Guru Tim Qo Tu yang dikasihi, Saya ingin berkongsi kisah tentang mudarat yang disebabkan oleh guru palsu Ruma (Trần Tâm) seperti yang telah Guru kongsi dengan dunia, yang benar sepenuhnya. Keluarga saya terdiri drpd enam orang, lima daripada mereka telah jadi anak murid Guru selama 30 tahun. Hanya abang saya belum menjadi anak murid Guru tetapi dia vegetarian dan ada kepercayaan yg teguh kpd Guru.Pada 2021, dia secara kebetulan temui seorang wanita di sebuah restoran vegetarian yang berkata dia seorang pendandan rambut dan pengikut Guru. Jadi abang saya pergi ke salunnya untuk dipotong rambut.Sementara memotong rambutnya, dia mainkan khutbah Ruma untuknya dan berkata bahawa dia dan Guru ialah satu entiti. Abang saya tidak faham dan ingat dia seorang pengikut Guru. Selepas pulang ke rumah, dia mula menunjukkan gejala: dadanya sentiasa terasa panas membahang seperti api neraka, dia terdengar suara gangguan yang mendesak dia mengikut fikiran negatif dan ingin membunuh diri banyak kali. Pd waktu malam, dia alami mimpi ngeri dan nampak hantu bercakap dengannya. Pada siang hari pula, dia sering terbaring sambil mengerang, enggan makan atau minum. Saya menjaga dia, jadi saya juga alami mimpi ngeri setiap malam, sama seperti dia.Dia bermeditasi dan berdoa kepada Guru untuk bantuan. Kemudian dia nampak jelmaan Guru sebagai Bodhisattva Quan Yin dengan sebiji botol air kecil dalam tangan-Nya. Dia gunakan dahan dendalu untuk renjiskan air ke atas kepalanya dan dengan lembut gosok kepalanya dgn tangan-Nya. Dia berasa pulih sikit.Pada masa yang sama, seorang saudara di Taiwan (Formosa) hantar Barang Kemas Firdausi SM yang direka oleh oleh Guru kepada saya. Semasa kemuncak pandemik COVID, adalah mustahil untuk hantar barang kemas melalui pos tetapi dengan keajaiban Tuhan, saya terimanya dalam masa tersingkat. Apabila memakainya, saya rasai Berkat Syurga turun pada saya dan karma hilang dengan serta-merta. Saya dan abang saya tidur lena dan tidak alami mimpi ngeri lagi.Sejak itu, dia beransur pulih dan menjadi sihat semula. Saya, saudara dan keluarga saya amat berterima kasih atas Kasih Sayang dan Berkat Guru. Semoga Guru sentiasa sihat dan selamat. Kami kasihi Guru. Mỹ Trang dari Âu Lạc (Vietnam)
Jadi Kuasa Guru sebenar ialah apa yang anda perlukan, bukan sebarang kaedah, Kaedah Quan Yin pun, jika orang itu hanya memalsukannya – masuk saja, pelajari kaedah ini, keluar, menyebarkan berita dan berkata mereka ialah guru. Saya lihat beberapa orang buat begitu. Tetapi mereka tak dapat bantu anda. Mereka tak dapat bantu diri sendiri pun. Selepas kehabisan berkat yang diberikan pada waktu inisiasi, mereka akan ditangkap oleh syaitan, atau pada asalnya mereka sendiri ialah syaitan, masuk ke dalam hanya untuk hancurkan ajaran Buddha, atau dalam kes saya, cuba timbulkan kesusahan untuk saya dan menipu orang.Saya harap orang dengar ini dan menjauhi entiti yang begitu jahat seperti Trần Tâm, Huệ Bửu dan orang lain yang berpura-pura menjadi pengutus Quan Yin atau Guru Quan Yin. Tolong jauhi mereka. Meskipun anda tidak percayai saya dan kuasa saya, pergilah cari saja mana-mana biksu atau guru suci, bermoral yang lain. Saya sudah beritahu anda di mana.Saya telah beri amaran kepada anda supaya berhati-hati dengan siapa yang anda pilih utk dijadikan guru anda. Pengutus Quan Yin adalah jarang. Guru Kaedah Quan Yin di peringkat tinggi adalah jarang juga. Hanya jika anda bertuah, ikhlas, mungkin Tuhan membimbing anda untuk bertemu dengan Mereka. Jika karma anda sudah pun terlalu berat dari hayat lampau lagi, mungkin sangat sukar bagi anda dengar nama ‘Kaedah Quan Yin’ pun, apalagi mempercayainya atau cari Guru terbaik untuk anda.Ketika Buddha masih hidup pun, Baginda begitu boleh dipercayai. seorang Putera dan ajarkan perkara benar, penuh belas kasihan dan baik, tetapi semasa berkhutbah, suatu kali, 2,000 orang biksu berjalan keluar dari khutbah-Nya kerana mereka percaya mereka telah ketahui segalanya dan rasa Buddha khutbahkan bidaah yang menyeleweng, sama seperti apa yang sesetengah biksu rasa saya lakukan sekarang. Sangat sukar untuk mengajar orang di dunia ini.Guru