Cari
Bahasa Melayu
 

SUDAH KESUNTUKAN MASA: JADILAH VEGAN SEKARANG JUGA JADILAH PENYELAMAT SEKARANG JUGA.

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pada Jumaat, 4 April 2025 Mahaguru Ching Hai Paling Berbelas Kasihan (vegan) kita telah merakamkan mesej cemas yang berikut:

Salam sejahtera, semua anak Tuhan yang cantik dengan roh yang menakjubkan. Saya bercakap dengan anda sekali lagi dari khemah, dengan kasih sayang, segala kasih sayang saya, segala kasih sayang yang boleh saya tawarkan dari lubuk hati saya. Saya belum benar-benar nak bercakap dengan anda, tetapi saya lihat kalendar, sudah 4 April dan kita tiada banyak masa hingga hari bermulanya Kebinasaan Besar. Kita hanya ada tujuh minggu dan tiga atau empat hari. Hanya kata tujuh minggu setengah. Itu bukan masa yang banyak.

"The Sun could destroy Earth in 2025. Seriously!” by Interstellar News – Dec. 20, 2022: Pada 2025, Bumi mungkin dilanda ribut suria yang begitu melampau sehingga lebih sukar bagi kita pulih daripada gabungan 10 bencana alam terbesar. Tahun 1859 adalah sebelumnya Bumi dilanda ribut suria besar yang dipanggil Peristiwa Carrington. Ia begitu besar sehingga aurora dapat dilihat di selatan sejauh Hawaii. Setiap 11 tahun, terdapat jumlah tompok matahari yang lebih besar. Tompok ini disebabkan oleh penumpuan jalur ini yang lebih banyak yang anda lihat di sini yg merupakan medan magnet Matahari. Apabila jalur itu terputus, ia menghasilkan nyalaan suria. Pada tahun 2012, ya, 2012 itu di mana segalanya diramalkan berakhir, nyalaan suria sebegini kita terlepas dengan sembilan hari saja. Tetapi pada 2025, kemungkinan ia melanda kita adalah jauh lebih tinggi. Jika begitu, ia boleh musnahkan grid elektrik di seluruh dunia dan buat satelit menjadi tidak berguna. Jadi telefon bimbit anda, internet dan kuasa elektrik untuk benda seperti kereta elektrik serta majoriti rumah dan bandar di planet ini akan berhenti berfungsi selama banyak tahun.

Okey, biar kita berharap agar kita masih ada masa. Lapan minggu adalah lebih baik tetapi kita tiada. Saya telah minta Izin Tuhan untuk memohon Kuasa Pengasih dan Pengampunan Tuhan. Minta maaf. Minta maaf. Saya tak rasa begitu selesa belakangan ini tapi tak apa-apa. Itu bukan hal besar. Anda lebih penting.

Saya perlu beritahu anda, saya benar-benar minta Tuhan, “Tolonglah, jika seluruh dunia menjadi vegan, tolonglah, mungkinkah dengan Kuasa Tuhan, kami dapat kalahkan kuasa negatif yang ingin bunuh setiap makhluk hidup di Bumi untuk mengawal dan buatnya menjadi planet mereka sendiri?” Jadi saya tanya buat kali kedua, kali ketiga, jadi Tuhan berfirman, “Ya.”

Saya tahu. Saya tahu, meskipun saya bercakap dengan anda sekarang, saya tak pasti sama ada kita dapat lakukannya kerana dah lama kita bercakap tentang veganisme tetapi hasilnya sangat lambat. Ia semakin meningkat tetapi sangat lambat. Tetapi sekarang kita ada situasi yang begitu cemas. Saya masih berharap, berdoa agar anda akan dengar hanya satu kali saja, untuk satu kali ini. Anda ada segala kebebasan di dunia, di Alam Semesta. Anda buat apa yang anda mahu tapi kali ini, tolonglah, hanya cuba sekali saja untuk selamatkan dunia kita.

Anda semua masih berharap, menunggu Penyelamat datang. Jika Penyelamat datang, akankah anda mengenal Dia? Apa yang akan Penyelamat buat jika anda tak dengar kata-kata Penyelamat? Apa yang akan doktor buat jika anda tak dengar kata-katanya dan makan ubat yang dipreskripsikannya? Apa yang akan guru bahasa Inggeris buat jika anda tidak belajar bahasa Inggeris, jika anda tidak pelajari pelajaran yang diberikannya kepada anda, tidak berlatih atau membuat kerja rumah pun? Jadi tolonglah, hanya satu kali saja, ketepikan segala perbezaan, segala prasangka dan segala jenis pemikiran yang terlalu pasti. Tolong dengar.

