Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bersedia untuk Hari-hari Susah, Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berdoa dan Bermeditasi, Bahagian 5/12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kaedah Quan Yin diberitahu kpd anak murid supaya tidak didedahkan kerana ini hal peribadi anda, jalan peribadi anda, dan ini daripada Syurga kepada mereka. Jadi mereka tak harus pergi bercakap besar tentang pengalaman dalaman dan sebagainya. Mereka perlu bersumpah supaya jujur, Lima Rukun. Oleh itu, mereka tak harus pergi bercakap besar tentang segala-galanya macam itu. Mereka boleh memperkenalkan, seperti, “Terdapat Kaedah Quan Yin yang berikan makrifat semerta dan pembebasan abadi dalam masa satu hayat.” Itu, mereka boleh beritahu. Tetapi pencapaian spiritual sendiri, mereka tak harus. Biasanya mereka tak harus. Mereka tak beritahu.

Jika mereka beritahu tetapi tanpa ego, hanya rasa syukur, maka tak mengapa, cuma susah untuk memberitahu tanpa ego. Dan juga, jika orang lain terdengar bahawa anda telah capai peringkat Syurga ini dan itu, mereka akan sangsi terhadap anda. Mereka akan lihat anda dan mungkin mereka akan rasa anda kurang siuman kerana mereka tiadanya. Mereka duduk di sebelah anda tetapi tak nampak apa-apa pun yang anda nampak. Mereka tak nampak Cahaya (dalaman) dari Syurga. Mereka tak nampak Nabi Isa. Mereka tak nampak Buddha seperti yang anda kata anda nampak. Jadi mungkin anda kehilangan kawan, urus niaga atau pekerjaan. Jadi anda tidak dedahkannya. Itu saja. Ada banyak sebab mereka harus berdiam dengan pengalaman Syurga peribadi mereka. Sejak dahulu lagi adalah macam itu.

Tetapi sesetengah orang masuk, menyalahgunakan kebaikan hati dan belas kasihan saya, dan mencuri Kaedah ini, malah mencuri setiap perkataan ajaran saya. Baru-baru ini, saya dapati setiap kali saya katakan sesuatu yang baharu kepada anak murid, ia disiarkan di tapak sesawang Trần Tâm dgn suara dan namanya utk kemasyhuran & untungnya! Tetapi orang malah daftar masuk dan melanggan! Banyak orang. Mereka percaya kepada dia. Mereka berfikir, “Ya Tuhan, mana dapat seseorang bercakap dengan begitu bijak macam itu? Jadi dia pasti seorang santo.” Tidak! Dia menipu. Dia curi segala-galanya daripada saya, malah cara saya bermain dengan orang-nuri! Dia juga beli orang-nuri dan bermain dengan mereka, sama juga, dan memakai pakaian yang serupa dengan apa yang saya pakai tetapi dia sepatutnya seorang biksu, seorang lelaki. Dia tak harus memakai pakaian wanita, tetapi seperti yang anda tahu, dia memperkosa lelaki, kebanyakannya lelaki, malah kanak-kanak. Jadi dia pasti sejenis orang pelik atau biseksual, memudaratkan orang muda yang percaya kepada dia dan mengikut dia.

Anak murid saya sendiri pun tidak memahami itu. Mereka ingat sayalah orangnya yang arahkan dia supaya buat begitu, atau biarnya buat begitu atas sesuatu sebab. Trần Tâm memaksa seorang kanak-kanak tinggal bersamanya dan beritahu ibunya bahawa oleh sebab kanak-kanak itu ada terlalu banyak karma, dia perlu tinggal bersama Trần Tâm. Trần Tâm beritahu ibunya macam itu. Tapi tidak, dia perkosa kanak-kanak ini! Akhir-akhir ini saja baru ibunya memberitahu, selepas segalanya terdedah dengan jelas, selepas segala aktivitinya yang kita beritahu terang-terangan.

