Excerpts from “What Will Happen When Earth’s North And South Pole Flip?” by Insider Tech – Apr. 6, 2018: Kadangkala Bumi tidak sentiasa hanya ada satu Kutub Utara dan Selatan magnet. Bukti menunjukkan bahawa selama beratus-ratus hingga beribu-ribu tahun pada satu-satu masa, planet kita ada empat, enam, malah lapan kutub pada satu-satu masa. Ini apa yang berlaku apabila kutub magnet terbalik pada masa lalu. Apabila ini berlaku sekali lagi, itu takkan menjadi berita baik bagi manusia. Sekarang mungkin anda berfikir bahawa lapan kutub pasti lebih baik daripada dua, tetapi realitinya ialah banyak medan magnet akan saling menentang. Ini boleh melemahkan medan magnet pelindung Bumi sebanyak 90% semasa keterbalikan kutub. Medan magnet Bumi ialah apa yang melindungi kita drpd sinaran angkasa lepas berbahaya yang boleh merosakkan sel, menyebabkan kanser serta membakar litar elektronik dan grid elektrik. Itu boleh buat tempat tertentu di planet ini menjadi terlalu berbahaya, tidak boleh didiami.
Kita tahu akan ini kerana kita sudah nampak sedikit ini di sebuah kawasan yang dipanggil Anomali Atlantik Selatan. Ternyata, arah sebahagian daripada medan magnet jauh di bawah kawasan ini sudah terbalik. Ahli sains berkata itu satu sebabnya medan magnet menjadi semakin lemah sejak 1840. Sejak pakar mula mengukur anomali ini beberapa dekad yang lalu, saiznya telah bertambah besar dan sekarang meliputi satu perlima drpd permukaan Bumi tanpa tanda menyusut dalam masa terdekat. Ini begitu melampau sehingga boleh jadi tanda kita telah berada di ambang keterbalikan kutub, atau mungkin kita sudah pun di tengah-tengahnya.Excerpts from “What the Upcoming Geomagnetic Reversal Will Do to Earth” by Astrum – Nov. 11, 2023: Apabila anda memikirkan Kutub Utara, anda tidak jangkakan ia pergi ke mana-mana dan anda pasti tidak jangkakan ia bertukar tempat dengan Kutub Selatan. Tetapi walaupun ia kedengaran macam sesuatu daripada fiksyen sains, keterbalikan geomagnet seperti ini adalah benar. Pada masa itu, medan magnet Bumi, pelindung di sekeliling planet kita yang memastikan kita selamat daripada sinaran suria yang boleh bawa maut akan menurun kepada serendah 10% daripada kekuatannya sekarang, mendorong satu kumpulan ahli sains pada 2021 meramalkan peralihan iklim dan kepupusan besar-besaran. Ahli sains lain pula gambarkan satelit dimusnahkan, grid elektrik tidak berfungsi dan sinaran yang boleh bawa maut menghujani kita selama beratus-ratus atau malah beribu-ribu tahun.Berdasarkan turun naik dalam medan magnet Bumi yang dikesani oleh ahli sains sekarang, pembentukan keterbalikan geomagnet mungkin sudah bermula. Sejak ahli sains mula menjejakinya pada 1831, Kutub Utara telah beransur-ansur beralih kira-kira 1,100 kilometer, meninggalkan lokasi asalnya di Kanada dan bergerak ke atas menuju Siberia. Kadar pergerakannya juga semakin meningkat daripada 16 kilometer setahun kepada kira-kira 55 kilometer setahun, suatu lonjakan yang besar. “Jadi api dari Matahari akan menembusinya dan turun ke Bumi. Itu terlalu kuat, medan magnet tidak dapat berfungsi untuk melindungi Bumi. Jadi Bumi akan terbakar, segala-galanya di laluannya, laluan api Matahari, dan menyebabkan letupan yang membinasakan.” Saya ada mengambil nota tetapi sukar bagi saya bacanya, sesetengah perkataan, kerana saya tulis dengan emosi, dan sekarang saya baca dengan emosi juga. Banyak malam, saya tak dapat tidur. Saya tertanya-tanya bagaimana saya nak hebahkan berita ini. Sekarang apabila saya bacanya, saya rasa sukar nak mencernakan dan memahaminya, maksud saya menerimanya. Jadi jika saya tak baca dgn begitu jelas, maafkanlah saya. Ahli sains belum dapat sentiasa tahu, meramalkan atau memahami segala-galanya, mengikut pengetahuan teknik dan sains kita, hingga kini, belum sempurna lagi.Jadi saya tanya, “Bagaimana ini akan pengaruhi orang?” Jadi Dia beritahu saya bhw orang akan mati dlm kumpulan dan secara tempatan, dari 1 Jun hingga 15 November 2025. 