Saya harap beberapa hari ini, visi dalaman yang baik, pengalaman hampir mati dan pengalaman neraka akan lebih banyak membuka hatimu sikit dan memperkukuh kepercayaanmu.
( Guru, saya ingin berkongsi pengalaman saya berkaitan Barangan Kemas Syurga. Pada 21 Oktober, saya pergi ke Taipei untuk urusan syarikat. Ada sebuah hotel yg khabarnya ada banyak makhluk halus di Taipei. Sebenarnya ia sangat popular. ) Banyak makhluk halus di dalamnya? ( Semasa kita mencari di internet, sebenarnya mereka ada kisah yang agak baik tentang hotel di Taipei ini. ) Banyak makhluk halus, maksud kamu banyak (Ya.) tetamu atau...? ( Maksud saya hantu di sana. ) Makhluk halus. ( Ya, makhluk halus di sana. ) Maksud kamu hantu? ( Ya, sesuatu macam itu. ) Jadi hantu pun tahu nak datang ke hotel popular yang mana? Mereka pasti ada banyak wang. Mungkin mereka bayar dengan wang hantu. ( Sebenarnya saya diberitahu supaya elakkan hotel ini sejak saya menyertai bank ini 13 tahun yang lalu. Jadi sebenarnya saya mengelakkan hotel ini selama banyak tahun sehingga 21 Oktober. Saya tak dapat menempah hotel yang berdekatan. Jadi saya terpaksa menempah hotel ini. Saya mendaftar masuk pada 21 hb. Kemudian pada waktu malam selepas bermeditasi, saya masuk tidur. Bagi menyediakan diri untuk perjalanan ini, saya bawa bersama foto Guru. Saya juga bawa bersama Barangan Kemas Syurga ‘Kesedaran’. ) ( Saya juga bawa gelang tangan ‘Kesedaran’ yang ada ‘Z’ besar di sana dan juga loket untuk melindungi diri. ) Jadi foto Guru tak cukup, maksud kamu. Ya, saya faham. Saya juga memakai ini untuk melindungi diri. ( Jadi lepas itu, saya masuk tidur selepas bermeditasi. Kemudian tiba-tiba ada tiga makhluk halus wanita yang bersembunyi di tepi langsir di dalam bilik. ) Bersembunyi di belakang langsir tingkap. ( Ada lilitan perlindungan di sekeliling saya, jadi mereka tak dapat mendekati saya. Jadi saya berfikir, “Dengan perlindungan Barangan Kemas Syurga Guru, aku tak harus risau sama sekali.” Jadi saya tak risau sama sekali. Lepas itu, saya tak pedulikan mereka, kemudian saya pergi ke tandas. Saya kembali dan tidur. Ada sebuah lagi katil di sebelah saya. Di dalam bilik itu ada dua buah katil. Saya gunakan sebuah katil dan sebuah lagi katil adalah kosong. Sebaik saja saya masuk tidur, ada bunyi bising ( Di katil lain. ) di katil sebelah, menggerakkan cadar. Jadi saya menoleh ke sana sini dan seluruh tempat menjadi begitu berkabus dan saya pergi ke dimensi itu. Jadi saya kata, “Boleh engkau tak datang cari aku? Kau cari Mahaguru Ching Hai.” Jadi saya melafazkan nama Guru tiga kali. Saya melafazkan nama Guru, Mahaguru Ching Hai. “Kau cari Mahaguru Ching Hai,” tiga kali. ) Tolong jauhkan diri dari saya, kamu. Kamu dan kawan-kawanmu. Saya tak berkaitan dengan hantu. ( Lepas itu, seluruh tempat tersebut menjadi normal semula. Mereka semua hilang. ) Terima kasih. Kamu berikannya kepada saya, kemudian kamu masuk tidur. Wau! ( Saya tidak risau sama sekali. Saya tidak takut sama sekali. Pada keesokan paginya, saya kata, “Haruskah aku tukar bilik?” Tapi saya kata, “Memandangkan mereka dah hilang, aku harus terus berada di sini.” Jadi lepas itu tiada pengalaman nampak hantu lagi. ) Tiada hantu lagi? ( Tiada lagi. Saya mainkan lagu ‘Bercakap dengan Buddha Batu’ dan juga Supreme Master TV di iPad saya. ) Okey. ( Terima kasih, Guru, kerana membebaskan roh-roh. ) Sama-sama.
