Mana pun, setiap negara yang saya pergi, negara yang paling kaya pun, saya lihat orang tak berumah dan sentiasa sakit hati. Dunia kita tidak okey. Tidak okey sama sekali. Saya tak tahu apa yang kerajaan buat. Mereka menutup mata atau sesuatu terhadap penderitaan saudara manusia dan saudara haiwan. Itu tidak okey. Ini begitu menyakitkan hati saya.
(Halo, Guru! Hai, Guru!) Hei, semua! (Hai!) Hanya ucapan halo pantas. (Ya, Guru.) Kamu semua baik-baik saja? (Ya, Guru! Terima kasih.) Saya masih ingat sebelumnya sangat lembap. Kamu tak apa-apa pada waktu malam? Cukup panas? (Ya, Guru!) Kamu lebih suka tidur di pejabat yang ada penyaman udara yang boleh buatnya panas? Atau tidak? Atau kamu lebih suka vila kamu? (Vila kami adalah baik. Vila kami.) Okey. Terpulang kepada kamu. Jika vila sejuk, kamu boleh mengatur untuk tidur di pejabat juga. Faham itu? (Ya, Guru.) Kamu ada pakaian panas yg mencukupi? (Ya, kami ada.) (Ya, Guru.) Ada sesiapa daripada kamu yang rasa susah, sakit pada sesuatu bahagian atau apa-apa? (Tidak, Guru!) Seorang demi seorang, ya atau tidak? (Tidak, Guru. Tidak, Guru! Tidak, Guru.)
Siapakah nama lelaki itu? Kamu ada topi tak? Adakah ia bantu kamu? Sakit kepala? (Tak apa. Saya baik-baik saja.) Ia sepatutnya dapat mengurangkan sakit kepala. Sekarang adakah kamu makan ubat atau sesuatu? (Saya tak sakit kepala sekarang. Jadi...) Wau! (tak apa.) Wau! Baguslah. Maka tak apa. (Terima kasih.) Okey. Jika orang lain alami sakit kepala dan kamu tak gunakannya, kamu boleh berikan kepadanya. Mungkin ia bantu. (OK. Terima kasih.) Mana-mana wanita ada sebarang masalah? (Tidak, Guru.) Benar ke? Sesiapa daripada kamu secara peribadi ada sebarang kesusahan? (Tidak.) Tidak? (Tidak, Guru.) Kamu gembira di sana? (Ya, Guru.)
Udara segar, segalanya baik. Cuma sejuk dan lembap. Kamu ada tak pengukur di dalam vila kamu untuk mengukur berapa lembap? Di bawah 60 mungkin tak apa, tetapi di atas itu, boleh terlalu lembap. (Ya, Guru.) Adakah kamu ada... Terdapat jam yang kita lihat masa, juga boleh mengukur kelembapan. Kamu semua adanya? Lelaki, wanita? (Tidak, tapi kami ada penyahlembap. Ia buka dan tutup, bantu memastikan udara kering.) Ya, bagus. Automatik. Kamu tetapkan masanya, kan? Jadi ia tutup dan buka... (Ya.) Semua orang adanya, kan? Atau tidak? (Ya, Guru. Ya.) Ada sesiapa yang tiada? Baru datang dari hutan, ada atau tidak? Ya, sangat sejuk, dah tentu, di tempat kamu.
Baiklah, saya hanya nak tanya sama ada kamu okey. Ada kesakitan atau apa-apa disebabkan terlalu banyak lembapan. Kamu semua ada penyahlembap di vila kamu, betul? (Ya, Guru.) Baguslah. Jika kamu tiada, mesti pesan. Kamu perlukan itu. Minta saudara juruteknik, sesiapa saja yang boleh, juruelektrik, supaya laraskan pemasanya untuk kamu agar sentiasa kering. (Ya.) (Ya, Guru.) Biasanya dinding kayu sudah menjadikannya kering tetapi udara adalah lembap. Jadi kita perlu menggunakan penyahlembap. Bayangkan berapa banyak air yang dikumpulkannya dalam udara. (Ya.) Mungkin sekurang-kurangnya tiga, empat liter sehari. (Ya.) Boleh kita minum air ini? Bukan, saya serius ini! (Rasanya tak begitu enak. Tak rasa begitu, Guru.) Tidak? (Tidak.)
(Tidak sihat untuk diminum.) Tidak bersih? (Tidak bersih, ya.) Mengapa? (Kerana ada banyak benda dalam udara, banyak zarah dan sebagainya.) Macam tu! Okey. Mereka kumpulkannya di dalam. Kita ada air yang mencukupi. Jika tidak, jika terdesak... Di sesetengah kawasan, di negara-negara lain, mereka begitu terdesak. Mungkin mereka menapis lalu menggunakannya, mana tahu. Sekurangnya untuk cuci tangan, (Ya.) cuci sesuatu atau bersihkan lantai dengannya. Kita memang sangat bertuah. Buat masa ini, kita masih ada banyak air dan bersih. (Ya, Guru.) Tak perlu gunakan air terkitar semula seperti banyak negara yang lain.