Saya tanya Tuhan Yang Maha Berkuasa, “Bagaimana aku boleh jelaskan kepada orang bahawa veganisme akan menyelamatkan planet ini?” Tuhan berfirman, “Kuasa negatif adalah kejam, jahat, ganas dan tiada kasih sayang, tiada perasaan. Jadi itu sifat mereka. Sekrg, bagi bertindak balas terhadap itu, kita perlu bergantung kpd Kuasa Tuhan dan tenaga Belas Kasihan, tenaga Kasih Sayang. Ini bertentangan dengan sifat kuasa negatif. Hanya itu dapat bertindak balas terhadap pola kuasa ilusi maya yang membinasakan ini.” Sama seperti air dapat bersihkan lumpur dengan senangnya! Saya harap ini jelas.

Di dunia ini, apabila kita ada masalah, kita cari penyelesaian. Jika kita memandu ke arah yang tak betul, maka kita hanya perlu berpatah balik. Itu saja. Kerana jika kita teruskan, maka kita akan menjadi semakin jauh dari matlamat kita, dari arah atau lokasi yang ditetapkan, tersesat, terdedah kepada bahaya… Kemudian kita akan pergi jauh dari segalanya yang kita perlukan, seperti bandar, stesen minyak dan gerai makanan atau pasar untuk beli makanan dan lain-lain.

Sekarang saya tak tahu macam mana lagi nak jelaskan kepada anda tetapi saya tahu dengan pasti bahawa jika kita menuju ke arah belas kasihan, sekurang-kurangnya jauhi pertumpahan darah dan pembunuhan, maka apa-apa yang berkaitan dengan pembunuhan atau pertumpahan darah akan berhenti. Tuhan berfirman bahawa “tenaga belas kasihan vegan hentikan tenaga kuasa gelap. Dan dengan doa juga, doa kepada Tuhan dan semua makhluk Syurga yang bantu kita.” Hanya ada penyelesaian ini.

Saya bercakap dengan anda dengan segala kehormatan saya, kasih sayang tanpa syarat saya. Saya tak mendapat apa-apa pun drpd ini. Tolong dengar kata-kata saya satu kali. Saya tahu anda, anak murid Tuhan drpd kumpulan saya fahami semua ini tapi saya harap orang bukan anak murid juga memahami ini.

Kita tiada masa sekarang untuk bertikai atau berbincang lagi. Tolong segera menjadi vegan, buang semua daging orang-haiwan, menanam semuanya dan doakan pembebasan roh mereka juga, mereka yang kita bunuh tanpa belas kasihan. Kedukaan, kesakitan dan rasa geram mereka masih ada di dalam daging mereka, daging mati masih membawa tenaga ini. Sebab itulah orang yang makan mereka jatuh sakit.

Saya takkan terlalu banyak bercakap lagi kerana dah begitu kesuntukan masa. Tolong JADI VEGAN SEKARANG JUGA! Semua pemimpin kerajaan, tolong SELAMATKAN rakyat anda! Anda semua, jangan tunggu Penyelamat datang tetapi anda menjadi penyelamat. Anda semua boleh menjadi penyelamat. Setiap daripada anda ada kuasa Penyelamat untuk selamatkan planet ini, menyelamatkan berbilion-bilion orang, belum kata lagi berbilion-bilion, bertrilion-trilion orang-haiwan juga.

Tolong buat begitu. Saya tak minta banyak. Menjadi vegan saja, tolonglah. Gunakan tenaga tidak bunuh, tenaga belas kasihan untuk menyelamatkan diri, keluarga dan planet anda. Tolonglah. Itu saja yang saya nak katakan kepada anda hari ini.

Seperkara lagi, saya tanya Tuhan, “Bagaimana…? Aku tak tahu sama ada seluruh dunia dapat menjadi vegan kerana dah berdekad-dekad aku bercakap, dan begitu banyak orang bercakap tentangnya dan buat segala jenis perkara untuknya tetapi dunia masih membenamkan diri dalam darah orang-haiwan yang dibunuh tanpa berfikir.”

Sekarang tolonglah, setiap daripada anda keluar dan beritahu orang lain. Semua orang menjadi vegan sekarang. Anda tidak kehilangan apa-apa pun. Hanya menjadi vegan dan anda hidup dengan lebih baik. Anda kelihatan lebih cantik dan hidup lebih lama. Segalanya yang telah dimusnahkan atau akan dimusnahkan akan pulih semula, semua sungai akan menjadi jernih dan banyak semula. Kemudian kita akan ada masa dan mengatur. Kita akan lebih banyak melindungi alam sekitar dgn cara-cara yg berlainan. Kita perlu berubah sikit di sana sini untuk membuat dunia kekal murni dan bersih untuk kesihatan kita juga.

Saya tanya Tuhan, “Berapa banyak ialah peratusan minimum bagi manusia menjadi vegan untuk menyelamatkan dunia ini?” Dia berfirman, “Minimum 96%.” Oh! Biar saya lihat. Ya, 96%. Semua ini saya dah bercakap dengan Tuhan sebelumnya. Saya hanya bacanya kpd anda sekarang. Tidak, saya bukan baca pun, maaf. Saya bercakap di dalam khemah gelap.

