Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Di Mana Hendak Cari Tempat Berlindung dlm Tradisi Agama yg Baik, Bahagian 1 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, orang paling dikasihi, orang tersayang semua Syurga dan hati saya. Saya begitu kasihi anda. Saya duduk bermeditasi dan tiba-tiba terasa macam saya mesti bercakap dengan anda kerana saya rasai kasih sayang yang begitu melimpah-limpah kepada anda, teringat hayat demi hayat anda menjaga saya, tunjukkan kasih sayang kepada saya dan buat segala-galanya yang anda rasa paling baik untuk saya. Tuhan menguji kasih sayang saya kepada anda juga kerana sekarang Dia biar saya tinggal di dalam khemah. Bukan di bandar, dah tentu, anda boleh bayangkan.

Tuhan biar saya alami banyak dugaan dan ujian untuk lihat sama ada di bawah keadaan dan situasi teruk, saya masih ada kasih sayang kepada anda atau tidak. Dah tentu saya ada. Mana boleh tidak, kerana saya kasihi Tuhan dan Dia ada di dalam diri anda!! Saya tahu akannya sekarang. Saya tahu akannya lama dahulu dan akan masih terus menyedari Kasih Sayang itu kerana Kasih Sayang itu Kasih Sayang abadi. Kasih Sayang itu adalah daripada Tuhan. Tuhan berikan Kasih Sayang itu kpd saya supaya saya dapat nikmati keistimewaan sebegini apabila kita dapat kasihi semua makhluk secara tanpa syarat, tanpa prasangka, tanpa mengingini apa-apa pun dan dengan segala pemaafan, segala toleransi, segala belas kasihan dan segala kasih sayang murni. Saya bersyukur kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa atas Kasih Sayang ini. Saya berterima kasih kpd semua Guru semua zaman dari semua arah kerana memelihara Kasih Sayang ini.

Kasih Sayang ini dikurniakan oleh Tuhan dan dipelihara oleh semua Guru Suci, Buddha, Bodhisattva, Imam, Mullah, Santo dan Orang Suci yang menakjubkan, hebat – apa-apa saja gelaran yang anda nak panggil Mereka. Mereka ialah itu. Mereka ialah Wakil Tuhan. Mereka ialah Pemelihara Kasih Sayang ini yang saya bawa di sekeliling saya ke mana-mana pun saya pergi dan rasainya dalam semua sel hidup fizikal saya dan di luar dunia ini. Saya begitu bersyukur memiliki Kasih Sayang ini. Saya begitu berkeistimewaan, bangga dan bertuah memilikinya. Saya harap anda rasai Kasih Sayang saya. Meskipun tidak, Tuhan akan biar anda tahu apabila tiba masanya. Saya begitu penuh dengan rasa syukur atas Kasih Sayang yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa dan disokong oleh semua Santo dan Orang Suci, Buddha, Mullah di semua arah pada semua zaman. Saya begitu... Saya tak tahu apa yang nak dikatakan. Saya begitu penuh dengan Kasih Sayang yang menggembirakan.

Saya harap anda semua dapat rasainya kerana maka anda takkan mahukan apa-apa pun, takkan cari apa-apa pun kerana anda begitu puas hati, begitu banyak diberkati, begitu puas, begitu penuh kasih sayang, kegembiraan spiritual, keriangan. Ya Tuhan, saya tiada perkataan. Tak apa. Saya harap anda semua rasai ini. Mungkin sesetengah daripada anda sudah rasainya. Sesetengah daripada anda sudah rasai sebahagian daripadanya. Suatu hari nanti, anda akan rasai semuanya seperti saya sekarang, kebanyakan hari dalam hidup saya apabila saya tak terlalu sibuk untuk rasai Kasih Sayang ini!

