Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(Dia berbeza dengan saudara-saudara lain. Apabila saya minta bantuan saudara, kadangkala mereka kata tidak. Dia sentiasa kata, “Okey, okey.”) Tidak kira apa pun. Tidak kira di mana. (Dia tak kisah.) Dia kata dia tidak seperti anak murid lelaki yang lain. Kerana anak murid lelaki yang lain, jika dia minta mereka buat sesuatu kerja, kadangkala mereka menolak tetapi dia tak pernah menolak. Apa-apa, mana-mana pun, sebarang kerja, dia sentiasa kata, “Okey, okey.” Kamu nampak tak bezanya? Mungkin itu sebabnya dia satu-satunya orang.Ya. Yg penting bukan apa yg kamu buat atau berapa banyak, tetapi bagaimana. Bagaimana kamu nak membuat kerja, bagaimana kamu menawarkan diri, tidak kira apa itu. Kerana maklumlah, tidak kira berapa susah kerja yang kamu buat untuk Guru atau makrifat awam, ia tak boleh sesusah neraka. Saya janji kepada kamu. Jangan paksa saya bawa kamu ke sana supaya kamu boleh membanding. Tidak, bergembira, bersyukurlah atas kamu berada di sini.Meskipun kadangkala orang ramai salah faham terhadap kamu atau menyusahkan kamu, atau Guru menegur kamu pun, itu tak apa-apa berbanding dgn neraka, tak apa-apa berbanding dengan hidup di neraka yang dialami oleh sesetengah orang di dunia ini. Jangan lupa bhw kamu penetap ashram. Kehidupanmu sangat senang. Adalah sukar untuk masuk. Kehidupan yang senang, tidak kira apa peringkatmu, saya menerima kamu. Kebanyakan masanya, kamulah yang timbulkan kesusahan, tinggalkan sini. Saya tidak suruh sesiapa keluar dari sini kecuali mereka benar-benar timbulkan kesusahan dan semua orang yang lain tak tahan. Timbulkan kesusahan besar atau sesuatu. Atau disebabkan oleh karmamu, kamu perlu tinggalkan sini. Saya langsung tidak mahu mana-mana daripada kamu tinggalkan sini. Saya sendiri secara peribadi, tidak. Sesetengah penetap ashram hanya 20%. Sekrg dia telah menaik kpd 25 peratus, kemudian sekarang 30 peratus. Terima kasih banyak-banyak.Tiga puluh peratus bukanlah tahap tinggi peringkat manusia pun. Boleh diurus. Itu bukan Peringkat Astral pun. Sesetengah anak murid kita adalah 10%. Itu peringkat binatang. Sesetengah harimau lebih boleh dijinakkan drpd orang itu. Maklumlah. Saya malah perlu sendiri menguruskannya. Boleh kamu bayangkan? Berapa banyak penderitaan? Dipukul di sini, sana, mana-mana saja, bukan secara fizikal, hampir secara fizikal, kerana tiada orang lain yang dapat lakukannya.Baiklah. Ada apa-apa rahsia lagi? Memang, kongsilah dengan saudaramu supaya mereka tahu. (Apa-apa yang kita buat, kita buat dengan pantas.) (Dengan pantas sekali.) (Sangat efisien.) Kita perlu buat segalanya dengan pantas. (Jika kita buat segalanya dalam masa yang singkat, kita dapat menyiapkan banyak kerja, macam itu, sangat efisien.) Bermakna seharusnya macam itu atau kerana kamu… (Tidak. Oleh sebab semua orang bekerja dengan lebih pantas, kita buat lebih banyak kerja Banyak kerja dalam masa yang singkat.) (Khususnya