kepada Paramahansa Yogananda, Sri Yukteswar Giri, berkata bahawa makhluk di Alam Astral di mana Beliau mengajar adalah lebih senang bagi Beliau daripada manusia di planet ini kerana manusia mempunyai sifat yang rumit, dwisifat – negatif dan positif. Jadi sangat sukar bagi mereka memahami ajaran sebenar dan sangat sukar bagi mereka mengenal Guru sebenar. Itu masalahnya. Sebab itulah kita ada masalah di dunia kita.Anda semua, kita berharap suatu hari nanti dunia ini berubah menjadi syurga. Itu masih boleh berlaku. Tetapi hanya orang yang layak akan diselamatkan – hanya selepas semua orang yang tidak layak menjadi tidak wujud di dunia ini. Itu apa yang dilakukan oleh Syurga sekarang, cuba beri amaran kepada manusia dengan pelbagai bencana, penyakit, wabak yang berlainan dan segala jenis malapetaka yang datang dengan banyak ke dunia kita sekarang – segala jenis bencana yang tak dapat dibayangkan, tak pernah berlaku dahulu, buatan manusia – – atau kononnya buatan manusia – – atau bencana alam, serta penyakit dan wabak. Oh! Lebih teruk drpd bila-bila masa yg lain dalam sejarah manusia.Saya cuba sedaya upaya tetapi manusia perlu bantu diri sendiri juga. Mereka perlu berpatah balik. Daripada menuju ke arah negatif, berpatah balik ke arah positif saja. Yang paling mudah adalah jadi vegan dan berdoa kepada Tuhan, memuji Tuhan.Photo Caption: Takkan Jatuh ke atas Engkau, Suka Melindungi!Cara Menyelamatkan Nyawa Anda pada Waktu Pembalasan yang Keras, Kejam Ini, Bahagian 3 daripada 5
2024-10-17
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Selain itu, sesetengah orang jahat ada jenis kuasa ini untuk menghisap kuasa dan tenaga hidup orang. Jadi sesiapa dekati mereka atau percaya kepada mereka, jika mereka nak makan orang itu, maka mereka terus menghisap mereka secara beransur-ansur sehingga orang itu menjadi layu dan mati, seperti bunga mati – tiada apa-apa yg tertinggal. […] Mereka lakukannya dgn perlahan-lahan, menghirupnya seperti anda menghirup air. Ini memang jahat.Jadi anda boleh lihat seseorang yang dipuja oleh banyak orang atau penganut malah memaksakan gelaran Buddha, Buddha hidup pada mereka tetapi orang itu menyebabkan kematian, kematian mengejut dengan serta-merta atau kematian perlahan dengan membuat pengikut atau biksu di sisi mereka mati secara perlahan-lahan dengan penyakit serius. Itu tak semestinya biksu, hanya seseorang yang mengikut idola itu dengan rapat, kemudian tiba-tiba dia jatuh sakit, sakit tenat dan mati secara perlahan-lahan, atau mati dengan cepat – juga bergantung kepada berapa banyak entiti dalam kumpulan itu menghisap tenaga hidup orang itu. Ini sangat berbahaya, mempercayai sesiapa saja.Ada begitu banyak kerja untuk saya buat dan begitu banyak yang tak dapat saya jelaskan. Saya cuma harap sesetengah orang akan faham. Sekurang-kurangnya anak murid Tuhan saya sendiri harus memahami ini. Sebab itulah saya jelaskan semua ini kpd anda. […] Saya wajib menjelaskan kerana saya guru mereka. Saya perlu beritahu mereka segalanya yang saya tahu – maksud saya, asalkan Syurga izinkan. Sesetengah perkara, Syurga tidak izinkan, tetapi ini tak bermakna ia sesuatu yang memudaratkan mereka, cuma sesetengah perkara mereka tak harus tahu kerana rancangan Syurga tak sentiasa terbuka untuk diketahui oleh seluruh dunia, kerana biasanya tak berguna – mereka tak faham dan tak dengar.Itu sebabnya – sesetengah saudara seamalan, anda tahu akan itu – kadangkala anda dekati seseorang dan rasa tidak selesa. Banyak daripada anda sendiri alami itu. Dekati pengikut Trần Tâm atau dengar kata-katanya pun, anda balik ke rumah dan jatuh sakit, sakit tenat selama banyak bulan. Meskipun anda hanyalah saudara orang itu, anda juga jatuh sakit kerana menjaga dia. Jika anda tiada perlindungan Kuasa Guru ini dan Kaedah Quan Yin sebenar, anda akan mati bersama dengan saudara anda juga. Sesetengah kononnya pengikut Trần Tâm datang kepada saya dan dapatkan perlindungan Kaedah Quan Yin sebenar tetapi tenaga buruk masih berada di dalam badan mereka dan buat mereka jatuh sakit. Tetapi begitu pun, Guru sentiasa berdiri di sisi dan bantu mereka, melindungi mereka.