Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 16/19

2024-09-16
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mereka kata Buddha pun makan kaki orang-khinzir. Baginda tak pernah buat begitu. Tidak. Baginda malah berkata sesiapa yang makan daging orang-haiwan bukan anak murid-Nya. Anda semua tahu akan itu, tetapi hari ini, orang tak pedulikan itu. Pada mulanya, Buddha benarkannya kerana sesetengah orang baru masuk dan tak tahu apa-apa pun, jadi Buddha berkata, “Jika kamu perlu makan daging orang-haiwan, maka kamu makan jenis daging kurang karma, daging tanpa karma ini, seperti yang sudah mati di jalanan atau mati secara semula jadi, atau seseorang bunuh mereka tetapi bukan untuk kamu secara peribadi dan kamu tak terdengar raungan orang-haiwan itu apabila mereka dibunuh.” Tetapi ini hanya pada mulanya. […]

Kerana pada masa itu, Buddha hanya tinggal di bawah pokok, di dalam pokok – sesetengah pokok ada lubang. Pokok besar seperti pokok bodhi, badan pokok itu boleh menjadi seperti rumah atau lagi besar, dan ada lubang pada pokok itu dekat akarnya apabila ia berpisah dalam proses pertumbuhan, maka Buddha duduk di dalam salah satu lubang itu, seperti banyak pendeta pada masa dahulu Sekrg sesetengahnya masih buat begitu, duduk di dalam gua atau sesuatu. Jadi orang datang berjumpa dengan Buddha. Mereka tak faham bahawa mereka perlu menjadi vegan atau apa-apa, jadi perlu pergi ke pasar untuk beli makanan, makan dan kembali semula untuk berjumpa dengan Buddha lepas itu. Buddha tiada rumah, tiada dapur, apa-apa pun. Baginda pergi minta sedekah. Jadi orang baharu ini, pendeta yang baru datang pun, datang dan pergi, datang dan pergi makan.

Jika Buddha tahu bahawa mereka makan daging orang-haiwan – mereka terpaksa, kerana mereka tak tahu apa itu vegetarian, tak tahu apa itu vegan, tak tahu di mana nak beli; terpaksa makan daging orang-haiwan – maka Buddha perlu berlembut dan menasihati mereka, “Jika kamu terpaksa, maka makan daging jenis ini, jenis itu. Jika tidak, karmanya terlalu berat bagi kamu.” Jadi itu bagaimana mereka lakukannya. Tetapi lepas itu, Buddha berkata, “Kamu dah besar. Kamu dah tahu akan Kebenaran, Dharma. Jadi kamu jangan makan daging lagi. Sesiapa yang makan daging bukan anak murid saya. Jadi sekarang anda tahu.

Kemudian lepas itu Buddha ada ashram, bilik untuk Baginda. Mereka panggilnya “bilik wangi”. Itu untuk Buddha dan ada banyak bilik yang lain untuk biksu, tetapi kadangkala tak cukup kerana sesetengah biksu yang lain pulang, biksu tua atau biksu yang melawat daripada mazhab lain, dan tak cukup bilik. Maka Rāhula pun, anak Buddha, terpaksa pergi tidur di kawasan tandas. Itu bagaimana Buddha melatih Baginda utk menjadi rendah diri, akur saja dalam sebarang situasi. Anak Buddha pun. Seorang putera juga – Baginda seorang putera, dah tentu… tetapi perlu pergi tidur di kawasan tandas.

Ada kitab yang merekodkan semua itu daripada Biksu Agung Ānanda. Kita perlu berterima kasih kpd Beliau, dah tentu, atas banyak kitab. Kita perlu berterima kasih kepada banyak biksu yang lain di bawah sayap pelindung Buddha yang merekodkan semua kisah sebenar dan ajaran Dharma sebenar daripada Buddha ini untuk kita. Banyak kitab telah hilang atau musnah. Dah tentu, selepas Nirvana Buddha, banyak biksu berkumpul, menghimpunkan semua kisah dan ajaran Buddha serta mengumpulkannya mengikut kategori. Banyak orang nak belajar juga, jadi mereka datang membuat salinan, tetapi selepas Muslim dan penceroboh lain datang, dah tentu, mereka bunuh biksu, musnahkan tokong dan bakar sangat banyak kitab.

