Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Di Mana Hendak Cari Tempat Berlindung dlm Tradisi Agama yg Baik, Bahagian 8 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya menasihati sekali lagi: semua pengikut Buddha, jika anda tidak memilih sebarang kaedah yang lain dalam agama Buddha untuk beramal bagi selamatkan roh anda, anda harus lafazkan ‘Buddha Amitābha’ sepanjang masa sehingga semasa tidur, makan pun, hanya Nama dan pemandangan-Nya saja. Jika boleh, anda boleh cari kitab. Anda bacanya supaya dapat bayangkan Alam Buddha Amitābha agar apabila meninggal, anda akan pergi ke sana. Anda akan dengan serta-merta mengenal bahawa itu Alam yang anda nak lahir di sana, jadi bebas selama-lamanya. Mungkin anda di peringkat lebih rendah tetapi anda takkan kembali ke kitaran hidup dan mati, dan anda takkan pergi ke neraka. Jadi buatlah begitu. Semoga anda semua selamat sejahtera dari hati saya. Semoga anda akan mendapat pembebasan dan lahir semula di Alam Buddha – mana-mana Alam Buddha yang anda pilih untuk percayai dan puja.

Jika tidak, maka ingatlah: Alam Buddha Amitābha adalah paling baik untuk anda. Ia paling senang dan sangat mudah untuk anda amalkan. Buddha Amitābha, Āmítuófó. Namo A Di Đà Phật (Buddha Amitābha), Namo Quán Thế Âm Bồ Tát (Bodhisattva Quan Yin), Namo Đại Thế Chí Bồ Tát (Bodhisattva Mahāsthāmaprāpta). Terima kasih kerana bantu semua manusia atau makhluk yang percaya kepada Engkau Bertiga. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih, terima kasih. A Di Đà Phật (Buddha Amitābha).

Anda hanya perlu lafazkan Nama-nama Orang Suci ini. Anda boleh lafazkan kedua-dua Buddha Amitābha dan Bodhisattva Quan Yin, atau hanya Buddha Amitābha saja. Buatnya mudah untuk diri sendiri dan bayangkan apa yang anda ingat daripada Kitab Buddha Amitābha di mana Buddha Shakyamuni gambarkan kemegahan Alam itu untuk anda. Jadi anda lakukan itu saja, atau sekurang-kurangnya lafazkan nama Buddha Amitābha seperti ‘Namo Buddha Amitābha’ dalam bahasa Inggeris, atau ‘Namo A Di Đà Phật’ dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam), atau ‘Namo Āmítuófó’ dalam bahasa Cina dll. Anda boleh belajar sebut nama-Nya dalam bahasa anda, dalam telor fonetik anda. Buddha akan faham asalkan anda ikhlas dan tahu Siapa yang anda puja dan minta penyelamatan. Tolonglah buat begitu. Saya tak mendapat apa-apa daripada ini. Anda lakukannya saja, tolonglah, untuk diri sendiri. Jika anda cukup kuat, cukup berkuasa daripada amalkan kaedah Buddha Amitābha, anda malah akan berpeluang untuk selamatkan anggota keluarga tersayang anda yang lain. Tolonglah. Semoga anda selamat sejahtera. Semoga Buddha berkati anda. Semoga Cahaya tak terhingga Buddha Amitābha memancari anda siang dan malam hingga hari anda sampai di Alam Suci. Amin. Amin. Dengan segala Berkat Tuhan, segala Kasih Sayang dari hati saya.

Jika sesiapa daripada anda tak tahu apa-apa tentang apa yang saya katakan mengenai segala mazhab agama ini, maka lafazkanlah Doa Paling Berkuasa yang saya dedahkan kepada anda dengan Izin dan Rahmat Tuhan, pada bila-bila saja boleh, lagi banyak lagi baik sehingga anda dapat hafalnya, kemudian sementara anda makan, tidur pun, fikiran separa sedar anda akan terus berhubung dengan doa itu – bermakna dengan Syurga, dengan Tuhan. Melafazkan itu tak bermakna apabila anda pulang ke rumah, anda nampak Tuhan dengan serta-merta di depan anda. Syurga Tuhan ada banyak peringkat. Sekurang-kurangnya anda pergi ke Syurga rendah setinggi mungkin dalam Belas Kasihan Tuhan. Kemudian anda terus memanjat lebih tinggi untuk pulang ke Rumah.

Buatlah apa yang anda boleh tetapi anda mesti, anda harus, tolonglah, menjadi vegan. Tolong menjadi vegan supaya doa anda akan berkesan, malah dalam masa yang singkat! Saya beritahu anda semua ini dengan sepenuh hati, segala doa saya utk anda, supaya dengar. Tolonglah.

Kerana dengan begitu banyak situasi yang mengancam dan mengintip di sekeliling saya, saya tak tahu sampai bila saya dapat terus bercakap dengan anda macam ini. Jadi tolonglah dengar, seolah-olah ini kali terakhir saya bercakap dengan anda. Hidup begitu tak dapat diduga. Anda tahu akan itu! Saya berkata kepada anda bahawa saya gembira dapat bercakap dengan anda kerana anda takkan tahu bila saya dapat atau bila saya tak dapat. Sekarang saya baik-baik saja. Saya selamat, jangan risau. Tetapi merakamkan ini untuk anda pun, tak begitu lancar dan senang sebagaimana kita lakukan biasanya atau sebagaimana saya lakukan sebelumnya, banyak kali sebelumnya, kerana selalunya, ada bunyi bising dan saya perlu berhenti kalau-kalau mungkin orang datang dekat, ada orang-haiwan besar atau sesuatu, jadi saya perlu hentikan rakaman sangat banyak kali untuk menghabiskan ini. Jadi tolonglah dengar. Jangan tidak hargainya. Tolonglah dengar. Selamatkan diri anda.

