu, saya berikan penjelasan kepada mereka melalui teks, khutbah saya supaya mereka hapuskan rasa sangsi dalam fikiran mereka. Sesetengah orang perlukan itu. Bukan semua orang ada peringkat yang sama. Jadi Huệ Bửu berani lakukan semua ini supaya dapat mencuri kejayaan Misi saya. Tak hairanlah dia tunggu saya mati.Saya telah meninjau jauh lebih banyak perkara selepas itu. Dia bukan satu-satunya orang. Dia bukan sendiri memikirkan semua ini. Mara, ahli sihir dan Baginda Raja Hantu Ghairah Baginda Raja Hantu Ghairah mendesak dia untuk berbuat demikian. Kemudiannya dia lebih banyak dengar kata-kata Mara dan cuba mudaratkan saya dengan cara-cara yang berlainan. Sekarang, sebabnya saya katakan semua ini adalah kerana dia sudah mudaratkan beberapa orang, sekurang-kurangnya tiga orang sejak dia keluar, sejak 2022, dan mengaburkan mereka untuk percaya kpd dia, apa-apa saja yang dikatakannya.Saya dah beritahu anda, pada asalnya dia juga mendapat berkat daripada Santo, jadi dia ada daya tarikan. Dia sendiri ialah hantu ghairah yang bekerja di bawah Mara. Ahli sihir itu juga membantu dia supaya ada daya tarikan. Jadi jika orang pergi terlalu dekat dengan dia, mereka akan dengar kata-katanya. Mereka akan disedut ke dalam medan tenaga ganas, medan magnet syaitannya dan menjadi buta, pekak dan bisu dengan apa-apa saja yang lain, diracuni dalam fikiran atau badan dan mati pramasa, jadi barangkali mereka malah juga menerima dia mengubah teks kitab, mengubah nama Bodhisattva Vasumitra dalam Kitab Avataṃsaka. Dia berani buat begitu.Ya Tuhan! Dia takkan berani jika dia benar-benar tahu akan semua kelahiran semulanya seperti yang dikatakannya. Dia berbohong, kerana jika dia tahu akan semua kelahiran semulanya, dia takkan berani mengubah kitab, satu koma, satu noktah pun tidak. Jadi dia katakan sesuatu tetapi ekornya sentiasa terdedah. Dia kata dia anak murid saya dan sentiasa menekankan itu supaya anak murid saya berfikir dia boleh dipercayai kerana dia ialah saudara mereka, supaya mereka akan percaya kepada dia.Maklumlah bahawa dia tak pernah menjadi Pengutus Quan Yin. Tak pernah. Saya tidak kenali dia pun, tidak kenal dia sebagai anak murid saya. Ini kerana dia bukan yang sebenar, dia hanyalah hantu. Dia bukan manusia yg paling rendah pun dalam erti sebenar manusia! Seorang Pengutus Quan Yin perlu saya latih dan hantar apabila ada permintaan terhadap inisiasi. Ya Tuhan! Mula-mula sekali, dia memuji saya supaya saya berfikir dia orang yang berbakti. Saya terlalu sibuk. Saya tak dapat perhatikan semua orang. Jika ada sesuatu baru saya lihat dan tinjau. Saya juga dapatkan pengesahan Syurga. Tetapi jika tidak, saya berfikir semua orang adalah suci, bermeditasi dan sebagainya.Saya memang tahu sesetengah kononnya anak murid saya masih di peringkat neraka. Walaupun saya biarkan mereka berehat dari neraka supaya mereka boleh berpeluang untuk bermeditasi, namun sesetengah drpd mereka tak nak. Sesetengah daripada mereka masuk hanya untuk membuat kacau, menyibuk, mencuri kaedah ini dan keluar untuk menjadi kononnya guru. Saya lihat beberapa daripada mereka, beberapa wanita di Âu Lạc (Vietnam). Tetapi kebanyakan daripada ini hanya berlaku di Âu Lạc (Vietnam)! Saya belum nampak tempat lain lagi. Mungkin saya tiada masa untuk lihat. Hari ini, semua raksasa keluar dengan sesuatu cara supaya saya perlu tahu akan mereka. Itu bagus supaya saya dapat selamatkan orang tak berdosa yang mengikut mereka kerana daya tarikan syaitan dan kuasa ajaib ‘hula-hoop’ mereka. Macam itulah. Anda nampak tak sekarang?Ya Tuhan, kita takkan tahu siapa ialah siapa. Kita takkan tahu. Tiba-tiba, Shancai Tongzi menjadi dia, Huệ Bửu Tongzi. Tongzinya dan satu lagi Tongzi adalah berbeza. Shancai Tongzi , Sudhana, ialah pembantu Bodhisattva Quan Yin, satu-satunya orang yang bernama ini! Jadi Dia suci, sangat berkuasa dan ingin belajar lebih banyak untuk membantu Bodhisattva Quan Yin dengan lebih cekap. Jadi Buddha biarkan Dia pergi, Bodhisattva Quan Yin biarkan Dia pergi belajar. Ia tak berkaitan dengan Huệ Bửu.Dia kelihatan macam si bodoh bagi saya disebabkan cara dia mendakwa diri sebagai Buddha Maitreya. Tiada logik, tiada apa-apa pun. Dan dia berkata bahawa sesiapa yang merupakan Maitreya sebenar perlu menjelaskan rahsia Kitab Buddha Maitreya. Tiada rahsia dalam Kitab Buddha Maitreya. Anda cetaknya dan bacalah. Tiada apa-apa pun, tiada rahsia. Kanak-kanak berusia lima tahun dapat bacanya, dapat memahaminya. Tiada rahsia di dalamnya. Kecuali anda tiada IQ, maka anda takkan memahaminya. Tak perlu menjelaskan kitab itu. Semua orang boleh baca dan memahaminya, sama seperti Kitab Buddha Amitābha, sama seperti Kitab Buddha Ubat. Kitab Buddha Amitābha, Kitab Buddha Ubat adalah sangat mudah.Sekarang anda tahu orang ini Huệ Bửu tidak wajar dipercayai. Dan semua Santo Cao Đài telah beritahu saya itu.Photo Caption: Wujudkan Suasana Baik untuk Semua Berasa Selesa.