Tetapi sesetengahnya masih tertinggal kerana sesetengah orang bawanya ke negara lain atau kawasan lain di mana ia tidak dicerobohi. Itu bagaimana kita masih ada banyak kitab hari ini untuk dikaji dan tahu apa itu ajaran Buddha, mengikut dan cuba menjadi baik, anak murid Buddha yang mulia. Bukan seluruh bungkusan, seluruh ajaran Buddha datang ke satu negara pada masa itu kerana sesetengah biksu perlu lari dan bawa apa-apa saja yang boleh bersama bagi bersembunyi untuk nyawa mereka dan melindungi kitab.

Jadi sesetengah negara ada jauh lebih banyak kitab daripada negara lain dan sesetengahnya ada kitab yang berbeza dengan negara lain. Jadi sesetengahnya amalkan… mereka panggilnya Mahayana. Mereka mengikut ajaran kitab utama yang ditinggalkan, seperti dari India, kemudian Xuanzang – seorang Guru agung yang pergi ke India dan bawa sesetengahnya pulang, atau menterjemah di sana dan bawa balik ke China. Kemudian dari sana, ia tersebar ke banyak negara yang lain,

tetapi ada sesetengahnya yang pergi ke negara-negara lain juga kerana biksu pergi ke tempat yg mereka boleh, atau ke negara asal mereka sebelum datang mengambil kitab daripada biksu lain di India, contohnya. Oleh itu, apa-apa yang mereka dapat ialah apa yang mereka dapat dan beramal mengikutnya. Jadi sesetengah mazhab biksu mengikut ajaran pertama Buddha. Sebab itulah mereka panggilnya ajaran ‘asal’ Buddha. Di dalamnya Buddha masih benarkan sesetengah drpd mereka makan daging orang-haiwan, tiga jenis… mereka panggilnya “daging bersih”. Seperti yg saya dah beritahu anda tadi – orang-haiwan yg mati secara semula jadi, tiada sesiapa yang bunuh mereka. Atau jika kita perlu makan daging orang-haiwan – jika orang-haiwan itu bukan dibunuh khas untuk kita secara peribadi, maka kita boleh makannya. Tapi dah tentu, mereka lafazkan banyak mantera, banyak pembersihan yang Buddha ajarkan kepada mereka, dan mereka sudah tahu dalam hati bahawa tak sepatutnya begitu tetapi buat sementara waktu melakukannya ketika masih belajar.

Pada zaman dahulu, barangkali bukan senang untuk pergi beli makanan vegan untuk mereka yang datang dari negara lain, wilayah lain atau daerah lain yang tidak biasa dengan kehidupan dan cara di pekan atau kota di mana Buddha berada. Jadi mereka kata makan apa-apa saja yang boleh, makan apa-apa saja yang orang berikan kepada mereka buat sementara waktu sehingga mereka ada tempat inap dan belajar dengan Buddha, atau tinggal di sana, kemudian mereka akan mengetahui segalanya. Jadi itu keizinan Buddha asal yang pertama. Jadi orang, contohnya, dari negara lain yang dekat dengan India pada masa itu seperti Burma, Kemboja, Thailand mungkin mendapat kitab itu dulu dan kitab daripada biksu tua dari India. Mereka bawanya pulang dan tiada masa untuk bawa kitab lain, atau ia tak boleh didapati di tempat mereka di sana. Jadi mereka bawa apa-apa saja yang boleh. Pada zaman dahulu, kita tiada pesawat, tiada kapal pesiar yang besar, tiada kereta atau trak untuk membawa banyak barang. Jadi bayangkan, hanya beberapa biksu… mungkin mereka boleh sewa kereta lembu atau sesuatu tetapi bukan semua tempat ada. Jadi mereka perlu pertimbangkan mereka perlu membawa kitab sendirian di jalanan, di kawasan yang tiada kereta, bas, apa-apa pun.

Seperti di pergunungan Himalaya yang saya daki, di banyak kawasan, saya hanya berjalan kaki sepanjang masa. Hanya satu kali saya menaiki bas kerana kami sudah dekat dengan bandar dan bas itu ada di sana. Seseorang sewa bas itu dan mereka benarkan saya pergi bersama mrk Itu saja. Itu satu-satunya kali di pergunungan Himalaya. Dah tentu, lepas itu, apabila saya turun ke bandar untuk pulang, ada kereta kuda dan sebagainya.