dalam dua bulan ini.) Ah! Ya. (Sangat pantas.) Dia kata, “Dalam dua bulan ini…” Adakah ini berlaku dalam dua bulan ini saja atau macam itu sebelumnya? Atau ini apa yang harus dibuat biasanya? Apa maksud kamu? (Bermakna selepas mengikut Guru. Baru-baru ini, semua orang menjadi lebih pantas.)Okey. Dia kata… Oleh sebab saya tanyakan lebih banyak rahsia lagi, dia kata, “Apa-apa kerja Guru yang kamu buat, kamu buat dengan cepat, pantas, kemudian lebih baik.” Kamu tak terlalu byk berfikir, agaknya. Kemudian tidak terlalu banyak memikirkannya. Hanya bersahaja dan ia akan menjadi natural. (Ya. Kita buatnya saja tanpa berfikir.) Dia kata, “Buatnya saja. Teruskan saja dan tidak terlalu banyak berfikir.” Mungkin itu sebabnya ia membantu. Dia kata baru-baru ini mereka lagi pantas, dalam masa dua bulan ini saja. Dia juga berkata bahawa dalam masa dua bulan ini, segalanya tiba-tiba menjadi lagi pantas. Mereka dapat buatnya dgn lebih pantas. Dah tentu. Mulai hari ini, kamu akan lagi pantas. Kamu tinggalkan saya di belakang dan saya kata, “Hei, tunggulah saya!” (Gurulah yang buat semua ini.) (Guru terlalu tinggi. Kami tak dapat capai.) Dia kata, “Hanya Guru buat segala-galanya.” (Guru buat segala-galanya.) Itu apa yang dikatakannya.Apa lagi? Ada apa-apa lagi? Sesiapa lagi? Adakah kamu rasai sebarang perbezaan? Ya? Rasai sebarang perbezaan di dalam? Adakah kamu rasai perbezaan? (Dua hari ini pun, ketika bermeditasi, saya menyedari banyak perkara, sangat baik juga, sangat baik.) Lebih baik, ya? (Ya, lebih baik.) Dua hari saja? Dua hari ini. (Dua hari ini pun, (Dua, tiga hari...) apabila saya tiba di sini, wau, sangat baik!) Oh, sangat bagus! Kamu tak tahu pun bahawa saya ada di sini? Adakah kamu tahu saya ada di sini? (Ya.) (Saya tahu.) Kamu tahu saya ada di sini? Dua hari? (Ya, saya rasa begitu.) Kamu nampak saya di sini? (Oh! Semalam saya…) Semalam kamu nampak? (Saya dapat rasai Kuasa datang.) (Tenaga.) (Tenaga.) (Banyak memberkati.) Kamu rasa kuat? Banyak berkat? (Terutama apabila saya datang ke sini pada hari pertama.) Oh! Hari pertama lagi? (Ya.) (Ya, Quan Yin begitu selesa. Saya menangis.) Oh! Ya?Dia kata apabila dia baru datang ke sini, dia dah rasa berbeza, sangat kuat. Quan Yin sangat kuat. Dia menangis kerana begitu gembira. Tidak, maksud saya selepas kamu capai Peringkat Ketiga atau apabila hampir menjadi… Adakah kamu rasai sebarang perbezaan? Itu apa yang saya maksudkan. Kamu datang ke sini, rasa lebih selesa, bermeditasi dengan lebih baik, kan? Itu dah tentu. Tetapi kamu tak tahu saya ada di sini secara fizikal. Kamu tak tahu, kan? Kamu tidak menyedari kehadiran saya. Secara fizikal, tidak. Kamu tahu. (Saya berfikir Guru ada di sini.) (Kami mengagak Guru ada di sini.) (Ini sangat seperti semasa kami di Hsihu. Hanya dekati pintu masuk Hsihu saja, kami dah dapat rasai Kuasa Berkat Guru.) Okey. (Kami masih dalam perjalanan tetapi Kuasa Berkat Guru dah sangat kuat.) Faham. (Kereta