Saya telah beritahu kamu, saya tak mahukan apa-apa kawan, manusia pun tidak, apalagi hantu. Mereka ialah kawanmu. Mengapa kamu berikan kepada saya? Kamu semua ada segala jenis karma. Jika kamu tiada karma yang mencukupi dengan manusia, kamu malah ada karma dengan hantu, kemudian berikannya kepada saya. Ada seorang guru feng syui Taiwan (Formosa). Dia kata hantu datang kepadanya dan mereka merungut bahawa oleh sebab kita beli tempat ini, mereka tiada tempat untuk pergi dan datang mengganggunya. Jadi dia juga kata, “Ini tak berkaitan dengan aku. Kau pergilah tanya Mahaguru Ching Hai.” Tidakkah kamu rasa saya dah ada kerja yang cukup untuk dibuat? Dengan kamu di sini, makhluk hidup, sama ada kamu hidup, saya tak pasti. Adakah kamu hidup? Mengapakah semua hantu tertarik oleh kamu? Malah ular dan entah apa lagi. Semua orang alihkan segalanya kepada saya. “Pergi jumpa Guru. Pergi tanya Guru.” Kamu malah beritahu mereka saya tinggal di mana. Mempercayai kamu untuk keselamatan dan privasi saya. Terima kasih banyak-banyak, semua. Saya bersembunyi daripada manusia, dah cukup teruk. Sekarang saya perlu bersembunyi drpd hantu juga. Ke mana saya nak pergi? Demi Tuhan. Baiklah.
( Lepas itu apabila saya datang ke Ashram Alam Baru, selepas perjalanan untuk urusan syarikat, pada 25 hb, saya terus beli ‘Eliksir’, satu lagi set barangan kemas. ) Kamu ada wang. Kamu tak dapat merasuahi hantu pun tapi hantar mereka kepada saya. Mungkin hanya berikan sedikit wang kepada mereka. Pergi ke hotel lain atau menempah bilik lain. Mungkin mereka tak berduit, jadi perlu menginap bersama kamu di dalam sebuah bilik. Ya Tuhan. Apa yang perlu seorang Guru buat? Kamu nak menjadi Guru tak? (Tidak.) Begitu banyak masalah, sudah pun manusia, sekarang ada hantu juga. Ada hantu lain? (Terima kasih, Guru.) Kamu dah habis? Baiklah. Beritahulah saya.
( Saya dari Nepal, Guru. ) Nepal. Selamat datang. ( Semua saudara seguru dan orang Nepal kasihi Guru. Salam kasih kepada Guru. Mereka kata semasa gempa bumi, banjir, Selamatkan Anjing, Selamatkan Lembu dan Sekolah Buluh, setiap kali Guru menghabiskan banyak wang untuk negara saya. Mereka semua ingat akan Guru. Terima kasih, Guru. ) Sama-sama. Kamu baik-baik saja? Keluargamu baik-baik saja? Orang Nepal sangat suci. Mereka hidup dengan mulia sekali. Orang yang sangat baik. Semua orang di negaramu adalah baik, kebanyakannya baik. ( Orang di negara saya ingat akan Guru setiap kali. Guru telah menghabiskan banyak wang untuk negara saya. ) Saya hanya bantu sikit untuk kecemasan. ( Mereka semua kasihi Guru. ) Saya tak dapat bantu semua orang, itu dah pasti. ( Terima kasih, Guru. ) Saya sentiasa rasa kesal dengan saya tak dapat bantu lebih banyak daripada itu. Saya sentiasa rasa apa-apa pun jumlah wang yang saya berikan sentiasa sangat sedikit. Saya tak pernah rasa puas. Tapi kadangkala saya tak dapat berikan lebih banyak atas sesuatu sebab tapi saya tak suka itu. Saya tak suka saya tak dapat berikan lebih banyak. Kamu balik dan beritahulah semua saudaramu bahawa saya menyampaikan kasih sayang saya. ( Mereka semua berterima kasih kpd Guru dan kasihi Guru. Seluruh keluarga saya kasihi Guru. ) Okey, terima kasih. Saya tahu itu. Terima kasih. Saudara di sana.