Tetapi di pergunungan Himalaya, tempat saya berjalan – tiada apa-apa pun. Hanya berjalan kaki setiap hari, dan kasut saya basah kuyup, kaki saya bengkak. Saya hanya ada dua helai pakaian jenis Punjabi – seluar, dah tentu, dan tunik panjang yang menutup badan kita hingga ke lutut atau ke bawah lutut, jadi lebih sopan untuk dipakai oleh orang. Lelaki dan wanita memakai itu pada zaman dahulu. Tetapi tiada kereta. Saya sentiasa memakai pakaian basah, kasut basah dan kaki bengkak tetapi saya jatuh cinta pada Tuhan. Saya tak takut akan apa-apa pun. Saya tak pedulikan apa-apa pun. Saya tak banyak berfikir tentang apa-apa pun. Saya tak pernah berfikir, membanding atau mahu yang lebih baik – tiada apa pun.

Saya tiada wang yang banyak juga. Ia perlu bertahan lama, jadi saya tak mampu mengupah sesiapa pun untuk mengangkat bagasi. Jadi saya bawa pakaian saya. Sehelai pullover – saya berfikir mungkin saya perlukan kerana itu saja yang saya ada – dan satu lagi helai pakaian Punjabi seperti pijama di dalam beg tidur untuk melindunginya daripada hujan. Dan satu helai yang saya pakai, itu saja. Saya tak mampu miliki apa-apa lagi. Dan pinggan untuk memasak capati dan buat teh pada masa yang sama. Satu cawan aluminium kecil dan sebatang sudu, saya juga terpaksa jual kemudiannya. Segalanya terlalu berat apabila kita mendaki ke kawasan yang lebih tinggi di Himalaya. Saya tak pernah perlu memakai pullover itu kerana saya asyik berjalan dan sentiasa panas walaupun saya basah. Tuhan melindungi saya – di mana-mana sepatutnya kering, ia kering. Hanya kaki saja yang basah kerana ia sentiasa berjalan di kawasan basah. Apabila salji mencair, keadaan kotor dan berlumpur juga, dan sentiasa basah tetapi saya tak dapat buat apa-apa dengannya. Saya hanya ada sepasang kasut sukan itu saja, dan saya tiada sarung kaki lepas itu.

Saya tiada dua pasang sarung kaki pun. Saya perlu cuci dan pakainya tetapi ia tak pernah menjadi kering kerana saya tak cukup duit untuk sewa tempat di tepi api yang disediakan oleh orang di kawasan ziarah. Kita perlu segera pergi ke rumah perlindungan sebegini kerana jika tidak, kita akan ditinggalkan dalam kegelapan, di jalanan, di dalam hutan atau di gunung. Di pergunungan Himalaya, kita tiada orang yang boleh kita tanya, tiada jiran, apa-apa pun, hanya rumah lumpur sederhana yang dibina oleh mereka di sana sini, jauh di antaranya, untuk penziarah kalau-kalau mereka perlukannya. Semua penziarah berduit. Mereka bayar. Saya hanya berdiri di belakang mereka dan letak sarung kaki di udara – di belakang kumpulan orang yang berdiri – bukan betul-betul di depan api.

Tetapi saya tak pernah rasa tidak senang, sejuk atau apa-apa. Jika ia kering, saya memakainya; jika ia basah, saya memakainya, kerana pada keesokan paginya, kita perlu tinggalkan sana. Kita tak boleh berada di rumah itu berseorangan. Kita tak dibenarkan juga. Kita pergi dan kumpulan lain akan datang. Saya tak tahu banyak tentang apa-apa. Jika orang pergi, saya pergi saja. Kadangkala saya perlu berjalan berseorangan kerana mereka mengikut jalan yang berlainan dan berjalan dengan begitu pantas. Saya berseorangan dgn batang kayu saja dan beg tidur menjadi semakin berat kerana hujan membasahinya. Jalannya susah juga dan saya mendaki ke atas, tetapi saya gembira. Saya tak terlalu banyak berfikir tentang apa-apa.

Photo Caption: Menari untuk Matahari dengan Rasa Terima Kasih

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (16/19)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android