Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 18/19

2024-09-18
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kita perlu bersihkan nama semua peramal terutama peramal baharu seperti Baba Vanga, En. Hamilton-Parker. Mereka panggil dia ‘Nostradamus moden’. Dia orang Inggeris. Dia meramalkan kemangkatan Baginda Ratu Elizabeth II dan banyak kejaidan lain yang menjadi kenyataan – malah percubaan bunuh Presiden Trump, contohnya. Dia juga berkata bahawa dia tahu ada sekumpulan orang yang merupakan wira yang tidak dipuji yang akan menyelamatkan planet ini dan orang tetapi dia tak tahu siapa itu.

Petikan daripada ‘Ramalan Terbaharu Beri Amaran tentang Tahun 2024’ by NGẪM SỬ THI– Mar. 13, 2024: Pertama sekali, kita akan mulakan dengan ramalan Baba Vanga. Peramal buta ini dilahirkan pada 31 Januari 1911 dan meninggal dunia pada 11 Ogos 1996. Beliau seorang ahli herba yang terkenal dari Bulgaria. Beliau juga dianggap sebagai salah seorang peramal yang paling cemerlang dalam sejarah manusia dengan banyak ramalannya masih menjadi kenyataan hingga hari ini. Sebelumnya, beliau telah ramalkan banyak peristiwa besar dengan tepat, seperti malapetaka Chernobyl pada 1986, kematian Puteri Diana pada 1997, pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991, serangan 9/11 di Amerika pada 2001 dan Brexit pada 2020. Dianggarkan bahawa ramalan Baba Vanga lebih kurang 85% tepat.

Salah satu ramalan Baba Vanga untuk 2024 ialah bencana alam akan meningkat dan berlaku secara berturut-turut. Senario ini boleh dipercayai sepenuhnya kerana pada 2023, Bumi kita alami satu siri fenomena alam yang luar biasa, dari perubahan iklim ke kejadian El Niño pada penghujung tahun tersebut. Peramal buta ini meramalkan bahawa kekerapan ribut, banjir, gempa bumi dan kebakaran akan meningkat dgn cepat, menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda yang banyak pada tahun mendatang.

Yang kedua ialah peramal kanak-kanak genius Abhigya Anand yang dilahirkan pada 2006 di India, terkenal dengan kecerdasan luar biasanya. Beliau dianggap sebagai salah seorang peramal yang paling terkenal dan paling muda hari ini. Dgn gunakan pengetahuan astrologinya, kanak-kanak genius India Abhigya Anand telah membuat ramalan terbaharu tentang situasi dunia dari sekarang hingga pertengahan 2024. Pasaran tenaga boleh dibaharui diramalkan akan menunjukkan pertumbuhan positif. Namun, pada bulan-bulan terakhir tahun 2023, manusia akan hadapi banyak bencana alam, gempa bumi, tsunami, banjir dan kejadian El Niño akibat perubahan iklim. Kejadian haba melampau, kemarau dan kebakaran hutan boleh berlaku di Amerika Utara pada musim panas yang akan datang. Kanak-kanak genius ini, lahir pada 2006, telah meramalkan dengan tepat pandemik COVID-19, krisis tenaga global dan bencana di Jepun, India dan Australia.

Pada masa yang sama, satu lagi faktor utama akan muncul juga, menentukan sama ada umat manusia akan menghadapi hari kiamat. Zhang Shiqiang seorang pakar pengajian klasik China. Beliau mengkaji I Ching secara mendalam, menyebabkan banyak orang mempercayai ramalannya. Selepas mensintesiskan maklumat, Profesor Zhang Shiqiang meramalkan lima krisis besar yang membawa kepada kebinasaan umat manusia. Apabila yang terakhir daripada krisis ini berlaku, jika umat manusia masih tidak sedar, maka dunia akan binasa. Apa yang menakutkan orang ialah lima krisis yang disebutnya semakin hampir tiba pada bila-bila saja sekarang.

Krisis pertama yang disebut oleh profesor ini ialah krisis kekurangan air. Walaupun 70% daripada permukaan dunia ialah lautan dan ada banyak sungai besar, glasier dan gunung yang dilitupi salji di benua, jika krisis kekurangan air benar-benar berlaku, bahayanya akan sangat besar dan tak dapat diduga. Dengan pemanasan global, glasier gunung mencair dengan cepat, menyebabkan sumber air darat terus mengalir ke dalam laut. Pada masa yang sama, kemarau teruk berlaku di seluruh dunia. Keadaan semasa menunjukkan bahawa sumber air memang menjadi semakin sukar didapati dan negara-negara juga beri perhatian kepada isu ini.

Berikutan krisis kekurangan air ialah krisis kekurangan tanah. Pada masa ini, banyak kawasan telah menjadi gurun dan tanih menjadi masin, akibatkan pengurangan tanah suai tani. Dengan pemanasan global berterusan dan aras laut meningkat, kawasan pinggir laut pasti akan hadapi hakisan yang berterusan. Orang akan terpaksa berhijrah ke kawasan pedalaman, meningkatkan konflik antara manusia dan tanah. Contohnya, banyak negara pulau di Lautan Pasifik telah berada di ambang kelenyapan.