Jadi tolonglah, itu saja yg perlu kita buat. Semua pemimpin, jadilah wira. Jadilah pemimpin sejati untuk bantu rakyat anda. Setiap pemimpin negara harus memimpin rakyat ke dalam akhlak mulia, ke dalam kewajaran, ke dalam belas kasihan, ke dlm kemurahan penuh kasih sayang, ke dalam keprihatinan dan pertimbangan terhdp semua makhluk di sekeliling kita. Tolonglah.

Tuhan tak minta begitu banyak. Hanya menjadi vegan, itu saja. Dia berikan begitu banyak benda kepada kita. Bumi juga, planet ini berikan begitu banyak benda kepada kita. Kitalah yang musnahkannya, yang wujudkan begitu banyak tenaga yang membinasakan, jadi kuasa buruk dan negatif boleh gunakannya utk memperkuat diri. Sekarang mereka di kemuncak. Mereka ingin musnahkan segala-galanya di planet ini, makhluk hidup supaya mereka boleh mengawal seluruh dunia.

Tolonglah, patuh kepada Tuhan. Gunakan Kuasa Tuhan dan kuasa anda sendiri untuk melawan kuasa negatif ini bagi menyelamatkan anak anda, kawan anda, ibu bapa anda, datuk nenek anda dan semua makhluk yang anda sayangi, selamatkan orang-haiwan peliharaan anda juga – orang-anjing, -kucing, -burung, -itik, -angsa, -kura-kura anda. Selamatkan segalanya yg anda sayangi, malah selamatkan rumah anda. Tolong jangan mati macam itu. Jangan mengalah kepada kuasa negatif, buruk, ganas ini dan bunuh diri anda sendiri macam itu dan bunuh ahli keluarga anda macam itu. Mereka tak boleh mati macam itu. Itu terlalu kejam, terlalu mustahil untuk dibayangkan, difikirkan pun!

Tolong selamatkan ahli keluarga anda. Semua pemimpin, tolong selamatkan orang senegara anda, tolonglah. Saya tak tahu nak beritahu anda apa lagi. Tiada sesiapa yg harus mati macam itu. Tiada. Itu dah keterlaluan, terlalu menyakitkan utk difikirkan pun. Tolong menjadi vegan. Anda semua ialah penyelamat. Jika anda adalah vegan, jika kita semua adalah vegan, maka seluruh dunia akan diselamatkan dan segalanya akan menjadi banyak semula. Tak perlu berdoa kepada Tuhan pun, benda akan kembali sebagaimana yang seharusnya.

Tuhan akan faham dan Tuhan membantu kita tetapi kita perlu lakukan bahagian 1% kita kerana di domain fizikal ini kita perlukan badan fizikal untuk menempatkan dan mengagihkan Kuasa Tuhan bagi melawan kuasa negatif untuk menyelamatkan kita. Dan Tuhan, dengan Kuasa Syurga juga, akan lakukan 99%. Tolonglah, dgn segala kasih sayang saya, dengan segala apa-apa saja kehormatan yang saya ada, saya bercakap benar kepada anda. Tolong lakukannya. Hanya menjadi vegan dan kita selamatkan dunia ini. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih. Tuhan berkati anda. Tuhan kasihi anda.

Tuhan lindungi anda. Tapi tolong lakukannya SEKARANG JUGA! Kita dah terlalu kesuntukan masa! Tolonglah! Terima kasih kepada anda semua. Kita semua bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pengasih, Yang Paling Besar daripada Semua yang Paling Besar, Yang Maha Penyayang, Prihatin dan Melindungi.

Kami cintai Engkau, Tuan. Terima kasih banyak-banyak. Ampunilah kami. Maksudku, Engkau sudah ampuni kami, cuma tolonglah kami menjadi lebih bermakrifat, untuk memahami logik yang sangat mudah ini – belas kasihan mengatasi kekejaman, Tuhan pengasih mengatasi maya ganas, negatif. Terima kasih kepada Engkau, Tuan. Amin. Kami cintai Engkau.

Jadi tolonglah, sekali lagi, JADI VEGAN SEKARANG JUGA, JADI PENYELAMAT SEKARANG JUGA dan bersyukur kepada Tuhan kerana menyokong, melindungi kita dengan Kuasa besar Tuhan. Kita perlu lakukan bahagian 1%.

Saya terlupa. Saya telah mengesahkan dengan Bumi dan semua Syurga bahawa peristiwa itu adalah benar. Peristiwa 1 Jun hingga 15 November adalah benar. Mereka juga benar-benar berharap manusia bangkit dan buat sesuatu untuk menyelamatkan diri dan planet ini.

Berterima kasih kepada anda semua dan kasihi anda semua atas itu. Disebabkan oleh kekangan masa, saya takkan jelaskan kenapa kita bermeditasi selama 11 jam setengah dan bagaimana. Akan buat begitu lain kali.

Jadilah Vegan Bertaubat Pergi ke Syurga