Excerpt from a heartline from Ngọc Hạnh in Âu Lạc (Vietnam): Mahaguru Ching Hai yang dikasihi, Saya sentiasa berterima kasih kpd Guru kerana menerima saya sebagai anak murid Guru. Saya mengikut Trần Tâm selama lapan tahun dan ingin berkongsi maklumat untuk memberi amaran kepada mereka yang mengikut atau menyokong dia. Dulu saya pergi ke pusat meditasi Trần Tâm untuk berikan bantuan dan dapati bahawa pada luaran, dia kelihatan sangat mulia, seperti seorang guru yang baik. Namun, pada suatu hari, saya dengar seorang anak murid rapat Trần Tâm mengisahkan bahawa dia lakukan serangan seksual terhdp anak muridnya. Pada mulanya, saya skeptikal kerana saya hormati dia seperti Buddha Hidup. Saya hancur hati dan menangis selama seminggu kerana ini terlalu mengejutkan. Saya berdoa kepada Kuasa Tinggi untuk mengetahui kebenaran. Kemudian saya bertemu dengan pengurus pusat meditasi Trần Tâm di Laos dan seorang bekas biksu rapatnya. Kedua-duanya mengesahkan bahawa maklumat ini tepat. Bekas biksu ini sendiri merupakan mangsa juga. Trần Tâm lakukan serangan seksual terhdp anak murid lelaki dan perempuan tetapi kebanyakannya lelaki. Suatu kali dia malah lakukan serangan seksual terhadap seorang remaja lelaki di Amerika dan menipu ibu remaja itu, buatnya percayai bahawa remaja itu ada karma buruk dan perlu tinggal di pusat meditasinya. Ibu remaja itu mendakwa dia tetapi hal ini didiamkan. Saya tahu lebih 50 orang mangsa diserang secara seksual oleh dia.

Saya begitu senang hati dan bersyukur kpd Tuhan krn sesetengah kanak-kanak dan orang dewasa diselamatkan secara fizikal dan juga roh mereka.

Ada satu lagi perkara yang anda tanya saya tentang HB. Saya tak nak sebut nama lelaki ini, memang. Ia benar-benar buat saya rasa meluat. Dia kelihatan macam orang gila, atau begitu banyak diracuni kejahatan sehingga mengatakan apa-apa saja, tidak logik, hanya sentiasa berbohong tentang saya bagi memudaratkan saya, dan sebarang perkara lain yang dia rasa dapat goda orang ke dlm perangkapnya! Sebenarnya, hati saya terlalu lembut. Ada 16 orang yang mengikut dia dan berdoa untuk dia. Apabila mereka tahu bahawa dia akan mati pada 15 Oktober, mereka berdoa untuk dia. Tetapi ia tak berhasil. Dia diheret dalam perjalanan ke neraka, ke neraka abadi, tanpa henti ini. Setelah berada di dalamnya, dia tak dapat keluar lagi!

Kemudian hati saya tak tahan, jadi campur tangan dengan Syurga supaya ampuni dia, biarkan dia hidup. Saya diberitahu bahawa dia akan ganggu, halang kerja saya jika terus hidup! Mereka tidak mahu tetapi itu banyak perbincangan dan saya perlu menukarkan mata pahala saya bagi pihak dia. Mereka masih tidak berlembut. Akhirnya Mereka biarkan kesnya ditangguhkan buat masa ini untuk tunjukkan rasa hormat kpd saya.

Jadi mulai sekarang, saya tak nak bercakap tentang orang itu, orang HB ini lagi. Kerana hanya sebut namanya saja sudah buat saya rasa meluat, dan sebut nama Trần Tâm juga buat saya rasa meluat, kadangkala secara fizikal juga. Jadi mulai sekarang, kecuali apabila benar-benar perlu, saya tak nak sebut nama orang-orang ini lagi dan banyak kononnya biksu lain yang berbohong juga.

Sesetengah biksu yang dulu saya percayai pun berbohong tentang hidup saya dan segala jenis hal, kononnya hal peribadi yang saya tak tahu mengapa mrk katakan perkara sebegini. Entah dari mana, sesetengahnya malah menulis dalam akhbar bahawa saya ada seorang anak Amerika. Saya tak pernah ada anak Amerika. Ya Tuhan! Khabar angin di sana sini. Mereka buatnya rasmi dan bergosip, menghalang banyak orang yang masuk untuk pembebasan. Disebabkan percaya kepada Buddha, Tuhan, Nabi Isa, sebab itu mereka datang kepada paderi ini, biksu dan biksuni ini tetapi mereka bercakap karut tentang saya, bohong tentang segalanya berkaitan saya Jadi mereka menghalang mereka datang mempelajari Kaedah Quan Yin.