itu bukan kereta kami pun tetapi disewa daripada orang lain.) Faham. (Ia tetap sama kuat terutama apabila saudara seguru bantu kami buka pintu pagar. Kuasa Pengasih Guru begitu kuat.) Faham. (Oleh sebab dah lama sejak kami berjumpa dengan Guru, jadi kami tahu bahawa Guru pasti ada di sini.) Dia kata ini berbeza. Sama seperti di Hsihu, sebelum mereka sampai di Hsihu, apabila mereka dekat dengan Hsihu, mereka dah rasai Kuasa Berkat Guru. Sama juga. Mereka belum sampai di sini, berdekatan saja, sudah rasai Kuasa yang sangat kuat. Jadi mereka mengagak saya ada di sini. Mrk semua mengagak saya ada di sini.Ya. Arus Bunyi (Syurga dalaman) yang saya dengar adalah seperti sebelumnya, seperti semasa saya pergi memberi inisiasi sebagai pengutus Quan Yin. Kemudian saya tahu. Semasa inisiasi, Bunyi (Syurga dalaman) sangat kuat dan sekarang… lagi kuat daripada semasa memberi inisiasi sebelumnya.) Faham. (Tetapi sebelumnya itu waktu inisiasi.) Seharusnya sangat kuat semasa inisiasi. (Sangat kuat.) Saya tahu. (Sekarang…) Dia kata dia juga perasan, perbezaannya adalah apabila dia datang ke sini, Bunyi Quan Yin (Syurga dalaman) sangat kuat, sama seperti semasa dia pergi beri inisiasi (sbg pengutus Quan Yin). Pada waktu dia memberi inisiasi, Bunyi Quan Yin (Syurga dalaman) sentiasa sangat kuat. Begitu juga di sini. Jadi dia tahu… Itu pasti Guru. Seperti sebelumnya semasa dia memberi inisiasi, Berkat sentiasa sangat kuat, jadi Bunyi (Syurga dalaman) dan segalanya bertambah baik dengan pantas sekali. Dia rasa begitu juga di sini. Jadi dia mengagak. (Kesihatan saya tidaklah baik sangat. Saya rasa lebih selesa selepas datang ke sini dua hari ini.) Di sini dia rasa begitu sihat, begitu kuat dari segi fizikal juga. Itu hubungan dalaman. Kamu tak dapat jelaskannya macam ini. Kamu tak rasa apa-apa pun. Rasanya tidak sebaik semasa menjelaskannya. Kamu perlu sendiri mengetahuinya.Ada apa-apa lagi? (Kami rasa lebih berhubungan dengan Guru baru-baru ini.) Oh! Ya? (Dan seperti yang Guru sebut, Guru kata kami meningkat maju sikit tetapi kami tak tahu bahawa kami dapat menaik ke Peringkat Ketiga. Tidak, tidak. Kami hanya rasa kami lebih stabil dan rasa lebih berhubungan dengan Guru.) Ya, betul tu. Dalam dua bulan ini. (Tidak seperti sebelumnya, dengan lambat, kemudian…) Sekarang kamu rasa lebih berhubungan. (Ya. Hanya disebabkan bekerja untuk Guru dan kami bekerja dengan ikhlas tetapi kadangkala kami tak bermeditasi dengan secukupnya.) Ya, saya tahu. (Jadi saya tertanya-tanya mengapa Guru umumkannya macam ini. Saya tak dapat bayangkan.) Jadi tiba-tiba kamu rasa lebih berhubungan, dua bulan ini? (Ya.) Ya, kerana kamu semakin menaik sekarang. Itu sebabnya.Setelah kamu berada di atas Peringkat Kedua, kamu lebih berhubungan dengan Guru, dah tentu. Di bawah sana, kamu hanya berhubung dengan maya kebanyakan masanya. Kamu cuba bersungguh-sungguh untuk berhubung dengan Guru tetapi talian sentiasa terputus. “Halo, halo? Kamu