Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Suntikan Tanpa Kesakitan untuk Pesakit Diabetes, Bahagian 2 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Oh! Seperkara lagi, saya ada berita baik yang tidak banyak orang tahu dan ingin saya kongsi dengan semua orang ubat untuk diabetes yang baru dicipta, bebas jarum suntik, akan selamatkan nyawa banyak orang, beri kemudahan dan juga bantuan kewangan ini. Kita bersyukur kepada TUHAN secara berulang kali. Orang dan orang-haiwan yang hidapi diabetes tidak perlu menerima suntikan jarum yang mencucuk dan tidak selesa, kerana di Australia mereka telah membangunkannya dan sekarang menjual jenis ubat tanpa jarum ini. Kita hanya bubuhnya pada kulit dan ia berkesan dengan serta-merta, jadi tiada kesakitan dan jauh lebih senang untuk manusia dan orang-anjing. Apabila saya kata tak banyak orang tahu akan ubat ini untuk pesakit diabetes dan orang-haiwan – kedua-duanya boleh gunakannya, ini kerana ia baru dicipta, belum 10 tahun pun. Ia dicipta pada 2010, kemudian masuki pasaran antarabangsa pada sekitar tahun 2016. Sekarang tahun 2026 tetapi belum habiskan tahun ini lagi, jadi tak sampai 10 tahun pun.

Apabila saya suruh pembantu saya tanya doktor haiwan sama ada ini sesuai untuk orang-anjing saya atau tidak, mereka tak tahu akannya pun. Hanya seorang doktor haiwan – kami ada banyak doktor untuk isu-isu yg berlainan bagi orang-anjing saya, hanya seorang doktor haiwan tahu akan ubat diabetes tanpa jarum ini. Jadi seluruh dunia tahu sekarang dengan kita umumkannya. Ini pasti akan bantu sangat banyak orang yg tinggal sendirian, tak dapat sendiri menyuntik dengan jarum. Itu sukar. Itu sangat halus. Kita perlu benar-benar suntiknya ke dalam lapisan kulit saja. Jika tidak, ia akan tersebar ke dalam organ atau bahagian dalam. Itu tidak baik. Itu perlulah pada kulit, kemudian ia akan diagihkan ke seluruh badan.

Saya begitu gembira. Saya begitu senang hati sekarang kerana bayangkan berapa banyak orang tak dapat sendiri lakukan penyuntikan. Kita tak boleh menyuntik di bahagian yang sama sepanjang masa. Sepanjang hidup, bayangkan sepanjang hidup mereka perlu sendiri melakukannya. Sesetengah orang tua, saya tak rasa mereka dapat. Bapa saya pun, beliau minta saya beri suntikan kepadanya. Bukan untuk diabetes, dah tentu. Tetapi beliau tetap tak dapat sendiri lakukannya kerana sesetengah bahagian sukar dicapai, dan lebih tuanya kita, mungkin tangan menggeletar dan sebagainya. Saya begitu gembira. Saya begitu bersyukur kepada TUHAN atas memberi orang-anjing saya keupayaan ini, niat ini, cara mulia ini untuk membalas Kebaikan TUHAN. Saya tanya dia mengapa dia harus buat perkara sebegini. Dia kata, “Kerana nyawaku adalah milik-Mu. Engkau telah menyelamatkan aku.” Saya telah beritahu anda bahawa itu apa yang dikatakannya sebelumnya dalam Berita Selitan yang lain. Saya masih menangis dalam hati saya. Saya masih menangis pada bila-bila saya lihat gambarnya. Kita boleh gunakan video untuk berbual sekarang ini.

Baiklah, semoga anda semua sejahtera dan tak perlu alami suntikan jarum yang menyulitkan dan menyusahkan ini. Kerana sesetengah orang tak berduit untuk terus datang jumpa doktor setiap hari sepanjang hidup. Mengupah jururawat atau penjaga adalah mahal juga. Oh, saya begitu gembira! Saya berlutut dan bersyukur kepada TUHAN atas anugerah penuh belas kasihan ini kepada manusia dan semua orang-haiwan yang ada penjaga yang sayangi mereka dan mahu mereka mendapat rawatan yang lebih selesa. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Semoga Engkau diberkati, TUANKU. Aku akan buat lebih banyak lagi, apa yang boleh untuk mengurangkan kesakitan-Mu apabila Engkau lihat anak-anak-Mu pergi ke neraka. Aku akan hentikan mereka, tidak biar mereka pergi ke neraka meskipun aku sendiri perlu pergi ke neraka. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Syukur kepada Engkau. Cintai Engkau.

