Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Cara Menyelamatkan Nyawa Anda pada Waktu Pembalasan yang Keras, Kejam Ini, Bahagian 1 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Salam sejahtera, semua roh terbaik saya. Sebenarnya, semua roh adalah yg terbaik cuma minda yang timbulkan kesusahan untuk semua orang. Bagi mengawal minda, kita hanya perlu beramal – contohnya, dengan Kaedah Quan Yin. Saya tak dapat menekankan itu dengan secukupnya. Berharap anda semua baik-baik saja.

Hari ini, saya nak secara khusus ucapkan terima kasih kepada anda, semua kakitangan, pasukan Supreme Master Television yang rajin dan juga semua orang yang memuat naik khutbah saya ke tapak sesawang media-media sosial yang berlainan. Saya tak tahu bgmn anda buat begitu. Saya tak tahu akan itu sebelumnya. Saya baru tahu akannya baru-baru ini, beberapa minggu yang lalu atau bulan… bukan, bbrp minggu yg lalu. Masa berlalu dengan cepat sekali. Saya tak tahu. Saya ingat saya berada dalam situasi khemah selama empat atau lima hari saja tetapi apabila saya lihat kembali, meneliti, sudah pun satu bulan dan satu hari. Semasa kita begitu sibuk, kita tidak mengenal masa dan ruang pun.

Secara sampingan, saya ucapkan semoga anda selamat sejahtera dalam Berkat Tuhan, dan semoga anda capai perbaikan, kemajuan yang pantas dalam usaha spiritual. Tolonglah ingat apa yang saya beritahu anda sebelumnya. Dah tentu, bagi pengamal Quan Yin, anda sudah tahu apa yang nak dibuat, tetapi bagi orang luar – orang vegan, vegetarian dan bukan vegan, cubalah menjadi vegan. Vegetarian adalah sangat baik. Ia tidak membunuh tetapi juga menyebabkan sangat banyak penderitaan kepada orang-lembu. Orang-lembu juga dibiakkan dalam bilangan yang berlebihan hari ini, kemudian melepaskan jenis gas ini… Penternakan orang-lembu, penternakan orang-haiwan melepaskan sangat banyak metana dan membahayakan planet kita dan dah tentu, nyawa kita.

Saya masih di dalam hutan liar. Saya terlupa: Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada individu dan media tapak sesawang yang padamkan kata-kata yang memudaratkan daripada pembohong. Malangnya, mereka cuba bersungguh-sungguh untuk menyerang saya dan… tahulah, hidup memang macam ini. Maksud saya, dalam hidup fizikal, agaknya ini tak dapat dielakkan, pada zaman Buddha, zaman Nabi Isa, zaman Guru Nanak, zaman Nabi Mahavira, zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman Baháʼu'lláh dll pun – zaman semua Guru. Pada tempoh masa Mereka, Mereka sentiasa perlu banyak menahan tetapi bukan semua orang tahu akannya, tak banyak orang tahu akannya.

Tetapi saya lebih bernasib baik, rasanya, kerana saya malah ada khemah untuk didiami dengan selesa. Suhu lebih kurang 10 darjah (Celsius) atau kurang sikit di luar tetapi boleh tahan. Cuma basah di sana sini dan kondensasi air berlaku di pinggir khemah, jadi kita perlu mengelapnya atau mengudarakannya pada waktu pagi, buka semua zip supaya udara masuk, kemudian mungkin kita perlu menganginkan beg tidur di luar – jika tidak hujan, dah tentu, atau kita menganginkannya di bawah lapisan pelindung khemah.

Cuma menyusahkan tinggal di dalam khemah kerana kita perlu bergantung kepada bateri. Tetapi ini boleh dilakukan hari ini dan sangat mudah. Jika kita tiada kereta, kita boleh minta pemandu teksi. Jika kita perlakukan dia dengan baik, mungkin dia bantu kita bawa bateri pulang ke rumah dan mengecasnya untuk kita, atau kita cari stesen yang bantu kita mengecas. Cubalah cari jalan. Sentiasa ada sesuatu cara untuk menjaga diri semasa kita tinggal di dalam khemah. Jika kita ada panel suria boleh lipat atau mudah alih yang kecil, ia membantu juga. Tetapi kita perlu sangat berjimat cermat. Saya sangat berjimat dengan bateri kerana saya bergantung kepada itu untuk bekerja sekarang. Jika saya tak bekerja untuk Supreme Master Television, dengan begitu banyak rancangan setiap hari, maka saya langsung tak memerlukan bateri.

Kita tak perlukannya. Jika kita tinggal di dalam hutan, di dalam hutan kayu kecil, sentiasa ada kayu kering di sekeliling. Kita boleh gunakan itu untuk memasak dan memanaskan diri. Kita boleh gunakan arang batu. Selepas api, kita boleh gunakan segala arang batu, masukkannya ke dalam periuk seramik kecil dan menutupnya dengan abu, sedikit abu nipis di atasnya. Itu akan panas selama banyak jam. Itu cara kita membuat bahagian luar khemah kekal panas juga. Jika kita buka zip khemah, kepanasan arang batu akan masuk ke dalam khemah juga. Ia akan memanaskan kita untuk seketika.