dapat dengar tak? Oh, ia terputus lagi!” Kemudian, “Halo, halo sekali lagi? Apa yang kamu katakan tadi? Ulang!” Itulah situasi Peringkat Kedua dan ke bawah. Tapi sekurangnya kamu ialah anak murid Maka kamu masih ada talian yg terputus tetapi bersambung kadangkala. Di Peringkat Ketiga, kamu berhubung dengan lebih baik. Jadi kamu rasa dalam masa dua bulan ini, kamu lebih berhubungan kerana kamu lebih tinggi sekarang. Bagus, saya gembira. Lihatlah, ada bezanya. Ada bezanya, ada kegegasan. Ada kegegasan apabila garisan penamat sudah hampir. Semua orang bergegas, berlari dan vroom!(Memang, pada tempoh masa ini di Hsihu, saudara itu berkata, “Wau, semua orang bergegas! Saya juga perlu bergegas.”) Ya. (Ada seorang saudara yang sangat dingin... Dia tak nak bekerjasama dengan orang lain, saudara lain. Tetapi dalam tempoh masa ini, saya rasa memang…) Dua bulan ini, semua orang bergegas. Dia lebih... (Dia kata, “Semua orang bergegas. Saya juga perlu bergegas.”) Ada ujian. Semua orang tahu. Roh mereka tahu bahawa ada ujian yang akan datang. (Ya.) Tetapi sesetengah orang gagal. Teruknya. Lain kali, jangan risau. Sentiasa ada ujian sepanjang masa, secara peribadi, bukanlah… Tetapi ada ujian besar dan ujian kecil – ujian peribadi, kemudian ujian besar. Kali ini, ujian besar. Kumpulan pertama. Ujian terbesar yang pernah ada. Semua orang jatuh seperti daun. Akan ada lebih banyak, dah tentu, tapi kumpulan pertama adalah istimewa. Bagus.(Apabila mereka bersorak kepada saya dengan cola, mereka…) Cola. (Mereka kata, “Minumlah untuk kamu dan Bodhisattva.” Kemudian saya kata, “Minumlah untuk kamu, Buddha masa depan.) Bagus. Dah tentu, mereka akan menjadi itu juga pada masa depan. Betul tu. (Lebih tinggi daripada...) Maksud kamu mereka akan menjadi lebih tinggi daripada kamu? (Ya.) Mana tahu? Mungkin mereka menaik dengan pantas sekali. (Ya.) Kamu menaik dalam kumpulan pertama yang menjadi bebas. Tapi mana tahu? Mungkin mereka menaik lebih tinggi. Mana tahu? Tapi kamu semua cubalah sedaya upaya. Masa depan, masa lalu atau sekarang, apa-apa saja. Jadi kami panggil kamu sebagai ‘Bodhisattva Peringkat Ketiga’. Peringkat Ketiga. Santo Peringkat Ketiga. Bagi orang Barat, kita panggil mereka Santo Ketiga. Itu dah cukup bagus. Peringkat Ketiga bagus juga. Santo Peringkat Ketiga. Bodhisattva Peringkat Ketiga. Atau Santo Ketiga.Saya lihat banyak penganut Katolik. Sekarang saya faham mengapa ada Gereja Baptis Santo Pertama atau apa-apa saja. Mungkin macam itulah. Dulu saya tertanya-tanya mengapa ‘Santo Pertama’, ‘Santo Kedua’… Ketika saya masih muda, saya kata, “Mengapa begitu banyak kerumitan?” Mungkin itulah. Jika dia keluar dan mendirikan gereja, bayangkan… Ia akan menjadi seperti ‘gereja Quan Yin pertama Santo Ketiga’. Kita akan ada banyak peringkat. Kita akan ada pelbagai peringkat. Seseorang akan pergi mendirikan ‘gereja Quan Yin pertama Santo Pertama’ atau ‘Santo Kelima’. Semuanya Pertama. Yang Pertama ialah Astral. Kita menghitung ke atas. Kita tidak menghitung mundur seperti dunia. Kita menghitung ke atas.Jadi seseorang yang dirikannya berkata ‘Mazhab Santo Pertama’, dan kita berfikir, “Wau!”