Cari
Bahasa Melayu
 

Kemenangan Menentang Alam Ganggu Keamanan, Bahagian 3 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tuhan hantar Guru-guru ke dunia ini secara berulangan untuk menyelamatkan roh yang ingin pulang ke Rumah, yang sangat memerlukan penyelamatan. Manusia lain, mungkin mereka belum rasa begitu perlu, jadi masih merayau-rayau dan cuba perkara-perkara yang berlainan. Sesetengah perkara baik untuk mereka, sesetengah perkara buruk untuk mereka. Guru sentiasa perlu turun ke sini, menderita bersama mereka, selamatkan mereka, bantu mereka, menaikkan mereka tapi kadangkala mati dlm tangan mereka. Malangnya. Anda tahu akan itu.

Dan kerana selepas kita hapuskan alam lawan, alam penyayang menjadi bebas, kerana sebelum itu, alam lawan bukan sahaja saling berlawan tetapi kadangkala mereka juga berkumpul dan mengganggu alam lain di sekeliling mereka. Mereka sangat banyak menindas alam penyayang sehingga mereka meminta bantuan kerana mereka tidak dilahirkan untuk berlawan. Mereka ialah entiti penyayang, makhluk penyayang, jadi tak dapat berlawan. Mereka tak tahu bagaimana. Jadi lebih senang bagi alam lawan menindas dan menganiayai mereka. Akhirnya dalam keadaan terdesak, mereka meminta bantuan, jadi kami datang menyelamatkan, membebaskan mereka. Apabila mereka dibebaskan, mereka semua datang berkata, “Kasih sayang dari alam penyayang-Mu” Saya tak pernah terfikir mana-mana alam adalah milik saya tetapi mereka terasa macam sekarang saya ‘miliki’ mereka atau mereka terhutang sesuatu kpd saya. Jadi mereka kata, “Kasih sayang dari alam penyayang-Mu”

Pada mulanya, saya terkejut. Saya kata, “‘Alam penyayang-Mu’? Alam penyayangku?” Mereka kata, “Ya, ya, kami adalah milik-Mu. Kami adalah milik-Mu.” Mereka bersorak macam itu. Kedengaran senang untuk menang tapi itu pertempuran yang sangat sengit. Walaupun di alam Astral, bermakna di alam tak nampak, selain dunia ini – hanya di dunia ini kita dapat lihat, dapat dengar, dapat sentuh – jika mana-mana makhluk tiada badan manusia seperti manusia di sini, maka lebih senang untuk diuruskan, namun tak sentiasa senang, dah tentu, tetapi saya terasa jauh lebih senang daripada menguruskan dunia ini.

Oh! Sekarang kita masih ingat Paramahamsa Yoganandaji ada seorang Guru. Namanya Guru Yukteswar. Selepas Beliau meninggalkan dunia fizikal ini, Beliau pergi ke alam Astral dan dilantik menjadi Guru makhluk Astral di sana, di alam makhluk Astral yang baik. Jadi apabila Guru kembali dan bercakap dengan Yoganandaji, Beliau berkata bahawa di alam Astral, jauh lebih senang untuk mengajar orang. Orang di alam Astral lebih bersikap wajar, lebih baik hati, lebih senang untuk mereka menyerap ajaran. Beliau berasa gembira menjadi Guru di sana dan bukan di dunia kita sini. Bayangkan itu!

Tanyalah semua Guru sebenar, Mereka akan beritahu anda begitu juga. Tiada sesiapa yang nak datang ke sini. Cuma disebabkan Kasih Sayang dan Rahmat Tuhan, Mereka turun ke sini dan bantu manusia yang menderita dan terdesak, ingin pulang ke Rumah. Tetapi Mereka begitu banyak menderita. Tiada seorang pun Guru yg hidup senang hanya guru spiritual palsu, atau mereka yang tiada apa-apa pun, tiada kuasa, tiada apa-apa pun, tiada nama di mana-mana Syurga pun tetapi menggelar diri sebagai ‘Master Ji’, ‘Guru Ji’, apa-apa saja. Mereka tidak banyak menderita. Mereka memperoleh banyak wang. Mereka ada banyak pengikut kerana mereka kelihatan mirip. Hanya Guru sebenar ada ‘terlalu banyak’ peraturan untuk anak murid bagi melepaskan mereka daripada kekusutan di alam ini seperti alam ganggu keamanan, alam rasa cemburu, alam tamak, alam damba atau alam lawan, misalnya macam itu.

Banyak manusia tak suka Mereka (Guru sebenar) kerana mengikut guru spiritual palsu atau guru tak berkuasa adalah begitu senang. Mereka hanya beritahu anda, “Okey, sekarang anda ialah anak murid saya.” Itu saja. Anda berikan derma, lagi banyak lagi baik. Itu saja. Kemudian anda menjadi anak murid. Kemudian anda ada kononnya guru spiritual. Anda panggil mereka Guruji atau Satguru, apa-apa saja. Satguru bermaksud ‘Guru sebenar’ tetapi mereka tidak benar. Mereka bukan guru spiritual sama sekali. Mereka tidak memahami apa-apa pun. Mereka tak berkuasa untuk membebaskan anda. Mereka boleh memudaratkan anda jika mereka berhubungan dengan alam syaitan. Mereka akan berikan jenis tenaga itu kepada anda dan secara perlahan-lahan anda menjadi seperti mereka. Kemudian anda tak boleh kembali ke dunia manusia pun. Anda pergi ke alam syaitan, lagi banyak menderita atau buat banyak perbuatan jahat. Lagi banyak perbuatan jahat yang anda buat lagi banyak anda akan menderita, sekarang atau kemudiannya.

