Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya sentiasa melencong dan bercakap tentang subjek lain sebaliknya. Subjek penting yang saya nak beritahu anda adalah mengamalkan sebarang kaedah yang lain adalah begitu susah dan mengambil sangat banyak masa, tidak seperti Kaedah Quan Yin. Kaedah Quan Yin ialah satu-satunya kaedah yang berikan makrifat langsung – makrifat semerta dan hubungan langsung dengan Syurga, Guru dan Buddha di Alam-alam yang berlainan utk bantu anda, menaikkan anda dan membimbing anda pulang ke Rumah.Saya bekerja bersama Mereka semua. Kadangkala Buddha-buddha juga gunakan badan fizikal saya untuk menyebarkan lebih banyak Berkat ke dunia. Jadi kadangkala jika anda ada pencapaian spiritual yang baik, anda dapat lihat Buddha terbang keluar dari badan fizikal saya. Di alam dalaman, di dalam Pusat Kebijaksanaan anda, anda nampak itu. Bukan kerana saya ada banyak Buddha. Cuma kerana kami bekerja bersama, dan Buddha-buddha boleh gunakan satu rumah ibadat untuk banyak Buddha.Tetapi bukan semua Buddha dilahirkan dengan alu-aluan yang begitu besar oleh begitu banyak Buddha, Santo dan Orang Suci dan semuanya yang lain. Anda tak pernah baca kejadian macam itu di mana-mana pun dalam Kitab tentang Kelahiran Buddha, Santo dan Orang Suci lain. Jadi rumah ibadat Badan ini sangat berharga. Kita perlukannya untuk waktu khusus pergolakan dan perubahan besar hampir tiba ini!! Sebab itulah apabila badan ini dilahirkan, sangat banyak Buddha datang, sebanyak mungkin dalam tempoh kebenaran selama dua hari.Apabila badan turun ke sini untuk menjadi Buddha masa depan, kita perlu ada banyak peraturan untuk diikut. Kita tak boleh ada pelawat pada bila-bila saja terutama sewaktu kita baru dilahirkan. Tetapi kesucian terbesar pada masa itu adalah apabila kita baru dilahirkan, lebih senang untuk semua Buddha datang memberikan sebahagian daripada Inti Pati Buddha Mereka ke dalam badan bayi fizikal itu supaya pada masa depan apabila bayi itu dah besar, Dia boleh miliki jauh lebih banyak Kuasa daripada hanya satu Buddha saja kerana sebahagian daripada Inti Pati Buddha masih ditinggalkan di dalam badan ini ketika badan ini masih bayi. Jika tidak, satu Buddha tak dapat buat banyak. Boleh juga tetapi terlalu sibuk dan letih. Jadi banyak Buddha membantu bersama. Orang kata banyak tangan buat kerja menjadi ringan. Macam itulah. Tetapi badan ini tetap perlu banyak menderita. Bukan badan saja – mental, emosi, psikologi juga, segala-galanya. Begitu banyak Buddha tetap tak dapat mengatasi dunia gelap yang dikawal dan diperintah oleh maya, kuasa ilusi ini. Itu masalahnya.Saya nak beritahu anda bahawa beramal sebagai pengamal Quan Yin biasa pun, anda tidak alami banyak kesusahan seperti banyak kaedah yang lain. Saya akan beritahu anda sekejap lagi apa jenis dan caranya. Anda hanya bermeditasi dua jam setengah sehari. Anda tak perlu buat apa-apa pun. Jika anda keluar dan bantu menasihati orang tentang diet vegan bagi membuat mereka memikirkan semula kehidupan mereka, tentang membunuh makhluk lain atau pembunuhan tak langsung untuk makan makhluk lain, maka itu pilihan anda, pilihan sukarela anda. Saya tak minta anda buat apa-apa pun. Mungkin saya berkata begitu. Saya akan kata, “Okey, mari kita keluar dan bantu orang.” Itu daripada kasih sayang, rasa sedih untuk mereka kerana jika kita tak bantu mereka sekarang, jika mereka mati, habislah. Mereka takkan berpeluang lagi.Kali ini, tempoh masa ini ialah apa yang mereka panggil ‘Akhir Zaman’. Sesiapa yang tidak amalkan kebaikan akan disingkirkan daripada hidup selama bereon-eon hayat. Jika anda boleh menjadi pokok atau batu, itu dah sangat bertuah. Tidak, anda tak dibenarkan untuk menjadi apa-apa pun. Anda menjadi macam dibuang negeri, ditamatkan hidup. Hidup dirampas daripada anda. Hingga bereon-eon kemudian, mungkin anda boleh mendapat peluang lagi. Tetapi ini sesuatu yang begitu abstrak, jadi kita tak perlu terlalu banyak bercakap tentang itu sekarang. Ini cuma tempoh Bumi kita yang berlainan.Hukum menjadi macam itu, terlalu ketat, kerana kita buat pertumpahan darah daripada hidup kita, daripada planet ini. Jadi Syurga tak boleh tahan lagi. Terlalu byk hutang, tak dapat dibersihkan jadi Mereka nak musnahkan semuanya dan buatnya jadi yang baharu. Jadi jika anda bertuah dan jalankan amalan spiritual, anda akan masih hidup apabila pembaharuan datang.Tolonglah cepat. Saya dapat bantu anda dgn banyak cara. Hanya menjadi vegan, bertaubat. Bersyukur kepada Tuhan, berterima kasih kepada semua Guru. Itu saja yang