Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pengalaman Spiritual Memperkukuh Kepercayaan Kita, Bahagian 5 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jika kita minum terlalu banyak arak, hisap dadah atau rokok, kuasa psikik ini akan hancur sepenuhnya. Kita tak boleh mendapatnya balik. Dan hayat seterusnya kita kembali, kita takkan adanya lagi.

Saya berfikir, sebelumnya saya juga berfikir macam itu. Kita tiada Krismas lagi, kemudian tak tahulah, orang suka akannya. Terasa istimewa seperti Krismas dengan sedikit lampu cantik dan makanan baik. Saya tak tahu apa yang nak dibuat paling baik. Sesetengah orang jatuh sakit dan saya tak rasa selesa. Saya tak rasa selesa apabila mereka sakit. Dan juga oleh sebab sejuk, mereka tak buat peredaran udara. Cuaca sejuk, jadi mereka tak buka pintu dan sebagainya juga. Kita tak dapat ada segalanya. Apa yang nak dibuat? Maka kamu boleh pergi ke India, cari guru agung, ada kuil besar. Atau pergi ke tokong Buddha, mereka ada tokong besar. (Tidak.) Atau gereja besar Kristian yang lain di mana-mana saja. (Tidak.) Pergilah bermeditasi di sana. Mengapa kamu datang ke sini? Saya tak mampu buat segalanya.

Saya boleh, tapi saya tak suka pinjam wang. Saya tak suka melabur untuk memperoleh lebih banyak wang. Saya cari wang dengan perlahan-lahan dan dengan usaha sendiri. Kamu juga boleh melabur dan ada jauh lebih banyak wang tapi saya tak suka kerana kadangkala wang yang datang adalah tidak bersih. Tidak bersih daripada bank. Mereka tak dapat sentiasa memeriksa wang datang dari mana. Sebab itulah saya tak melabur untuk mendapat lebih banyak wang. Saya boleh buat begitu tapi saya tak nak. Jika Gurumu tak mahu wang, apa lagi yang dia mahu di dunia ini? Saya tak tahu. Dia tak mahu suami, tak mahu anak, tak mahu wang. Apa yang dia mahu? Ada sesuatu yang tak kena dari sudut pandangan duniawi. Kita boleh melaburkan wang. Saya tahu semua itu. Cuma saya tak nak lakukannya dan takkan melakukannya. Jadi kita menahannya saja. Atau kamu pergi cari tokong besar, gereja kosong yang besar, duduk bermeditasi di sana, bersuluk sendirian, jangan datang ganggu saya. Saya perlu risau tentang banyak perkara. Atau kamu hidup lebih lama drpd saya, kemudian lepas saya meninggal, mereka akan bina tokong besar dalam sekelip mata. Dalam sekelip mata, tiada masalah.

Sikhisme, contohnya, Guru Nanak Ji, ketika masih hidup, Dia berjalan berkaki ayam di dalam hutan. Dia tak pergi minta sedekah pun. Dia makan beri dan sesuatu dalam perjalanan. Tapi sekarang Dia ada kuil keemasan, Amritsar. Kamu tunggulah dan lihat. Kamu hidup lebih lama daripada saya, kemudian kamu akan ada kuil keemasan, mungkin. Atau boleh ditingkatkan ke kuil berlian. Mana tahu? Ketika Buddha masih hidup, Dia hanya ada satu atau dua buah tempat yang ditawarkan oleh anak murid. Tapi sekarang Dia ada tokong di merata tempat apabila Dia tak perlukannya. Ketika Nabi Isa masih hidup, Dia ada beberapa pakaian sederhana saja dan berjalan berkaki ayam, tiada tempat untuk bersembunyi, malah tiada tempat untuk berehat. Tapi sekarang, lihatlah, gereja ada di mana-mana saja. Lebih besar drpd yang kamu bayangkan. Sesetengah gereja mengambil masa lebih 100 tahun untuk dibina dan masih berterusan. Jadi jika kamu merungut, maka hanya perlu hidup lebih lama daripada Gurumu, maka kamu akan ada tokong, gereja atau apa-apa saja yang kamu ada. Dah pasti. Dan mereka akan memuja kamu kerana kamu ialah anak murid senior.

Minta maaf. Tapi saya tak rasa nak mencari lebih banyak wang dan bina rumah. Menahanlah saja. Atau kita perlu adakan suluk dalam iklim yang lebih panas. Ini musim sejuk dan ada selesema pada musim ini. Saya memang suka bersuluk bersama kamu. Kelihatan macam kita menjadi lebih rapat. Walaupun kita sentiasa dekat dalam hati dan jiwa, namun apabila kamu datang ke sini, saya jumpa dengan kamu dan kamu gembira. Itu buat saya rasa sangat gembira juga. Walaupun saya bekerja lebih keras dan semua orang yang lain juga bekerja lebih keras, namun... Kakitangan dapur Taiwan (Formosa), kamu lebih suka tiada suluk kerana kamu perlu bekerja keras, serta pengawal dan sebagainya? Sesiapa tak suka suluk, angkat tangan. Tidak? Tiada? Baiklah. Kamu menang. Apa yg boleh saya buat? Saya satu orang saja Mana boleh saya menangi kamu? Saya memang ialah minoriti daripada semua minoriti. Saya sentiasa kalah. Saya malah kalah kpd anjing saya juga. Mereka ialah majoriti juga. Saya sentiasa ialah minoriti. Anjing saya sentiasa menang.