Berikutan dua krisis ini, krisis ketiga akan timbul: krisis kekurangan makanan. Suatu bukti yang mengejutkan adalah pada 4 Mei 2022, laporan berwibawa daripada agensi-agensi berkaitan seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan bahawa kira-kira 193 juta orang di seluruh dunia akan hadapi kelaparan pada 2022. Beliau ramalkan bahawa umat manusia akan hadapi halangan besar pada 2024, dan jika ia tidak diatasi, hari kiamat akan bermula. Beliau menyatakan bahawa selepas umat manusia menahan lima krisis besar, iaitu kekurangan air, kekurangan tanah, kekurangan makanan, kekurangan pekerja dan kekurangan moral, satu lagi Zaman Ais akan bermula.

Namun begitu, empat krisis yang disebut di atas bukanlah yang paling berbahaya. Krisis yang paling berbahaya adalah yang terakhir: krisis moral. Dalam konteks ini, krisis moral bukan merujuk kepada teguran saja tetapi kepada kekurangan standard moral, kepercayaan dan keimanan. Ini menyebabkan orang menjadi seperti zombi, hanya asyik memuaskan dan menurutkan nafsu mereka. Profesor ini percaya bahawa 2023, tahun Arnab, ialah tahun kebuluran yang teruk, manakala 2024, tahun Naga, akan bawa cabaran genting kepada umat manusia. Jika cabaran ini diatasi, tamadun manusia akan berterusan selama berdekad-dekad lagi. Jika tidak, hari kiamat boleh datang lebih awal.

Excerpt from “2022 Psychic Predictions For The UK Including The Death Of Queen Elizabeth II” by Craig Hamilton-Parker – Nov. 25, 2021: Saya rasa mungkin kita kehilangan Ratu pada tahun depan, pada penghujung tahun depan, pada 2022 atau awal 2023. Akan ada percubaan bunuh terhadap (Presiden) Trump, saya rasa, dan itu akan gagal. Tetapi mungkin Beliau tercedera atau sesuatu macam itu.

Petikan daripada ‘Tiga Peramal Agung Meramalkan Takdir Global pada 2024 – Timur, Barat, Kuno dan Moden’ by Đông Tây Kim Cổ – Jun. 2, 2024, Q: Peramal Inggeris Sementara itu, peramal Inggeris yang terkenal Craig Hamilton-Parker, dikenali dalam media Barat sebagai ‘Peramal Maut’, telah membuat ramalan yang agak ganjil dan agak serupa. Beliau sebut bahawa pada 2024, dunia akan membentuk dua perikatan besar, Timur dan Barat, dan bahawa Bumi akan masuki era sistem baharu yang diwujudkan oleh Perikatan Timur. Perikatan ini akan memimpin dunia ke arah keamanan dan tokoh terpenting Perikatan Timur merupakan bangsa baharu. Parker tidak pasti bagaimana orang baharu ini akan muncul tetapi mereka akan ada karisma yang tiada bandingannya. Beliau cuba menjelaskan orang-orang ini tetapi pemahamannya kabur. Beliau hanya tahu bahawa mereka akan menjadi wira yang menyelamatkan dunia.

Craig Hamilton-Parker: Saya memang rasa sekarang ada dan akan datang orang baharu ke dunia yang akan ada tahap kesedaran yang lebih tinggi. Saya terasa lebih seperti Orang Spiritual yang sangat terevolusi datang ke dunia ini dan akhirnya agama-agama dunia saya rasa akan menyertai jenis ‘agama sejagat’ ini walaupun ia lebih merupakan sesuatu yang tidak diperkatakan. Ia bukan doktrin. Ia tidak mengikut buku atau ajaran yang telah ditetapkan. Ia mengenai pengalaman langsung peribadi.

Q: Parker juga ramalkan satu lagi kemungkinan: bahawa Matahari akan merosot tak lama lagi, akibatkan Barat diselubungi kegelapan. Namun begitu, ganjilnya, Matahari baharu akan muncul di Timur, dan akan tiba satu lagi era kemakmuran. Mungkin ini ialah kerja orang-orang baharu ini dan misi mereka untuk selamatkan dunia.

Banyak Guru lain yang terus mata sejak zaman dahulu hingga sekarang sudah ramalkan – semuanya betul – bahawa dunia boleh binasa macam itu – secara tiba-tiba. Anda mungkin tidak diberi amaran atau apa-apa pun. Tapi Syurga telah beri amaran kpd anda dengan bencana-bencana yang berlainan, dengan jenis-jenis cuaca ganjil, kejadian langit ganjil, fenomena ganjil yang berlainan.