Itu apa yang dilakukan oleh orang di luar bandar di Âu Lạc (Vietnam). Nenek saya buat begitu. Selepas memasak hidangan pada waktu malam, beliau kumpulkan arang batu dan letak di bawah katil – di dalam periuk kecil, periuk seramik dan letak di bawah katilnya. Tetapi katil di Âu Lạc (Vietnam) adalah berbeza. Kerana katil itu tiada tilam atau apa-apa pun. Itu hanya batang kayu di bawahnya. Kemudian mereka letak helaian tatami nipis yang dibuat daripada rumput, seperti yang kita bawa bersama ke pantai pada musim panas. Jadi dah tentu, kepanasan arang batu akan dirasai apabila kita berbaring di atasnya.

Bercakap tentang teksi, dalam situasi saya, kita perlu berjalan jauh ke jalan raya untuk memanggil teksi, gunakan nombor salah sebuah rumah di tepi jalan, berada di sana dan tunggu teksi. Di tempat tinggal saya, ada alamat tanpa alamat.

Kehidupan khemah taklah terlalu teruk. Itu percuma, lebih bebas, cuma menyusahkan kerana jika saya perlu bekerja… seperti beban kerja saya, saya perlukan telefon, perlukan komputer, dan dah tentu, perlukan tenaga elektrik. Nasib baik hari ini kita boleh miliki bateri, boleh mengecasnya, kemudian boleh gunakan tenaga elektrik dari bateri. Ini dapat dilakukan. Setiap beberapa hari, kita perlu tukar. Cuma lebih menyusahkan. Yang paling menyusahkan ialah telefon tak sentiasa berfungsi. Kadangkala saya ambil masa setengah jam untuk berhubung dengan anggota pasukan saya. Itu satu-satunya kesulitan. Kerana saya perlu biar mereka tahu bahawa mereka harus ambil rancangan yang telah saya edit, misalnya macam itu, atau suruh mereka masuk untuk berhubung. Mereka tak sentiasa berada di depan komputer. Komputer saya kadangkala tak berfungsi dengan baik. Internet tak sentiasa begitu lancar tetapi dapat dilakukan. Syukur kepada Tuhan atas semua itu.

Saya memang berterima kasih atas segala ciptaan yang membuat kehidupan orang menjadi lebih selesa, lebih mudah dan menjimatkan masa ini. Orang biasa, warga biasa di dunia hari ini hidup dengan lebih baik daripada raja pada zaman dahulu. Memang macam itu. Jika kita ada segala keamanan dan dunia vegan, maka ini ialah syurga untuk hidup. Dunia yang begitu indah, kita perlu memeliharanya. Saya dah amat bersyukur boleh hidup dan masih dapat bekerja untuk anda, utk dunia ini, untuk semua makhluk di atasnya yang begitu saya kasihi.

Saya berdoa setiap hari, memohon bantuan untuk anda daripada Syurga. Tetapi bantuan yang terbaik adalah kita bantu diri sendiri. Orang berkata bahawa Tuhan bantu mereka yang membantu diri sendiri. Adalah benar macam itu. Kerana ada jalan dan cara yang sudah semua Guru yang diutus oleh Tuhan ajarkan kepada kita sejak zaman dahulukala. Kita tahu apa yang nak dibuat, cuma kita tak nak, atau tak begitu pedulikannya, atau memang rasa itu tak penting. Itu penting. Sama seperti anda hidup dlm masyarakat di dunia, ada undang-undang di negara-negara yang berlainan. Anda perlu mematuhinya. Undang-undang baik atau buruk, anda perlu mematuhinya untuk terus hidup, untuk ada sekurang-kurangnya ketenangan dalam hidup dan dengan jiran anda. Bukan senang nak hidup di dunia ini, saya tahu. Saya tahu itu.

Sesetengah orang hantar kepada saya rencana mengenai biksu yang berkata buruk tentang saya. Mereka nak menyiarkannya secara terbuka. Saya kata, “Tidak, tidak. Ini biksu yang berbeza. Mereka hanya salah faham. Mereka hanya tidak baca, kaji baik-baik tentang ajaran saya dan salah faham.” Tetapi mereka bukan syaitan. Kita hanya cuba menguruskan syaitan, bukan biksu manusia biasa. Biksu hanyalah manusia. Apabila mereka tidak banyak mengkaji, mereka berada dalam lingkungan pengetahuan tentang sesuatu yang tetap dan berpaut padanya. Ini tidak buruk juga.

Cuma dalam kedudukan saya, saya perlu mengajar orang. Saya perlu mengetahui banyak perkara. Sebab itulah saya belajar dengan agama-agama yang berlainan sejak kecil lagi sehingga apabila saya keluar untuk mengambil kerja ini. Kita perlu tahu kerana orang di dunia ada pendapat-pendapat yang berlainan dan sistem-sistem kepercayaan agama yang berlainan, tetap. Kita perlu tahu baru dapat menjelaskan kepada mereka, mengajar mereka, berintegrasi ke dalam cara pengetahuan mereka, pendapat mereka. Jika kita tak tahu akan semua itu, kita tak dapat mengajar orang.

Katakan saya hanya seorang biksu biasa. Apa yang harus saya buat? Hanya mengajar penganut Buddha melafazkan ‘Buddha Amitābha’, melafazkan mantera atau melafazkan kitab. Itu pun jika orang ada kitab itu. Ada begitu banyak kitab dalam agama Buddha. Oleh itu, kita perlu mengetahui banyak perkara baru dapat hidup dengan baik bersama agama lain, tidak mengecam agama lain dan hanya berkata, “Agama saya paling baik. Itu satu-satunya agama dan semua orang yg lain ialah pembidaah.” Itu bukan konsep yang betul.

Photo Caption: Hidup Semula, Keluar dari Lembah Kematian!

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android