Saya juga akan sertakan semua maklumat yang diberikan oleh syarikat ini tetapi sekrg telah diringkaskan dan dipadatkan sebelum saya hantar kepada pasukan saya. Apabila orang-anjing saya jatuh sakit baru-baru ini, pembantu saya yang menjaga orang-anjing saya bawa dia pergi jumpa doktor. Saya tiada keistimewaan atau tuah ini pun untuk sendiri menjaga orang-anjing saya. Saya dah jelaskan mengapa sebelumnya. Harap-harap pada masa depan, keadaan akan jadi lebih baik, dah tentu. Kerana orang-anjing saya begitu kasihi saya. Mereka begitu kasihi saya. Tiada sesiapa di dunia ini yang lebih kasihi saya daripada orang-anjing saya. Mereka rindui saya dan saya mahu bersama mereka TAPI DI TEMPAT YANG SELAMAT. Bukanlah hanya satu orang-anjing berkata, “Aku kasihimu. Aku kasihimu,” kpd saya. Semua orang-anjing tidak mengatakannya tetapi saya tetap rasainya. Saya tahu akannya.

Saya rasa semua pencinta orang-anjing dan teman, kawan manusia orang-anjing tahu akan ini, rasainya, rasai kasih sayang orang-anjing. Ikatannya sangat rapat. Jika kita tidak tahu akan Kasih Sayang TUHAN, kita akan rasa kasih sayang orang-anjing adalah paling baik di seluruh Alam Semesta, atau mana-mana orang-haiwan kesayangan yang anda ada – orang-kucing, -burung, malah orang-haiwan kesayangan yg besar seperti orang-gajah, -kerbau, -lembu, -kuda, mana-mana drpd mereka. Jika anda ada mereka sebagai teman, anda akan tahu betapa banyak mereka kasihi anda.

Seperkara lagi, pendek kata, saya minta kerana orang-anjing saya perlu menerima suntikan dua kali sehari. Kemudian sekarang penyakit malah buat dia menjadi buta juga. Dia tak dapat lihat. Mereka kata mungkin dapat pulihkannya tetapi sekarang mereka kata tak dapat. Oh! Hati saya hancur banyak kali disebabkan ini. Kemudian saya minta pembantu saya yang menjaga orang-anjing saya, “Kamu mesti cari di internet. Pasti ada cara lain di mana kita tidak perlukan jarum suntik, dua kali sehari. Dia berbadan kecil saja dan kita tak boleh cucukkan jarum di bahagian yang sama lagi, atau mungkin lepas masa yang panjang. Tetapi dia begitu kecil, di mana kita dapat cari ruang pun untuk terus cucukkan jarum ke dalam kulitnya macam itu?” Ya Tuhan. Saya kata, “Kamu mesti cari. Pasti ada sesuatu tanpa jarum suntik untuk orang-anjing – pergilah cari.” Kemudian pembantu itu cari dan kami jumpainya, menemui ciptaan baharu yang sangat baik untuk manusia dan orang-haiwan, orang-haiwan kesayangan kita ini. Lihatlah ini dengan teliti. Lihat dengan lebih teliti tapak sesawang syarikat itu untuk sendiri mendapat tahu dengan lebih lanjut tentangnya atau/dan untuk orang-haiwan kesayangan anda. Saya harap anda seselesa mungkin dengan ciptaan ini kerana ia memang bantu orang-anjing saya. Saya begitu bersimpati dgn sesiapa saja yang hidapi jenis penyakit ini atau sebarang penyakit.

Saya sangat takut akan jarum suntik ketika masih kecil kerana bapa saya sentiasa perlu berikan suntikan kepada saya apabila saya sakit. Tak sentiasanya tetapi pada bila-bila perlu, beliau buat begitu. Saya sentiasa sangat takut. Kemudian apabila saya dah lebih besar, masih remaja, bapa saya jatuh sakit. Beliau sentiasa buat saya menyuntiknya ke dalam kulit, dagingnya di mana-mana saja, kadangkala di bahagian bawah, kadangkala pada lengan, pangkal lengan, kadangkala di dalam salur darah. Saya perlu melakukannya tetapi tak begitu selesa, rasa begitu bersimpati dengan bapa saya! Saya memang harap pada masa depan, tiada lagi jarum suntik yang diperlukan, langsung tiada lagi ujian makmal untuk mana-mana orang-haiwan, tidak kira siapa dia, berapa kecil, berapa besar. Saya tak tahan. Saya tak tahan dengan segala kekejaman terhadap orang-haiwan ini, apalagi manusia, apalagi semua bayi dan fetus kecil terutama yang sudah cukup besar, kita dapat lihat bentuk manusia kecil mereka!