( Guru, saya ada suatu visi dalaman. Tadi Guru kata bahawa segalanya yang Guru beritahu kami adalah benar dan visi dalaman yang saya alami lagi banyak membuktikannya. Tak lama dahulu, saya ada kawan yang menyaksikan video tentang komplot Bumi leper. Saya berfikir, Guru saya tak pernah bercakap tentang Bumi adalah leper. Saya kata, “Suatu hari nanti, aku akan sendiri pergi meninjau.” Suatu kali selepas bermeditasi, seperti kadangkala roh keluar, dan kali itu saya masuki angkasa lepas dan meninjau. Bumi berbentuk bulat. Kemudian kepala saya terhantuk sesuatu. Kemudian apabila saya lihat, saya sangat terkejut kerana ia seperti suatu armada misil dan kapal angkasa, mengarah ke Bumi, banyaknya. Ia seperti babak daripada Star Wars. Ia di angkasa lepas dan tak berakhir. Ia berterusan. Kita ingat itu bintang tetapi itu misil yang sedia untuk menyerang Bumi. Apabila saya kembali, saya berfikir, “Ya Tuhan. Kita sentiasa dalam bahaya. Kita boleh diletupkan pada bila-bila saja.” Beberapa bulan selepas itu, Guru mengumumkan di Supreme Master TV bahawa kawalan galaksi telah dimusnahkan, dihancurkan. )
Ya, jika tidak, mereka boleh menimbulkan masalah untuk kita, lebih daripada hanya mengawal. Jika mereka tak dapat kawal dengan secukupnya, jika mereka tak sukanya, mereka musnahkannya saja. Kerana manusia, sesetengahnya boleh dikawal tetapi bukan semuanya boleh dikawal. Contohnya, mereka tak dapat mengawal saya dan mereka tak suka itu. Sekarang mereka tak dapat kawal begitu banyak, mereka tak suka itu. Mereka tak suka itu. Jadi boleh menyusahkan. Kerana kita tak berdaya di sini sebenarnya. Kita tak berdaya. Kita dikurung. Kita tak dapat keluar ke mana-mana pun dan kita tiada teknologi tinggi seperti mereka. Teknologi mereka jauh lebih tinggi daripada teknologi kita. Jadi mereka boleh buat apa-apa saja yang mereka mahu terhadap kita. Jadi kita lebih bebas sekarang. Sentiasa menjadi lebih bebas. Sentiasa semakin bebas. Saya memang gembira. Saya perlu buat lebih banyak. Saya memang suka buat lebih banyak untuk haiwan dan manusia yang alami begitu banyak penderitaan, kerana jika mereka menderita, saya menderita. Dah tentu bukan tahap yang sama, bukan dari segi fizikal, mungkin bukan dari segi mental tetapi saya tetap menderita kerana saya rasa macam saya ialah mereka. Begitulah. Seekor serangga kecil pun, apabila mereka alami sebarang jenis penderitaan, hati saya terasa sangat sedih. Saya kata, “Ya Tuhan, lihatlah, segalanya di sini ialah penderitaan. Engkau perlu bantu aku buat lebih banyak lagi, sesuatu, lebih banyak lagi.” Pada bila-bila saya nampak penderitaan, seolah-olah saya yang menderita. Seekor serangga kecil pun. Bagi kita mereka hanyalah serangga kecil, tapi itu nyawa mereka. Mereka ada nyawa itu saja.
Saya gembira dengan kita menjadi lebih baik, tapi terlalu lambat, terlalu lambat bagi saya. Tetap lebih baik drpd tiada apa-apa pun. Sepanjang eon-eon, abad-abad dan generasi-generasi ini, Bumi tak menjadi lebih baik. Jadi saya harap kali ini, dalam hayat saya yang singkat, saya dapat memperbaiknya dgn bantuan, sokongan dan hore kamu. Terima kasih. Dan kasih sayangmu. Jika kamu bermeditasi dengan baik dan berkelakuan baik, saya sangat bangga dengan kamu. Sesiapa yang datang ke sini hari ini atau minggu ini tetapi masih tak rasai kasih sayang saya atau banyak kemajuan, kamu perlu cuba dengan lebih bersungguh-sungguh. Kamu tak perlu kasihi saya. Hanya cuba dengan bersungguh-sungguh, kemudian kamu akan rasainya. Kamu akan rasai kasih sayang saya. Hubungan kita ialah hubungan penuh kasih sayang, 100%. Meskipun kamu tiada sebarang peratusan, saya ada 100%, jadi ada secukupnya. Ya, saya ada secukupnya untuk kamu.
Saya harap beberapa hari ini, visi dalaman yang baik, pengalaman hampir mati dan pengalaman neraka akan lebih banyak membuka hatimu sikit dan memperkukuh kepercayaanmu. Sebab itulah kita adakan suluk, supaya kita ada masa, boleh saling memberitahu sesuatu di depan Guru agar kamu tiada sebarang bahaya ego atau kehilangan keupayaan spiritual atau pahala kamu. Janganlah beritahu semua orang. Semasa kamu beritahu di depan saya, tak apa. Saya harap semua kisah ini membantu kamu memperkukuh kepercayaanmu dalam amalan spiritual supaya kamu dapat meningkat maju dgn lebih cepat. Kerana tak kira apa yang saya katakan kepada kamu, itu hanya kata-kata saja. Jika kamu sendiri tiada pengalaman itu atau sekurang-kurangnya jika kamu tak dengar itu daripada saudaramu, maka kamu mungkin tiada kepercayaan 100% kepada apa yang saya beritahu kamu. Tapi kamu akan capainya. Kamu akan capainya. Jika kamu masih belum, masih ketinggalan di belakang, tak menjadi hal. Kamu akan capainya. Setiap orang ada masanya sendiri untuk beramal dan meningkat maju, asalkan kamu cuba. Cubalah kekalkan kepercayaanmu. Seperti yang saya dah kata banyak kali, saya tiada sebab untuk bohongi kamu. Saya tak begitu ghairah mahukan jenis kerja ini.