Kaedah ini sebenarnya bukanlah kaedah. Saya telah beritahu anda, ia ditransmisikan daripada roh kepada roh. Jadi semasa inisiasi, kita tak bercakap. Kita hanya beritahu mereka cara duduk dan sebagainya, cara bermeditasi tetapi transmisi adalah daripada roh kepada roh dan semuanya daripada Izin, Berkat dan Kuasa Tuhan Yang Maha Berkuasa. Jadi sesiapa yang memalsukannya tak boleh mendapatnya. Mereka hanya katakan kaedah yg sama secara lisan kerana mereka pelajarinya daripada inisiasi tetapi mereka tiada kuasa sebenar untuk diberikan kepada anda untuk pembebasan! Tapi kemudiannya mrk tiada apa pun – segala kegelapan dan kematian, layu dan mati, atau malah memperkosa kanak-kanak. Sekarang anda tahu.

Anda tahu ada surat yang ditulis kepada saya, ditulis kepada bahagian Kata-kata Hati. Saya, bersama anda, bacanya buat kali pertama juga. Saya tak tahu siapa yang menulisnya pun. Dah tentu, saya tak tahu alamat, e-mel mereka, apa-apa pun. Saya tak tahu cara hantar e-mel pun. Anda tahu akan itu. Saya ada telefon baharu sekarang. Saya tak tahu cara hantar mesej pun. Saya tak benar-benar perlu. Saya hanya bercakap, atau gunakan komputer untuk hubungi sesiapa saja yang perlu saya bekerja bersama. Tetapi ini juga melalui orang lain kerana saya tak tahu bagaimana mengendalikan segala teknik komputer. Saya hantar kepada seseorang dan orang lain hantarnya. Jadi tiada rahsia dalam hidup saya.

Sekurang-kurangnya tiga, empat orang tahu akan apa yang saya tulis, apa yang saya buat. Mereka tidak tinggal di sebelah saya, dah tentu. Mereka tidak tinggal di tempat saya. Mereka ada tempat sendiri… Saya beri mereka tempat, rumah, ashram yang dulu saya beli untuk kakitangan. Meskipun saya pergi ke sana, saya hanya tinggal di dalam gua – kononnya ‘rumah’ saya. Saya tinggal di dalam gua di tepi rumah, di satu sudut taman, dan seperti di SMC (Pusat Meditasi Santo Martin) pun, saya tinggal di bangsal kecil di belakang seluruh ashram. Anda ada nampaknya, tahu akannya. Jadi tiada apa-apa adalah milik saya, tiada apa ialah rahsia, tidak sama sekali. Jadi jika sesiapa datang kepada anda, saudara segurumu yang dipercayai pun, anda mesti tahu bahawa ini orang palsu.

Sama ada orang itu begitu bodoh, begitu tak tahu apa-apa, begitu naif untuk percayai kumpulan lain seperti orang bawahan Trần Tâm, dan bekerja untuk mereka tanpa disedari, atau kononnya saudara seguru anda ini tidak ikhlas. Mereka masuk hanya untuk merompak wang drpd kononnya anak murid saya. Mereka ada wang kerana saya tak pernah ambil wang daripada mereka. Saya tak pernah minta. Saya tak pernah kata saya perlukan wang. Buat apa saya perlukan wang? Saya mampu sendiri mencari wang dan apa yang dapat kita ketepikan, kita berikan kepada orang miskin, orang susah di merata tempat di dunia, atau kepada orang yang layak untuk bantu mereka uruskan badan amal, pusat perlindungan atau beli makanan untuk orang yang lapar, orang-haiwan yang lapar. Saya tidak simpan apa-apa untuk kegunaan peribadi. Buat apa saya perlukan apa-apa? Kita tak perlukan banyak benda untuk hidup, hanya beberapa helai pakaian dan makanan sederhana.

Photo Caption: Senyuman Berseri-seri yang Alu-alukan Kepulangan ke Rumah

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android