perlu anda buat. Berterima kasih, hargai Mereka, memohon ampun kepada Mereka. Menjadi vegan, bertaubat. Memuji Tuhan dan Guru. Memohon ampun. Itu saja, tidak susah.Saya tidak minta wang, sokongan atau apa-apa pun daripada anda. Semua orang yang bekerja untuk Supreme Master TV ialah sukarelawan yang gembira. Mereka rasa bangga melakukannya kerana mereka tiada banyak peluang. Mereka dapat lakukannya satu atau dua kali saja kerana kita perlu berikan peluang kepada orang lain yang mampu untuk menjadi juruacara di Supreme Master TV kita. Bukanlah semua orang yang memohon boleh menjadi juruacara atau berada dalam pasukan kerja pun. Kita perlu lihat kualitinya juga. Kadangkala kita tiada orang suci yang mencukupi. Kemudian kita perlu gunakan orang hampir suci tetapi tidak buruk, bukan pembohong, tidak bercakap besar bahawa mereka ialah Buddha atau Guruji padahal mereka bukan apa-apa pun – mereka hanyalah hantu ghairah, syaitan atau berperingkat rendah, maksimum berperingkat rendah. Itu saja. Sebab itulah ego muncul.Apabila ego sangat tinggi, ini bermakna peringkat sangat rendah – semasa Syurga tidak beritahu anda supaya menjadi Guru tetapi anda keluar dan sendiri umumkannya hanya untuk kemasyhuran dan untung, kemudian malah menyalahgunakan kuasa untuk memudaratkan orang lain, memperkosa perempuan dan lelaki. Sesetengah kononnya Guruji adalah biseksual. Anda tahu siapa yang saya katakan. Dia beristeri, kemudian memperkosa biksuni, lelaki muda, malah biksu. Anda tahu siapa yang saya katakan, Ruma itu – malah ‘Guruji’. Ya Tuhan! Siapa berikan gelaran ini kepada dia? Itu pasti syaitan yang memperdaya dia. Tetapi dia sendiri ialah syaitan, jadi tiada apa-apa yang nak dikatakan.Ada sebuah jenaka yang lucu. Saya dah lupa namanya. Dia seorang peramal. Saya rasa orang Jepun, terkenal juga. Saya dah lupa namanya! Dia dapat meramalkan kejadian, dapat lihat menembusi hati orang, dapat baca fikiran orang dan sebagainya, dapat lihat masa depan mereka dan dapat membaui kematian. Itu apa yang dikatakan. Jadi jika seseorang dah hampir mati, dia dah dapat membauinya sebelum mereka mati. Orang lain dapat juga, bukan dia saja, tetapi tiada banyak orang yang dapat buat begitu. Dia sentiasa tepat. Jika pesakit datang dan minta dia beritahu sama ada dia akan hidup atau tidak, jika dia kata dia dah membaui kematian, maka orang itu takkan hidup. Dia sentiasa tepat.Dia sering beritahu orang, kadangkala secara sukarela, supaya mereka dapat bersedia atau buat sesuatu, mungkin mereka dapat mengubah hukuman mati mereka. Pada suatu hari, dia masuki kedai buku. Dia beratur untuk membeli buku dan membaui kematian. Jadi dia beritahu seorang lelaki dalam barisan yang sama, “Tahulah, saya membaui kematian pada kamu. Lebih baik kamu pulang sekarang dan pergi jumpa doktor. Mungkin kamu boleh sembuhkan diri, dapatkan ubat atau sesuatu.” Dia asyik mengatakan itu. Orang itu dengar dan berkata, “Oh, tak apa! Tidak, tidak. Tak mengapa.” Dia menegaskan dia akan tetap berada di sana, menguruskan halnya. Biasanya peramal ini tak nak beritahu orang yang tak dikenali macam itu di jalanan, tetapi dia di sebelahnya saja, rasa bersimpati, jadi beritahu dia. Dia beritahunya sekali lagi. Kemudian lelaki itu masih tak nak pergi ke mana-mana pun. Dia hanya kata, “Tidak, tak mengapa, saya akan berada di sini. Tak apa-apa. Jangan risau.”Buat kali terakhir, peramal itu beritahu dia, “Biasanya saya tidak lakukan ini dgn orang yg tak dikenali, tapi tolonglah, saya rasa bersimpati dengan kamu. Pulanglah ke rumah, segera pergi jumpa doktor. Jangan berada di sini, kamu akan mati.” Jadi itu kali terakhir. Lelaki itu memandang matanya dan berkata, “Jangan risau. Saya dah pun mati, jadi tiada apa-apa yang boleh berlaku.” Dia orang mati. Dia bercakap dengan hantu. Bayangkan itu. Kerana dia dapat lihat hantu. Dia dapat lihat makhluk halus.Sesetengah hantu dapat menjelmakan diri menjadi manusia dan banyak manusia di planet ini juga merupakan jelmaan hantu atau syaitan, atau dirasuk hantu dan syaitan. Saya dah beritahu anda sebelumnya, 40 lebih peratus. Sesetengahnya dari luar dunia kita juga. Mereka tak sentiasanya manusia dari planet ini.Saya rasa itu sangat lucu. Lelaki itu jawabnya, “Saya dah pun mati. Jangan risau.” Akhirnya dia perlu bercakap benar, kerana jika tidak, peramal itu akan terus mendesak dia supaya pulang untuk jumpa doktor. Jadi akhirnya dia terpaksa berkata, “Jangan ganggu saya. Saya dah pun mati. Jangan risau.”Photo Caption: TELAH DIPANGKAS, TETAP DAPAT CAPAI LANGIT DENGAN SAYAP SAKTI!