Saya ada makanan tanpa kesakitkan baharu untuk anda. Saya akan bacanya dan terpulang kepada anda utk pilih makanan tanpa kesakitkan. Maksud saya, belum lengkap. Senarai makanan tanpa kesakitkan baru – tidak lengkap, dah tentu – ini dia: lobak ungu, rubarb, kurma masak. Biasanya kita makannya apabila dah masak kerana apabila kurma dah masak, dahan yang bawa kurma sudah mati. Kita dapat lihat. Ia sudah pun sama ada kuning tua atau perang. Jadi kita boleh ambil kurma dan makannya. Tiada kesakitan bagi pokoknya. Kita potong dahan yang bawa kurma atau kadangkala dahannya gugur dengan sendirinya. Dandelion, segala jenis, semua warna, dan akarnya, amaranth, jelatang, ubi bit, biji sawi liar. Saya tiada lebih banyak masa untuk... Apabila ada masa, saya akan lebih banyak mengkaji alam sayuran tanpa kesakitan dan beritahu anda. Terima kasih.

Sebenarnya, saya tiada banyak masa untuk mengkaji alam vegan tanpa kesakitan tetapi saya kaji apabila boleh. Jika saya menemui sesuatu yang baharu, saya akan biar anda tahu. Cuma kadangkala saya tahu akannya, cuma tak tahu apa namanya atau saya tak ingat ia dipanggil apa dalam bahasa manusia. Adalah tidak penting untuk mengetahui semuanya, sebenarnya. Anda pilih apa-apa saja yang anda suka asalkan itu vegan kerana kesakitannya adalah berbeza apabila anda makan sayuran dgn apabila anda bunuh beramai-ramai makhluk hidup yang bernafas, berjalan, penyayang seperti orang-biri-biri, -lembu, -khinzir, -kambing, -ayam dan sebagainya. Mereka semua ada lebih banyak rasa sakit sedar.

Makanan vegan yang bukan tanpa kesakitan, anda tetap boleh gunakan, atau mungkin anda kurangkannya dan tambahkan lebih banyak makanan tanpa kesakitan. Semuanya terpulang kepada anda. Saya tak berani minta terlalu banyak daripada anda kerana saya tahu anda dah cuba sedaya upaya untuk menjadi vegan. Cuma maklumat apa yang boleh saya kongsi dengan anda, saya lakukannya dengan senang hati disebabkan kasih sayang kepada anda, kasih sayang kepada semua makhluk kerana mereka adalah dlm diri saya juga. Saya telah beritahu anda suatu kali, lama dahulu, bahawa saya ada kesedaran bhw saya ada dalam diri semua makhluk. Saya ada dalam bunga, dalam semut, dalam semua jenis orang-haiwan, semua jenis sayur dan semua jenis pokok. Oleh itu, jika saya cederakan mana-mana drpd mereka, saya cederakan diri sendiri, secara sedar atau tak sedar.

Dalam semua dekad ini, apa-apa yang saya beritahu anda, semuanya untuk kebaikan anda, sama ada itu jenaka, cerita atau frasa berfalsafah, semuanya untuk kebaikan anda, dan kadangkala cara yg tak menyenangkan terhadap anda pun adalah untuk kebaikan anda juga, untuk menyedarkan anda, untuk beritahu anda kebenaran, untuk buat anda sedar bahawa hidup bukanlah di dunia fizikal ini tetapi hidup adalah di tempat lain – maksud saya di dalam diri anda tetapi juga di luar diri anda. Alam dalaman ialah alam sebenar tetapi perlukan pengalaman untuk mengetahui itu. Sesetengah orang beramal sepanjang hidup dengan cara zahid dan dengan amalan meditasi yang rajin tetapi mereka tidak sedar bahawa semua makhluk ialah satu entiti – di dalam diri mereka, di luar diri mereka.

Alam sebenar bukanlah apa yang anda lihat dengan mata fizikal, apa yang anda dengar dengan telinga fizikal, apa yang anda hidu dengan hidung fizikal atau apa yang anda rasai dengan sentuhan fizikal. Itu inti pati utama ajaran semua Guru. Saya mengikut Mereka dengan kesedaran saya sendiri atau dengan belajar dengan Mereka melalui buku atau interaksi fizikal. Banyak hayat yang tidak terkira, bukan dalam hayat ini saja saya menyedari semua ini. Ada lebih banyak lagi untuk disedari, dah tentu, apabila tiba masanya, apabila ada keperluan. Saya terlalu seperti dlm keadaan sawai sekrg. Saya cuba buatnya seboleh difahami mungkin dalam istilah fizikal. Setelah masuki samadhi, apabila kita keluar, kita masih berada dalam jenis samadhi yang berlarutan ini.