Oh, tidak! Biar kita tidak bercakap tentang itu lagi. Saya akan sertakan maklumatnya, yang ringkas tetapi cukup untuk sesiapas saja yang tak dapat ada rakan yang boleh datang bantu dia menyuntikkan ubat, dan juga tak cukup berpengetahuan untuk mencari di internet. Jadi maklumat ini – yang diringkaskan menjadi sangat padat tetapi cukup jika anda tak tahu lebih lanjut lagi – anda tetap boleh gunakannya. Saya memang berharap anda semua, jika boleh, sembuh. Jika tidak, ada masa yang lebih selesa sekarang untuk masukkan ubat diabetes ke dalam kulit anda.

Peranti suntikan tanpa jarum Comfort-in direka bentuk untuk gantikan jarum suntik. Inovasi ini gunakan jet mikro-udara bertekanan tinggi untuk memberi ubat seperti insulin dengan pantas dan selesa melalui liang roma kulit dengan ketakselesaan minimum. Mengendalikan peranti Comfort-in ialah proses yang mudah:

1. Tegangkan mekanisme spring dengan menggunakan aksesori tuas khas yang disediakan.

2. Pasang muncung pakai buang pada bebuli ubat dan ambil dos yang diperlukan.

3. Menskru ketat-ketat muncung yang disediakan ke dalam peranti Comfort-in.

4. Letak muncungnya pada bahagian kulit terdedah yang kecil, tekan dengan perlahan dan lepaskan butang pelepas untuk pemberian ubat segera, selesa.

Penjaga yang ada teman haiwan kesayangan yang hidapi diabetes telah berkongsi bagaimana teknologi ini membawa kebaikan berbanding gunakan jarum suntik:

Lembut pada Kulit: Mencegah pemparutan dan pengumpalan tisu yang disebabkan oleh suntikan jarum yang berulangan.

Pemberian Ubat Tanpa Sakit: Mengelakkan ‘cubitan mencucuk-cucuk’ yang tidak selesa berkaitan jarum suntik.

Cepat dan Selamat: Pemberian ubat segera memastikan bhw sentakan atau pergerakan tiba-tiba daripada haiwan kesayangan anda tidak menimbulkan risiko keselamatan.

Penyerapan Dipertingkat: Wujudkan semburan halus di bawah kulit, membolehkan penyerapan ubat yang lebih lancar, lebih pantas dan lebih optimum.

Kepercayaan Terpulih: Hilangkan perkaitan ‘takut jarum’ visual, memupuk ikatan yang tenang, penuh kasih sayang antara orang-haiwan dengan penjaga manusia.

Petua Penjaga: Pengguna mengesyorkan pemanasan muncung berisi insulin di antara jari anda selama kira-kira 30 saat. Ini mengurangkan kesejukan menusuk yang sering dirasai dengan insulin sejuk, memastikan keselesaan yang lebih besar.

Untuk butiran lanjut tentang cara membeli dan menerokai sistem Comfort-in, sila kunjungi injectneedlefree.com

Ketika saya di Sepanyol banyak tahun yang lalu, salah satu gigi saya sakit dan saya pergi jumpa doktor. Saya sudah berada di atas kerusi doktor gigi, sedia untuk doktor membaiki gigi saya. Pada bila-bila saja saya pergi ke jumpa doktor gigi, bukan kali itu saja tetapi kali lain – banyak kali, pada bila-bila saja – dan pejabat doktor gigi yang lain juga, atau mana-mana doktor, saya membawa hadiah seperti kudapan vegan dan buah-buahan segar, agak banyak, kerana saya rasa mereka bekerja keras sekali, doktor, jururawat dan sebagainya. Jika saya kebetulan berada di hospital atau jumpa doktor, saya ingin menunjukkan rasa terima kasih atas kerja susah yang mereka pelajari untuk dibuat di universiti dan pada waktu latihan amali dan juga waktu menjalankan rawatan. Mereka sangat rajin. Mereka menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesakitan dan membuat hidup kita selesa.

Photo Caption: “Semuanya Melihat ke Atas di Dalam ke Syurga di Mana RUMAH SEBENAR Penuh Kasih Sayang Melambai Panggil”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/3)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-24
1336 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-25
844 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-26
530 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-09-26
950 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-09-26
6263 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-09-26
553 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-26
530 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-09-25
136 Tontonan
Teknologi Zaman Keemasan
2026-09-25
124 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-25
844 Tontonan
Filem Pendek
2026-09-25
367 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun