Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 16 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jika dia tak dapat menyiapkan kerjanya dalam hayat ini sebagai Raja Pengemis – dia tidak buat dengan baik kerana tidak bertumpu pada itu, hanya bertumpu pada dipuja, dimuliakan, menerima tawaran, disujud dan sebagainya, maka dia tak dapat ada masa dan tumpuan yang mencukupi untuk membantu pengemis dan melaksanakan tugasnya sebagai Raja Pengemis. Hayat seterusnya, jika bertuah, dia perlu terus menjadi Raja Pengemis sekali lagi sehingga dia lakukannya dengan sempurna. Atau dia perlu menjadi pengemis biasa, dilucutkan mahkota, kedudukannya, bergantung kepada berapa banyak dia mengabaikan kerjanya.

Jadi apabila orang tersilap anggap tugas dan takdir seseorang sebagai Kesucian, maka banyak kesusahan akan datang. Orang akan perlu menanggung sebahagian daripada karma Raja Pengemis itu dan begitu juga sebaliknya. Raja Pengemis juga perlu menanggung sebahagian daripada karma gelaran palsu itu. Kerana jika anda bukan Buddha tetapi menerima bahawa anda ialah Buddha, mendakwa bahawa anda ialah Buddha, membuat orang memanggil anda sebagai Buddha atau berdiam saja supaya orang terus terperdaya untuk menyangka bahawa anda ialah Buddha sedangkan anda masih merupakan Raja Pengemis dan tak cukup pahala untuk menjadi Buddha, maka bukan sahaja orang di Alam Memahkota tidak senang hati tetapi seluruh Alam Semesta juga tidak senang hati kerana mereka tahu akan itu. Di dunia kita, banyak daripada kita tak suka orang yang memalsukan benda untuk memperdaya orang lain dan tidak jujur. Jadi di Alam Semesta, mereka macam itu juga.

Ada juga makhluk yang tak suka orang palsu atau kedudukan palsu. Mereka akan buat banyak perkara untuk menghalang anda daripada matlamat anda kemudiannya, seperti jika anda ingin menjadi Buddha, anda tidak dapat sehingga anda langsaikan untuk masa yg sangat panjang kerana anda tidak mahu jalankan tugas anda sebagai Raja Pengemis tetapi mahu lebih banyak dipuja, menjadi lebih terkenal, maka itu akan sangat buruk kepada anda. Walaupun anda boleh menjadi Buddha – semua orang boleh apabila tiba masanya – namun bukan dengan memalsukannya, bukan dengan menipu atau memperdaya orang supaya percaya bahawa anda ialah Buddha sedangkan anda belum sampai ke sana.

Berbohong bahawa anda ialah Buddha tetapi anda bukan dan memperdaya orang untuk percaya bahawa anda ialah Buddha sedangkan anda masih jauh dari PERINGKAT BUDDHA IALAH DOSA BESAR JUGA. JADI BERJAGA-JAGALAH DENGAN AKIBATNYA.

Saya harap saya cukup jelas. Macam mana pun, anda tahu akan diri anda. Anda tahu siapa diri anda. Janganlah menyesatkan orang kerana itu akan sangat buruk kepada anda. Itu mungkin langsung bukan salah anda apabila orang memaksakan gelaran mereka kepada anda disebabkan oleh kezahidan anda kerana kebanyakan orang adalah jahil. Mereka tidak memahami kuasa karma dan jawatan setiap makhluk di setiap planet atau mana-mana planet di seluruh Alam Semesta. Setiap orang ada tugas, ada jawatan. Jadi jika kita tidak buatnya dengan baik, kita perlu lahir semula secara berulangan sehingga kita buatnya dengan baik, sehingga kita langsaikan semua hutang. Jika kita tidak menemui seorang Guru untuk membawa kita keluar daripada penderitaan kitaran ini, kitaran buruk lahir dan mati, mati dan lahir, menderita – Empat Kebenaran Mulia yang diajarkan oleh Buddha: kelahiran, sakit, usia tua dan kematian. Sinh, Lão, Bệnh, Tử.

Setiap raja di Alam Semesta tidaklah seperti raja di dunia kita, kadangkala kita malah boleh membuat revolusi dan jika kita cukup orang untuk menyokong kita, cukup senjata, mungkin kita dapat halau raja sebenar itu dari takhta, kita duduk di atas takhta, menjadi raja dan umumkan bahawa kita ialah raja. Kadangkala ini berlaku. Tetapi dalam Hukum Alam Semesta, raja adalah berbeza. Tiada sesiapa yang dapat rampas gelaran itu daripada dia kecuali dia buat banyak perkara buruk dan majlis memahkota Alam Memahkota akan menghukum dia dengan cara-cara yang berlainan.