. Semua orang akan berfikir, “Wau, Santo Pertama berbanding dengan Santo Ketiga!”. “Pintu sebelah!” Semua orang akan berfikir, “Wau, dia orang pertama! Mari kita semua pergi ke sana. Mengapa pergi kpd yg ketiga sedangkan kita boleh pergi kepada yang pertama?” Betul? Yang Ketiga. Kemudian lepas itu akan menjadi yang Keempat atau yang Kelima. Tiada yang Pertama. Yang Pertama, kita tak peduli. Kita tidak menyanjung mereka. Kita hanya boleh elakkan mereka, lari dari mereka. Atau mengikat lalu mengheret mereka ke Syurga dan jaga mereka lepas itu. Masukkan mereka ke dalam beg supaya mereka tidak menggigit sementara kamu bawa mereka ke atas. Seperti semasa kamu tangkap ular, kamu masukkannya ke dalam beg. (Ya.) Kemudian kamu jinjing beg itu saja. Atau semasa kamu tangkap harimau, kamu masukkannya ke dalam sangkar. Jika tidak, habislah. Itu saja.Ada apa-apa lagi, semua? Atau itu dah cukup? Atau… Okey? Walaupun kamu tak tahu saya ada di sini, kamu mengagak saya ada di sini. Kamu rasai getaran yang berbeza? Saya gembira. Itu bagus kerana dah lama saya tinggal bersama orang pekak, bisu dan buta di sini. Saya tertanya-tanya sama ada saya ada sebarang getaran pun. Adalah baik adanya pendapat baru sebagai suatu perubahan. Bukanlah saya perlukan bukti tetapi saya perlu mengingatkan diri bahawa saya ada sedikit getaran di sesuatu tempat. Jika kamu tinggal bersama orang buta sepanjang masa, kamu lupa macam mana rupa warna mawar. Kamu tidak beritahu sesiapa pun. Buat apa? Kemudian kamu semua tak kelihatan seperti diri sebenar.Okey, semua, itu saja? Bagus? (Ya.) Tiada apa-apa lagi? Bagus. Mungkin lain kali? Nikmatilah. Kamu di sini, nikmatilah. Relaks. Tiada apa-apa pun untuk dibuat. (Terima kasih, Guru.) Jika kamu perlukan mana-mana pita, kamu tanyalah mereka. (Baiklah.) Bawakan mereka pita yang kita tonton, kemudian biar mereka saksikannya. Yang baik. Pita Guru atau apa-apa saja yang mereka suka, mereka pilih. Jika kamu tak tahu bagaimana bekerja, mintalah orang bantu kamu ambilnya. Jumpa lagi. (Okey.) Nikmatilah. (Terima kasih, Guru.) Sama-sama. Saya nak jumpa dgn kamu lebih awal tetapi bukan masanya. Ada masanya untuk perkara. (Kami tahu.) Ya. (Terima kasih, Guru.) Sama-sama.Gula-gula (vegan), kongsinya. Separuh di sini, separuh di sana untuk mereka makan pada bila-bila saja mereka mahu. (Okey.) Semalam kamu beli dengan banyak. (Okey.) Okey? (Okey.) Separuh di dapur awam, separuh di sini. Jadi mereka makan apa-apa saja yang mereka mahu. (Okey.) Belikan mereka Sprite, jus dan sebagainya. (Ya.) Jika tiada lagi, kamu beli. (Okey.) (Guru, terima kasih.) (Terima kasih.) (Terima kasih, Guru.) (Saya berterima kasih.)Photo Caption: Indah dari Pasir, Laut ke Langit! Siapa Ciptanya dengan Begitu Halus!?