Salah seekor anjing saya bertambah kurus sikit. Tapi pada bila-bila ia nampak saya, ia sentiasa boleh mendapatkan lebih banyak daripada saya. Lebih banyak makanan, tulang vegan, kasih sayang, lebih banyak apa-apa saja sehingga ia masuk tidur. Maka saya tak perlu lihat matanya lagi, maka saya bebas. Anjing boleh masuk ke dalam hati dan otak kita. Mereka tahu apa yang diperlukan untuk mendapat apa yg mereka mahukan. Tapi mereka juga sangat berkompromi. Mereka sentiasa beritahu saya, “Jangan risau, tak apa.” Jika saya tak berjumpa dengan mereka, tak teruk sangat. Jika saya berjumpa dengan mereka, saya lebih menyayangi mereka. Saya tak tahu mengapa. Jika mereka berjauhan, bukan jauh tapi maksud saya di kawasan yang sama, hanya bahagian yang berlainan. Jika saya tak berjumpa dengan mereka, maka tiada dalam pandangan, tiada dalam fikiran. Saya tak benar-benar begitu rindui mereka. Tapi saya rasa bersimpati dengan mereka sekali-sekala, seperti sewaktu bersuluk saya boleh berjumpa dengan mereka sekali-sekala saja dan satu kumpulan kecil setiap kali. Kemudian jika saya nampak mereka, saya tak dapat mengawal diri, saya sangat menyayangi mereka. Jika saya tak nampak mereka, tak apa-apa. Lawak.

Baiklah. Saya juga akan beritahu kamu tentang sayuran, sekarang saya teringat, jadi saya tak perlu tunggu hingga esok kerana mungkin kamu ganggu saya sepanjang malam. Saya beritahu kamu bahawa kita perlu berterima kasih kepada segalanya yg kita makan. Malah dewa-dewi pokok, dewa-dewi tumbuhan, sayuran. Ia memang ada dewa-dewi. Ia memang ada dewa yang menjaganya, memastikan ia bertumbuh dengan baik, meminjamkan tenaga supaya ia boleh hidup dalam cuaca-cuaca yg berlainan, dan mungkin kekurangan air atau zat. Tapi dah tentu, ia memerlukan zat. Tapi tanpa dewa pelindung bantunya, ia takkan bertumbuh. Ia takkan bertumbuh dengan begitu baik atau tidak sama sekali.

Dalam kalangan mereka yang bekerja dekat dengan saya, contohnya pengawal di sini, pengawal, mereka bukan saja secara fizikal ialah pengawal. Mereka juga ada pekerjaan sendiri di alam dewa. Saya tak meninjau mereka semua tapi saya tahu sesetengah drpd mereka ialah dewa pelindung tembikai. dewa tembikai. Ada dewa nenas juga, malah dewa alfalfa. Ya! Saya tak bergurau. Hanya kerana suatu kali saya ada sesuatu yang berkaitan dengan mereka, jadi saya meninjau apa lagi yang boleh mereka buat, kemudian saya mendapati mereka ialah sesuatu jenis dewa juga seperti dewa tembikai atau... Tembikai pun ada banyak jenis. Salah seorang pengawal ialah dewa tembikai merah tetapi bukan tembikai kuning. (Oh!) Oleh itu, semasa dia berada di sini, saya makan tembikai kuning saja. Saya tak makan alfalfa.

Salah seorang pembantu saya yang menjaga anjing, dia dah pergi dari sini, tapi dia seorang dewa pelindung nenas. (Wau!) Kakitangan dapur terdengar khabar angin bahawa saya tak makan nenas, jadi dah sangat lama mereka tak berikan nenas kepada saya. Semalam atau kelmarin, saya makan malam bersama orang Âu Lạc (Vietnam) atau warga negara-negara lain dan mereka tak berikan jenis minuman buah segar itu kpd saya. Saya tanya, “Mengapa saya tiada itu?" Mereka beritahu saya, “Khabarnya Guru tak boleh makan nenas, jadi kami tak berikan.” Saya kata, “Bukan, sebelumnya. sekarang saya boleh.” Dan dah lama saya tak nampak alfalfa. Saya boleh makan sekarang. Itu waktu lain. Saya terlupa beritahu mereka.