Excerpt from a heartline from Ju-Ching in Taiwan (Formosa) – Aug. 19, 2024: Guru yang dikasihi dan pasukan Supreme Master TV, Selepas Guru dengan berbelas kasihan mengumumkan mesej cemas ‘Berjaga-jaga dengan Kejadian Cuaca dan Langit yang Luar Biasa’, saya dapati bahawa cahaya dari Matahari telah menjadi sangat kuat dan panas terik, dan waktu siang pun menjadi lebih panjang. Roh Kudus di dalam mengingatkan saya bahawa panas terik Matahari ini ialah Berkat istimewa yang Tuhan berikan kepada makhluk di Bumi pada masa ini: untuk bakar segala kegelapan. Khususnya apabila saya bertumpu pada mata kebijaksanaan pd hari-hari ini, saya sentiasa nampak pemandangan yang sama: Langit kelabu dan gelap, penuh dengan awan gelap yang ada kilat putih yg sangat besar, sangat terang. Lapisan luarnya dibaluti cahaya merah darah, dan guruh menggegarkan Bumi. Itu konsisten dengan apa yang digambarkan oleh Guru dalam mesej cemas-Nya. Tolong mengambil serius arahan Guru. Semua ini memang telah mula berlaku sementara Guru dan pengawal Syurga masih menyokong dunia, dapatkan lebih banyak masa untuk manusia di dunia.

Itu seperti pemandangan membuka meterai keenam dalam Buku Wahyu: “Apabila dia buka meterai keenam, saya lihat dan nampak ada gempa bumi besar serta Matahari menjadi hitam bagai kain karung, Bulan purnama menjadi seperti darah, dan bintang di angkasa gugur ke bumi sementara pokok ara gugurkan buah musim sejuknya apabila digoncang oleh badai. Langit hilang seperti gulungan yang digulung, dan setiap gunung dan pulau dialihkan dari tempatnya.” Wahyu 6:12-14, Kitab Suci Bible

Saya merayu kepada dunia supaya mengikut arahan dan ajaran Guru, meluangkan masa untuk bermeditasi dan sentiasa bersyukur kpd Tuhan Yg Maha Berkuasa atas menyedarkan Hati Tuhan di dalam diri semua makhluk di dunia pada masa ini. Orang sentiasa berkata bahawa jika diberi peluang untuk melakukannya semula, mereka pasti akan buat pilihan yang betul, dan sekarang ialah masa yang betul untuk membuat keputusan. Tolonglah buat keputusan yang betul. Kita tak harus biarkan Guru-Tuhan dipaku pada salib yg berlumuran darah sekali lagi. Semoga Guru tidak menitiskan air mata lagi. Saya akan bersatu dengan Roh Kudus dan berjalan bersama Guru. Anak murid Guru yang taat, Ju-Ching dari Taiwan (Formosa)

Catatan tambahan: Maklumat berikut adalah untuk rujukan pasukan Supreme Master TV. Dalam foto cuaca yang dikongsi melalui internet, objek merah berbintik-bintik dapat dilihat Orang panggilnya “pari-pari merah”. Objek merah ini membawa tenaga kakis dan psikedelik, membuat orang rasa tidak selesa. Media juga telah mula melaporkan ini. Janganlah terlalu banyak mencari dan berhubung dengan tenaga itu, dan hanya bertumpu pada Kasih Sayang Suci Tertinggi yang diberikan oleh Guru kepada kita.

Tetapi kita tak dengar. Kita tak lihat. Kita terlalu sibuk dengan kerja, kemudian makan dan apa-apa saja – keluarga dan hubungan serta berlawan dan membunuh. Kita tak pedulikan semua itu. Jadi itu masih boleh berlaku dengan segala niat terbaik dan Kuasa daripada Pelindung Syurga dan saya sendiri pun. Saya bukan bercakap besar tentangnya. Saya harap saya boleh beritahu anda segalanya yang lain supaya saya dapat benar-benar bercakap besar tentangnya, supaya anda boleh lebih percaya. Tetapi saya tak boleh. Saya tak nak. Jika saya beritahu, keadaan boleh menjadi sebaliknya, jadi saya perlu berdiam.

Dah sangat berbahaya bagi mana-mana Guru, mana-mana pengamal yang baik hidup di dunia ini. Jadi saya tak nak membuat lebih banyak bahaya untuk diri sendiri. Saya buat apa-apa saja yang Tuhan perintahkan saya supaya buat. Kita tak boleh menolak Perintah Tuhan kerana itu muktamad. Kita tak boleh kata tidak. Kita tak boleh kata ‘lain kali, tahun depan’. Tidak. Pada bila-bila Dia perintahkan kita, itu masa kita lakukannya. Saya telah belajar melalui hayat-hayat selama banyak eon bahawa saya perlu mematuhi Perintah Tuhan. Kita perlu bekerja bersama dengan semua Syurga sebagai satu pasukan. Jika tidak, kita takkan jadi apa-apa pun. Kita tak dapat bantu. Kita tak dapat laksanakan kewajipan, tugas kita oleh Tuhan, yang diluluskan oleh Syurga juga.

Photo Caption: Satu Lagi Pari-pari Cantik dan Ucapan Salam Mesra

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (18/19)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android