Saya gembira dgn saya dapat bercakap dengan anda kerana inti pati hidup anda – roh anda – adalah agung, megah, suci, murni, baik, suci. Ia langsung tidak tercemar oleh apa-apa pun dari dunia ini atau alam tak nampak. Tetapi masalahnya, anda terperangkap di dalam badan dan dikawal oleh minda, iaitu daripada hidup yang lebih rendah. Oleh itu, sangat sukar bagi anda ingat akan diri anda yang megah. Jadi saya cuba secara berulang kali untuk memberitahu anda itu. Tetapi jika saya tak dapat beritahu anda untuk membuat anda faham, carilah mana-mana Guru yang lain dalam kumpulan agama yang lain yang dapat bantu anda.

Saya boleh beritahu anda sekarang: mungkin anda pergi kpd Cao Đài-isme tetapi anda perlu gunakan intuisi anda, doa anda, keikhlasan hati anda untuk minta bantuan supaya menjumpai Yang Baik, Penyampai Suci, di gereja itu, di tokong itu. Begitu juga dengan agama Kristian: anda perlu cari Santo dalam kekeliruan sekumpulan orang berjubah tetapi berhati kosong, sifar kasih sayang. Anda perlu cari permata yang jarang, berlian itu di dalam tanih untuk mengamanahkan roh anda, pencarian Tuhan anda, untuk diri sendiri di tengah-tengah dunia yang kucar-kacir, memusnahkan ini. Kerana jika Petugas Syurga dan saya sendiri tak cukup Kekuatan dan Kuasa untuk menentangnya, maka kita takkan hidup lama di sini. Tidak lama, tidak lama. Kita boleh kira beberapa tahun saja. Saya tak dibenarkan untuk beritahu anda terlalu banyak perkara – ini dah pun suatu risiko bagi saya memberitahu anda itu.

Tolonglah pergi cari Guru, Guru Roh hidup untuk menyampaikan Rahsia hidup kepada anda supaya anda dapat jumpai Hidup Sebenar Anda perlu pelajari Rahsia hidup baru dapat jumpai Hidup Sebenar. Jika tidak, hidup fizikal ini takkan menampung anda dengan lama, terutama pada tempoh masa kita ini. Semua Santo beritahu saya semua ini tetapi saya tak dibenarkan untuk beritahu anda secara terperinci. Saya harap apa yang saya beritahu anda tak terlalu banyak dan tak terlalu berisiko bagi saya. Bukanlah saya takut mati, bahaya, kesusahan atau terpaksa sentiasa lari untuk melindungi diri tetapi… tetapi saya nak selamat, saya nak ada ketenangan supaya dapat meneruskan kerja saya – untuk menyebarkan Kebenaran, menyedarkan anda, sesiapa saja yg boleh dan menyelamatkan roh anda, sesiapa saja yang Tuhan izinkan saya. Sebab itulah saya sentiasa melindungi hidup fizikal saya. Jika tidak, saya akan begitu gembira, – Tuhan ialah saksi saya – bhw saya akan begitu gembira untuk pulang ke Rumah.

Anda sentiasa memuji saya bekerja tanpa mengenal penat utk dunia. Itu benar juga. Tapi sebahagian drpd diri saya letih juga – letih dengan lari dari situasi berisiko, daripada bahaya, dari orang jahil, dari orang fanatik – orang yang terpengaruh oleh maya. Tetapi saya masih terus memelihara hidup ini – hidup fizikal saya – supaya saya dapat buat apa-apa saja yang Tuhan mahu saya buat untuk anda kerana Tuhan kasihi anda. Tuhan berikan Kasih Sayang sebegini kepada saya. Saya faham walaupun ini tidak sebesar Kasih Sayang Tuhan, hanya sebhgn drpd Kasih Sayang-Nya, saya tetap begitu terharu, begitu bersyukur, jadi senang hati untuk berkhidmat, dan faham bahawa Kasih Sayang ini ialah keistimewaan yang begitu besar dalam hidup sesiapa pun jika kita dapat mengetahui-Nya. Kita akan menempuh api untuk Kasih Sayang ini, disebabkan Kasih Sayang ini.

Photo Caption: Berseorangan dalam Privasi Memang Membantu untuk Bertumpu di Dalam.

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android