Jadi jika anda seorang biksu, biksuni atau paderi lelaki, paderi wanita, berjaga-jagalah dengan itu supaya pahala anda tidak meresap keluar dari anda, menyusup keluar dari anda atau diambil daripada anda untuk mengimbangi salah laku anda. Dan juga sentiasa mengkaji diri di dalam sama ada anda berasa megah atau tidak dipuja, dimuliakan atau diberi derma, besar atau kecil; sama ada anda seronok atau tidak mendapat perhatian dalam kumpulan pemuja atau pengikut. Anda mesti tahu akan hati anda. Hanya anda saja yang tahu lebih daripada orang lain kerana di luar dapat memperdaya orang lain tetapi tak dapat memperdaya diri sendiri.

Meskipun di luar anda mainkan peranan besar macam biksu yang sangat baik, rendah diri dan sebagainya, cara anda bercakap atau memperlakukan orang, anda buat orang rasa anda sangat rendah diri, namun di dalam jika anda tidak, seluruh Alam Semesta tahu, khususnya orang di Alam Pengadilan tahu, dan semua orang di Alam Menghukum tahu. Mereka akan mengadili anda, menghukum anda dengan sewajarnya. Jadi berhati-hatilah. Semua ini ialah rahsia dalaman. Saya tidak jangkakan anda semua tahu akan semua rahsia ini, jadi saya beritahu anda kalau-kalau anda tak tahu supaya melindungi diri daripada mudarat jangka panjang, bukan bagi hayat ini saja tetapi karma akan kekal wujud lebih lama daripada itu.

Sebagai biksu, kita mahu jimatkan dan simpan pahala kita untuk mengumpulkan pahala supaya kita menjadi bermakrifat dan semakin dekat dengan peringkat Buddha. Jadi jika apa-apa atau sesiapa buat pahala itu mengalir dari tangan anda seperti pasir mengalir melalui jari anda, maka itu akan sayang sekali. Anda ambil masa yang panjang untuk mendapat pahala tetapi begitu senang untuk kehilangannya pada bila-bila saja. Bukan sahaja kemarahan, ketamakan atau konsep yang tak betul menghilangkan pahala anda dan menghalang anda menjadi Buddha tetapi juga ego, kemegahan, keangkuhan yang biarkan pahala hilang dengan lagi cepat daripada semua itu.

Jadi ini perbualan ikhlas saya dengan anda, biksu dan biksuni, paderi saja. Semoga anda sejahtera, dan semoga peringkat Buddha datang lebih dekat kepada anda. Semoga anda boleh cukup bertuah untuk menjumpai Guru bermakrifat sebenar, Guru yang diutus Tuhan atau Buddha sebenar dalam bentuk manusia utk ajar anda jauh lebih banyak perkara daripada yang dapat saya beritahu dan juga berikan Kuasa-Nya kpd anda untuk mengeluarkan anda dari kitaran hidup dan mati yang mengurung semua orang, biksu dan biksuni tinggi pun.

Ingatlah, hati adalah penting. Kesucian dalaman adalah penting, bukan rupa atau penunjukan luaran. Jadi jagalah diri. Cuba cari Guru sebenar jika boleh, Guru yang berkuasa. Doakannya. Semoga anda selamat sejahtera. Semoga Buddha berkati anda dan mengurniai anda dengan apa-apa saja yang diperlukan serta kuasa yang mencukupi untuk anda mendapat makrifat dan capai peringkat Buddha, dah tentu, secepat mungkin. Kita mahukannya semalam lagi tetapi tak tahu apa yang nak dibuat. Saya memang tahu apa yang nak dibuat tetapi saya tak boleh suruh anda datang belajar dengan saya walaupun saya sangat inginkan itu demi kebaikan anda. Tetapi itu bukan tujuan saya bercakap dengan anda hari ini. Ia tidak bersyarat. Ia adalah dengan segala kasih sayang. Jadi, Buddha Amitabha, Āmítuófó. A Di Đà Phật. Tuhan berkati anda. Belas Kasihan Buddha. Semoga anda diberkati atas matlamat anda untuk menjadi bermakrifat dan menjadi Buddha. Amin. Āmítuófó. A Di Đà Phật.

Photo Caption: Terima kasih kepada Syurga atas Kehidupan Tenang yang Bertuah!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (16/20)
1
2024-11-24
7351 Tontonan
2
2024-11-25
3833 Tontonan
3
2024-11-26
3654 Tontonan
4
2024-11-27
3379 Tontonan
5
2024-11-28
3187 Tontonan
6
2024-11-29
3008 Tontonan
7
2024-11-30
3084 Tontonan
8
2024-12-01
3124 Tontonan
9
2024-12-02
3206 Tontonan
10
2024-12-03
2707 Tontonan
11
2024-12-04
2557 Tontonan
12
2024-12-05
2477 Tontonan
13
2024-12-06
2508 Tontonan
14
2024-12-07
2381 Tontonan
15
2024-12-08
2338 Tontonan
16
2024-12-09
2294 Tontonan
17
2024-12-10
2113 Tontonan
18
2024-12-11
2328 Tontonan
19
2024-12-12
2111 Tontonan
20
2024-12-13
2090 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android