Setiap hari saya kenangkan rahmat yang dinikmati, di mana pun saya diami. Asalkan mereka ada air baik yang mencukupi. Itu sesuatu yang asas. Beratus-ratus juta orang tak tahu air bersih dan/atau perlu menggunakan air terkitar semula. Dunia kita tidak okey. Tidak okey sama sekali. Orang masih tidur di jalanan pada musim sejuk. Pada musim sejuk, saya berada di dlm bilik pun, tetap rasa sejuk. Perlu ada selimut tebal atau kadangkala pemanas dipasang, malah penyahlembap dan sebagainya tetapi tetap tak sentiasa rasa selesa. Atau mungkin itu karma, dah tentu. Karma dunia. Jika tidak, saya rasa kita ada banyak berkat. Tidakkah kamu rasa begitu? (Ya, Guru.) Ya, banyak orang masih tidur di jalanan. Maksud saya di bandar kelas satu pun seperti Los Angeles, Washington DC, London. Baru-baru ini disebabkan COVID, sesetengah kerajaan telah mula mendapati bahawa ada orang yang kesejukan di luar. Saya tak tahu bagaimana mereka hidup.
Mana pun, setiap negara yang saya pergi, negara yang paling kaya pun, saya lihat orang tak berumah dan sentiasa sakit hati. Dunia kita tidak okey. Tidak okey sama sekali. Saya tak tahu apa yang kerajaan buat. Mereka menutup mata atau sesuatu terhadap penderitaan saudara manusia dan saudara haiwan. Itu tidak okey. Ini begitu menyakitkan hati saya. Tetapi begitu pun, saya tetap risau tentang kamu semua. Hanya nak memastikan sama ada kamu okey. Kamu ada pakaian panas. Jangan jimatkan itu. (Ya, Guru.) (Terima kasih, Guru.)
Jangan jimatkan wang untuk penyahlembap, pakaian panas dan sebagainya. Kamu semua ada selimut panas elektrik, ya atau tidak? (Bukan semua orang.) Kamu boleh pesan. Ia tak makan banyak tenaga elektrik. Mungkin hanya 90... maksimum 90 watt atau sesuatu macam itu? Tapi saya tahu tak banyak. (Okey.) (Ya, Guru.) Jika kamu perlukannya, kamu beli. Jika tidak, beli selimut yang sangat tebal. Dan sekurang-kurangnya kamu ada pad panas ini, kan? (Ya.) Atau sesuatu, beg khusus yang kamu masukkan air panas, lebih kurang 70 darjah (Celsius), menuang ke dalamnya. Bukan 100 darjah (Celsius) tetapi 70 darjah, kemudian ia memanaskan badanmu. (Ya, Guru.) Jika kamu risau tentang tenaga elektrik, maksud saya risikonya, maka kamu beli benda itu, beg bulat yang orang masukkan ais ke dalam dan letak pada dahi orang apabila mereka hidapi demam atau sesuatu macam itu. (Ya, Guru.) Ia berbentuk bulat. Ia seperti beg bulat dan tidak besar sangat. Jika satu beg tak cukup besar, kamu letak tiga, empat beg, semua belah. Maka kamu akan panas sepanjang malam, sangat selesa. (Ya, Guru.)
Jika kamu risau tentang tenaga elektrik, risikonya, maka pesanlah benda ini. Saya tak tahu bagaimana jelaskan kpd kamu. Ia kelihatan macam labu, saiz sederhana, labu kecil. Ia sebesar tapak tangan orang yang besar dan mulutnya sangat kecil. Kamu menuang air panas 70 darjah (Celsius) ke dalamnya. Ia bertahan sepanjang malam. Jika satu tak cukup, beli tiga, empat. (Ya, Guru.) Kamu mesti panas. (Terima kasih.) Kerana jika tidak, kamu akan alami kesakitan dalam jangka masa panjang. (Ya, Guru.)
Saya risau tentang kamu kerana kamu di bawah jagaan saya. Saya ambil berat. Itu saja. Baiklah. (Terima kasih, Guru.) Saat. Saya akan menelefon balik. (Okey, Guru.) (Terima kasih, Guru.)
(Halo, Guru.) Halo. Cuma baru-baru ini saya alami banyak kesakitan walaupun bilik panas dan kering, tetap sakit. Saya berfikir, musim sejuk, mungkin kamu terlalu sejuk di vila istimewa kamu atau sesuatu. Sebab itu saya adakan persidangan ini. (Ya, Guru.) (Terima kasih, Guru.) Tiada soalan cemas, kan? (Kami ada lima soalan.) Lima? (Ya.) Okey, okey. Mungkin kita boleh menyiapkannya. Saya alami kesakitan. Saya rasa disebabkan oleh musim sejuk atau sesuatu. Jika saya perlu berjalan beberapa langkah, saya alami kesakitan, lutut, bahagian bawah kaki dan sebagainya, (Oh!) dan tangan. Barangkali usia tua, atau karma, tapi itu bukan masalah besar. Saya tertanya-tanya sama ada kamu selesa. Macam ini. (Kami baik-baik saja di sini, Guru. Kami sangat selesa di sini.) Kamu pasti ke? (Rasa selesa di sini, Guru.) Kamu pasti, ya? (Ya, cukup panas, Guru. Panas.) Baiklah. Bagus. Baiklah. Itu saja yang saya nak tanya kamu semua. Tiada apa-apa lagi. Dunia ini banyak menyakitkan hati saya. Kerana saya tak nampak banyak perkara betul. Masih banyak perkara tak betul, bagi manusia, dan dah tentu, bagi haiwan. Ia banyak menyakitkan hati saya. Kadangkala saya tak rasa nak bercakap tentang apa-apa pun. Kadangkala saya tak rasa nak makan, tidur. Saya berfikir, “Teruknya. Dunia ini terlalu teruk. ”