Kadangkala ada dewa epal, contohnya. Kamu pernah dengar cerita epal yang buat puteri tidur selama seratus tahun? (Ya.) Ada sesetengah epal yang ada kesan sedatif sebegini. Tapi tak cukup untuk buat kita tidur. Mungkin bomoh itu memekatkan semua kuantiti sedatif banyak epal dalam satu periuk dan berikan kepada puteri utk diminum. Atau menyemburkannya ke dalam epal atau sesuatu. Ya, sesetengah bomoh boleh buat benda sebegini. Saya terbaca kisah di sesuatu tempat bahawa seorang ahli sihir tak perlu potong limau gedang untuk dimakan seperti kita. Dia hanya menghisap inti patinya sehingga tiada lagi, kemudian limau gedang itu menjadi leper, kering, tiada apa pun yg tertinggal. Jadi mungkin bomoh yang menidurkan puteri selama seratus tahun untuk membalas dendam, kejahatan sendiri itu barangkali memekatkan semua inti pati epal dalam satu epal utk diberikan kepadanya. Sama seperti menggunakan kuasa ajaib, segala kuasa jahat ini.

Kuasa itu sendiri tidak jahat, hanya orang yang gunakannya atau untuk tujuan yang berlainan. Kerana kadangkala doktor perlu gunakan ubat beracun untuk merawat kita tetapi dengan dos terkawal, berbeza dengan semasa kita makan semuanya, kemudian mati. Seperti orang hari ini, kadangkala doktor gunakan morfina untuk mengurangkan kesakitan, menenangkan kita, sesuatu macam itu. Tapi jika kita ambilnya setiap hari atau dengan dos yang tinggi, maka kita akan menjadi ketagih. Kemudian kita akan ada masalah dari segi fizikal, mental, emosi, psikologi, piskik dan sebagainya. Minum arak, merokok, hisap dadah, ia menghancurkan kuasa piskik kita yang kita sudah hilang terlalu banyak. Tapi sekurang-kurangnya kita masih ada intuisi. Itu sebahagian daripada kuasa piskik. Jika kita minum terlalu banyak arak, hisap dadah atau rokok, kuasa psikik ini akan hancur sepenuhnya. Kita tak boleh mendapatnya balik. Dan hayat seterusnya kita kembali, kita takkan adanya lagi. Bukanlah kita lahir semula, kelahiran semula yg baru, kemudian kita akan pulihkan apa-apa saja yang kita hilang seperti kuasa psikik. Tidak. Itu masalahnya. Banyak orang tak tahu itu. Sebab itulah apabila orang minuma arak, mereka menjadi mabuk atau sesuatu, atau dadah, mereka tak tahu apa-apa lagi, ada halusinasi dan sebagainya. Ini buruk untuk mereka. Kemudian mereka menjadi ketagih, kemudian tak dapat melepaskan diri pun.

Baiklah, kamu jagalah diri supaya tidak batuk. Jagalah diri. Mungkin minta penutup mulut atau sesuatu yang memanaskan kamu. Penutup mulut juga memanaskan udara semasa kamu tarik dan hembus nafas. Ia membantu semasa cuaca sejuk. Tapi beberapa hari ini cuaca baik, kemudian kita kata, “Cuaca begitu baik, seperti musim panas.” Kemudian ia menjadi sejuk. Saya rasa mereka dengar kata-kata saya. Hentikannya! Berhenti hujan dan sebagainya sehingga suluk berakhir. Saya tak tahu sama ada mereka dengar kata-kata saya. Saya kasihi kamu semua, memang. (Kami kasihi Guru.) Benar-benar kasihi kamu, dengan kasih sayang manusia juga, hati manusia juga, bukan kasih sayang spiritual saja. Saya sangat kasihi kamu seolah-olah kamu ialah ahli keluarga saya. Walaupun kita kata kamu ialah ahli keluarga saya, saya memang kasihi kamu macam itu, memang macam itu. Seperti kamu ialah kaum keluarga saya, saya tak dapat rasa cukup bersama kamu, sesuatu macam itu. Dah tentu, kasih sayang spiritual tahan lebih lama. Jenis kasih sayang itu, kasih sayang manusia saya ada juga tetapi ia takkan tahan lama. Ia wujud hanya selama badan ini wujud. Tetapi kasih sayang spiritual tahan lebih lama dan lebih selamat, terjamin. (Guru, terima kasih.)

Terima kasih kerana datang. Terima kasih atas kasih sayangmu yang saya sangat banyak rasai. Saya sentiasa rasa senang bersama kamu, orang Eropah. Saya tak kelihatan macam orang Eropah tetapi rasa seronok bersama kamu. Saya tak tahu mengapa. Saya rasa kamu orang yang bersahaja, tidak rumit. Kamu tak katakan apa yang kamu tak maksudkan. Kamu sentiasa katakan apa yang kamu maksudkan. Saya suka jenis mentaliti terus terang ini. Dan sangat lurus, jujur juga. Itu apa yang saya suka. Mungkin itu sebabnya. Kamu tak membawa kerumitan dalam dirimu, majoriti orang Eropah. Terima kasih. (Terima kasih, Guru.) Kasihi kamu. (Terima kasih.) Amitabha. Semua komrad baik? Ya. Semoga tidur nyenyak! (Ya.) Kereta saya ada di sini. (Ya, Guru.) Sangat bagus. Saya perlu pergi bekerja semula sekarang, banyak kerja. Mari kita pergi bekerja semula sekarang. Terima kasih, semua. Terima kasih. Terima kasih banyak-banyak.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/5)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android