Cari
Bahasa Melayu
 

Perlindungan Paling Berpanjangan Kita Jumpai dlm Tuhan, Bahagian 4/5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya tak pernah janjikan kekayaan kepada kamu. Saya tak pernah janjikan hidup yang senang, bahagia kpd kamu. Saya tak pernah janji kepada kamu bahawa kamu akan mendapat apa saja yg kamu mahukan, semasa ia buruk pun. Jadi kita beramal untuk hapuskan ego, diri yang mahukan segala-galanya semasa itu karut, mustahil pun, orang yang sentiasa mahu mendesak semua orang yang lain supaya bekerja untuk dia dan mahukan benda tanpa usaha, mahukan benda semasa dia tak bekerja untuknya, mahu melayani diri sendiri dulu dan tidak mempertimbangkan sama ada dalam keadaan itu, adakah itu betul atau tak betul. Itu ego.

Kerana Tuhan tak berhutang apa-apa kepada kita. Hanya demi kita, demi kebaikan kita, kita harus bermeditasi, harus menjadi baik kerana itu baik untuk kita. Itu apa yang harus kita jadi pada permulaan, pertengahan dan akhirnya. Kita harus menjadi insan baik, orang yang sempurna dan berkembang dalam semua aspek: Rohani, duniawi serta belas kasihan, kasih sayang dan semangat berkorban untuk orang lain sebelum diri sendiri. Tetapi itu adalah semasa orang itu benar-benar dalam kesusahan, orang lain benar-benar dalam kesusahan. Bukanlah kita beri secara membuta hanya kerana saya ada terlalu banyak wang, saya pergi tanya, “Oh! Kamu mahu tak, kamu mahu tak?” “Ya, ya, ya, ya.” Dah tentu, semua orang mahu, semasa dia tak perlukannya pun. Itu bukan isi penting yang saya nak beritahu kamu.

Bantu semasa mereka benar-benar perlu, paling memerlukannya, kerana kita tiada secukupnya untuk diberikan kepada semua orang. Dan juga, semasa mereka tak perlu tetapi kamu bantu mereka, maka kamu memudaratkan mereka. Kamu buat dia ada tabiat bergantung, dan merampas keberdikariannya. Itu tidak baik untuk dia. Kamu akan bunuh dia dlm jangka masa panjang. Kamu menginjak-injak maruah, hormat kendiri kebergantungan diri dan semangat berdikarinya. Itu kamu tak boleh lakukan. Itu sangat kejam. Kamu hancurkan dia. Kamu hancurkan seluruh hidupnya, tujuan hidupnya. Dia dilahirkan di sini untuk berjuang, bekerja, belajar dengan keringatnya bagi mengetahui cara menjadi manusia kerana apabila dia belajar dengan baik, dari sini, kemudiannya dia boleh menjadi santo yang lebih baik. Dia boleh menjadi santo yang baik. […]

Maklumlah, ke mana pun saya pergi, saya bayar untuk makanan saya, dan jika saya pergi jumpa doktor, saya bayar untuk ubat dan yuran doktor. Jadi kamu buat begitu juga, dengan saudara seguru pun, walaupun mereka anak murid saya, kerana mereka perlu hidup. Jika kamu semua, beribu-ribu drpd kamu datang jumpa dia kerana dia saudara seguru dan tidak berikan apa-apa pun kepada dia, maka dia makan rumput.

Kita perlu berfikir. Kita jangan mempergunakan kebaikan sesiapa pun. Pada bila-bila boleh, kita bayar. Jika kamu tak mampu, dah tentu, itu berbeza. Saya juga bayar untuk semua bil telefon dan bil faks di mana-mana pun saya inap. Saya sentiasa beritahu pasukan kita supaya buat begitu. Jika mereka terlupa, tolong ingatkan mereka. Tapi saya rasa mereka ingat kerana ia telah menjadi suatu tabiat. Mereka tahu akannya secara automatik. […]

Photo Caption: Sekarang Musim Bunga. Seluruh Dunia Bernyanyi Selamat Tahun Baharu Qamari kpd Anda Semua Penonton yg Dihargai dan Semua Makhluk di Bumi! Kasih Sayang Selama-lamanya!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/5)