67% daripada populasi akan mati dan 25% tercedera. Oh, maaf, 15% tercedera, satu lima, bukan dua lima, 15%, bukan 25%. Saya tak dapat baca tulisan cakar ayam dengan jelas di dalam khemah dalam cahaya malap. Sesetengah orang yang cedera parah akan mati kemudiannya kerana hospital tidak berfungsi lagi, tidak seperti sekarang, sekurang-kurangnya kebanyakan hospital atau hampir semua hospital tidak dapat berfungsi lagi kerana tiada kakitangan, seperti tiada doktor, tiada ambulans, tiada ubat, segala-galanya musnah, hampir tiada pengangkutan yg tertinggal. Mana-mana manusia yang tertinggal akan perlu menahan penderitaan dan kesusahan, mulakan dari kurang daripada sifar. Supreme Master Television pun takkan berfungsi selepas 10 Julai, selepas permulaan masalah yang dahsyat ini.Saya tanya Tuhan, “Oh, tolonglah! Ada tak sebarang cara kami dapat elakkan ini?” Dia hanya jawab, “Tidak.” Tapi saya akan teruskan kemudiannya dan laporkan lebih banyak kepada anda. Buat masa ini, transkripsikanlah ini dan siarkannya dulu. Saya akan jawab dengan lebih lanjut kemudiannya apabila mendapat lebih byk maklumat. Terima kasih, anda semua. Tuhan berkati anda.Supreme Master Television tak dapat beroperasi selepas 10 Julai. 10 Julai, itu lebih kurang beberapa hari selepas satu bulan, satu bulan dan sesuatu. Saya akan bercakap dgn anda dgn lebih lanjut kemudiannya utk maklumat lanjut jika saya mendapatnya. Agaknya Tuhan… Tuhan berkata tidak kerana mungkin dah terlambat untuk membuat apa-apa. Saya tak tahu. Saya perlu tanya Dia. Saya perlu bercakap dengan Dia lagi. Bersabarlah dan tunggu.Oh, saya terlupa! Tuhan beritahu saya, “Engkau dan umat-Mu mesti lebih byk bermeditasi.” Saya kata, “Berapa banyak lagi?” Jadi Dia berfirman, “Sebelas jam setengah setiap hari!” Ya ampun, saya tak tahu sama ada kita dapat lakukannya. Saya begitu sibuk dengan SMTV (Supreme Master TV) dan perkara lain tapi agaknya kita perlu. Sebab itulah saya berikan rakaman ini utk anda transkripsikan dan siarkan dulu. Saya akan terus cuba menghadap Tuhan kita sekali lagi, kemudian akan beritahu anda dengan lebih lanjut kemudiannya. Jadi sesiapa yang boleh, tolong lebih banyak bermeditasi. Tinggalkan segala-galanya kecuali apa yang perlu anda lakukan. Ini serius. Tolong lebih banyak bermeditasi.Juga kerana saya berfikir jika kita menyiarkan ini, orang yg tidak diinisiasi, mungkin sesetengah drpd mereka akan dengar dan boleh buat sesuatu untuk membantu diri sendiri – berdoa kpd Tuhan, berpatah balik atau bertaubat dan apa-apa saja yg boleh mereka buat. Mungkin hanya sesetengahnya akan dengar.Takut akan Kebinasaan Dunia dan Karma
2025-04-03
Butiran
Baca Lebih Lanjut
Pada hari Rabu, 2 April 2025, Mahaguru Ching Hai (vegan) Yang Paling Dihargai telah menghantar mesej cemas yang berikut:Hei, sayang, roh yang menawan. Terima kasih kerana bekerja keras sekali untuk Berita Selitan belakangan ini, satu demi satu, begitu banyak bergegas. Saya harap anda telah cukup berehat. Tetapi kita ada hal lain sekarang. Selepas kita dah siap dengan Berita Selitan sebelumnya, saya berfikir, “Itu saja,” kita semua boleh berehat. Tetapi saya ada berita lain yang datang sekarang. Tuhan beritahu saya sesuatu, ya Tuhan, yang saya tak begitu nak katakan. Saya memang tak nak beritahunya kerana saya juga tak tahu macam mana nak beritahu orang. Dan siapa akan percayai saya? Tapi tak apa, sekurang-kurangnya untuk anda. Anda boleh menyiarkan ini untuk semua saudara seamalan anda. Itu lebih pantas dan sampai kepada lebih banyak drpd mereka macam ini.Tuhan beritahu saya bahawa manusia harus “takut akan kebinasaan dunia dan takut akan karma dunia.” Saya tanya Tuhan, “Apa yang harus kami takuti sekarang?” Tuhan berfirman bahawa “Bumi akan meletup.” Saya kata, “Tapi bila?” Jadi Dia berfirman, “Dari 1 Jun 2025 hingga 15 November, tahun yang sama.” Jadi itu lebih kurang setengah tahun, dari permulaan pertengahan tahun ini hingga hampir akhir tahun ini, Bumi akan meletup.Saya tanya Tuhan, “Tapi, ya Tuhan, maka apa sebabnya?” Saya diberitahu bahawa “disebabkan oleh konflik putaran Bumi.” Tuhan tidak banyak berfirman dan tiada banyak penjelasan kadangkala. Jadi agaknya itu sistem pemutaran, putaran ada masalah. Saya tanya, “Apakah kesan itu?” Jadi saya diberitahu bahawa “medan magnet tidak melindungi Bumi kerana ia alami kerosakan dan menjadi semakin besar.”