Dunia ini sentiasa bersifat fana dan mengejutkan kita dengan segala jenis situasi, dan akhirnya, mati. Jadi tolonglah anggap kata-kata ikhlas saya kepada anda seperti… seperti kali pertama, seperti kali terakhir. Anda takkan tahu. Dalam hidup ini, anda takkan tahu bila anda datang, bila anda pergi. Anda tak tahu bila anda dilahirkan, dan anda tak tahu bila anda pergi. Biasanya kebanyakan orang tak tahu. Jadi tolonglah bersedia. Melatih diri anda sekarang lagi. Kita tiada banyak masa. Meskipun anda tidak percayai hari kiamat dunia atau apa-apa, hidup kita sentiasa tak dapat diduga. Jadi anda mesti menyediakan diri utk hayat seterusnya, langkah seterusnya. Semasa anda berjalan di jalan tak dapat diduga seperti hidup ini, mungkin anda melangkah ke dlm gaung atau sesuatu yang anda tak tahu. Anda mungkin kehilangan nyawa, mungkin alami kemalangan atau apa-apa saja. Apa-apa pun boleh berlaku. Jadi sentiasa bersedia dalam hati anda, ingat akan Tuhan, ingat akan Buddha, Santo.

Jika anda tak dapat cari mana-mana Guru hidup, hanya lafazkan nama Santo yang anda percayai – Santo vegan, Santo vegetarian, sekurang-kurangnya. Pada zaman dahulu, vegetarian hampir seperti vegan kerana mereka tak begitu banyak ganggu orang-lembu. Saya dilahirkan di luar bandar. Saya lihat orang-lembu sentiasa berjalan ke sana sini dengan santai di padang rumput dengan gembala di tepi mereka, menjaga mereka. Saya tak nampak sebarang kezaliman terhadap orang-lembu betina atau jantan. Mereka bantu petani pada zaman itu dan masih begitu di sesetengah negara, membajak tanah, beri makan kepada populasi dunia. Jadi mereka buat kerja baik.

Di India, sekarang pun, jika orang-lembu berada di tengah-tengah jalan, semua kereta berhenti dan menunggu. Tetapi ada sesetengah kawasan di mana sekarang mereka mula – atau lama dahulu lagi sejak agama-agama yang berlainan masuk dan hancurkan agama Buddha, hancurkan belas kasihan – sekarang mereka bunuh orang-lembu atau -khinzir setiap hari, sama seperti di negara lain. Ini hal yang sangat menyedihkan. Sebab itulah India juga dihukum berat dengan COVID-19, ada peperangan dengan jiran dan terlibat dalam banyak pembunuhan beramai-ramai yang lain atau pembunuhan. Adalah sangat menyedihkan orang India kehilangan tradisi belas kasihan mereka. Kerana dulu mereka hanya ada Jainisme, agama Hindu dan Buddha. Semua agama di India ini mengajar orang supaya menjadi berbelas kasihan dan tidak memperlakukan orang-haiwan seperti yang kita lakukan sekarang di rumah sembelih atau tempat lain. Begitu banyak orang India pun tak memahami belas kasihan dan tak benar-benar mengetahui agama Hindu sebenar.

Perdana Menteri England sebelumnya, sebelum Perdana Menteri ini – namanya Sunak – mendakwa bahawa beliau seorang penganut Hindu sejati tetapi beliau bukan vegetarian pun. Ketika saya pertama kali cakap tentang beliau dengan anak murid, saya kata, “Hei, sekarang kita ada seorang perdana menteri yang merupakan vegetarian!” Mrk potong bahagian kata-kata saya itu dan saya tanya mereka mengapa. Mereka kata beliau bukan vegetarian. Saya kata, “Whoa! Maaf atas itu. Saya berfikir beliau berkata bahawa beliau seorang penganut Hindu sejati, jadi saya jangkakan, berfikir bahawa beliau secara natural seorang vegetarian sekurang-kurangnya, jika bukan vegan.” Anda faham maksud saya? Kerana mereka kehilangannya. Mereka kehilangan Ajaran sebenar. Walaupun mereka masih ada kitab atau Veda (koleksi doa) atau sesuatu macam itu, mereka tetap tak memahaminya kerana sejak banyak generasi lagi, tiada sesiapa yang menekankan sifat belas kasihan agama Hindu.

Jadi mana-mana biksu, guru yang memimpin orang ke arah kepercayaan yang salah, anda boleh percaya bahawa mereka tidak bekerja untuk Dharma Sebenar, Ajaran sebenar yang diturunkan kepada mereka sejak zaman dahulu lagi. Memimpin orang mengikut konsep yang salah, arah kepercayaan yang salah ialah jenayah paling buruk yang boleh anda lakukan terhadap orang – apalagi anda seorang biksu, biksu senior yang mewakili agama Buddha dan ada begitu banyak pengikut, banyak penganut taat yang bantu anda, buat tawaran kepada anda, memuja anda dan dengar setiap perkataan yang anda keluarkan. Itu begitu tak betul – begitu buruk. Kecuali anda nak bantu maya, syaitan meneruskan kitaran hidup dan mati dan memudaratkan orang di dunia ini, maka anda akan mendakwa macam itu.

Photo Caption: Melindungi Dunia, Sebaik yang Seseorang Tahu!

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android