Jadi ini ialah alam penyayang, alam lawan atau alam ganggu keamanan. Ia tidak bersifat fizikal. Mungkin sesetengah daripada mereka muncul seperti manusia, orang-haiwan atau sesuatu tetapi mereka tiada roh dan tak boleh berada di sini selama-lamanya dalam badan manusia atau sebarang badan orang-haiwan yang palsu. Mereka berasal daripada tenaga, tenaga buruk atau baik yang dijana oleh manusia atau makhluk lain di planet ini. Tenaga boleh terjelma menjadi badan manusia atau tidak, atau hanya badan astral. Tetapi mereka ada kuasa kerana kuasa ialah tenaga. Tenaga ialah kuasa.

Contohnya hari ini mereka boleh buat udara menjadi air. Kita tak nampak gas tetapi jika kita tahu cara untuk memerangkap, menyimpannya, maka kita boleh gunakannya untuk memanaskan badan, memasak hidangan atau banyak kegunaan yang lain. Macam itulah. Dan seperti tenaga matahari, tenaga suria, kita tak nampaknya tetapi boleh memerangkap, menyimpannya di dalam panel suria dan bateri seperti apa yang saya gunakan sekarang. Kemudian kita boleh buat banyak perkara. Kita boleh hubungi seluruh dunia. Tanpa panel suria ini, saya takkan dapat bercakap dengan anda atau hantar apa-apa kepada anda. Saya tak dapat buat sebarang kerja pun untuk Supreme Master Television di balik tabir. Saya tak dapat menonton Supreme Master Television di komputer atau telefon tanpa SIM. Itu dah hebat, hanya peranti sebesar tapak tangan kita saja. Kita malah boleh menonton televisyen dari sejauh beribu-ribu atau beratus-ratus ribu batu, melangkaui gunung, sungai dan lautan. Kita boleh bercakap dengan kawan, saudara-mara atau orang tersayang dari hujung planet yang lain, malah ke Bulan, atau tak lama lagi mungkin dgn orang Marikh atau ke lokasi Marikh.

Lama dahulu, saya bercakap dengan anda tentang itu, tentang keadaan Marikh. Pada masa itu, saya berfikir sama ada mana-mana daripada anda percayai apa yang saya beritahu anda tetapi sekarang anda percaya kerana mereka malah ambil gambarnya. Oh, adalah hebat mereka dapat mengambil gambar bawah tanah! Walaupun mereka tak dapat pergi ke bawah tanah planet Marikh, mereka tetap mengambil gambarnya dan kelihatan macam ada bandar di bawah sana sebagaimana yang saya beritahu anda. Jadi kadangkala kita gunakan banyak tenaga manusia dan peralatan sains untuk menangkap gambar tetapi jika anda amalkan Kaedah Quan Yin yang saya ajarkan kepada anda, anda dapat lihat dari… Anda tidak perlukan UFO pun untuk pergi ke sana dan lihat. Anda dapat lihatnya dari bilik tidur anda, dari halaman belakang anda, dari loteng anda atau dari khemah. Ini ialah kuasa yang manusia miliki. Semua manusia milikinya. Semua manusia yang ada roh milikinya tetapi mereka hanya dah lupa bagaimana untuk mendapat baliknya. Itu apa yang menyedihkan. Mereka adalah seperti multi, multi, multigazilionwan tetapi secara perbandingan, mereka hanya seperti pengemis di jalanan.

Jadi masalahnya, secara perlahan-lahan, manusia menjadi berbeza dengan keadaan asal diri mereka, kemudian malah bercampur dengan hibrid rendah yang lain dan menjadi lagi berbeza, lagi jauh daripada kemegahan dan kebaikan mereka yang asal. Oleh itu, mereka wujudkan getaran buruk, tenaga buruk, kejadian buruk dalam persekitaran sendiri dan menderita. Oleh sebab mereka ialah anak Tuhan, ada Tuhan di dalam diri mereka, jadi jika mereka berbuat salah, berbuat dosa, mereka memang tahu akannya meskipun tidak mengakuinya. Pada waktu pemergian mereka, segalanya yang mereka buat, buruk atau baik, akan kembali kepada mereka dan mereka akan mengadili diri sendiri. Oleh itu, mereka wujudkan neraka atau neraka serupa yang sudah diwujudkan oleh manusia hibrid yang lain sebelum mereka, kemudian mereka akan pergi ke sana dan berada di sana bersama, menahan kesakitan, penderitaan, kedukaan dan kegerunan yg begitu tak dpt dibayangkan

Sesetengahnya malah kelihatan macam dihukum selama-lamanya. Ini pemandangan yang amat menyayat hati jika anda nampaknya. Kadangkala Tuhan tidak biar anda nampaknya. Sesetengah orang yang meninggal dan bertemu dengan Wakil Syurga dalam bentuk Nabi Isa juga dapat lihat sesuatu tetapi banyak daripada yg paling mengerikan, tak boleh dilegakan, tak boleh dibebaskan daripadanya, Tuhan tidak mahu manusia yang baik nampaknya. Entiti, Wakil Tuhan dalam bentuk Nabi Isa atau Buddha seperti yang diketahui oleh manusia yang berkeistimewaan untuk ditunjuki neraka atau Syurga, Entiti pemurah yang kelihatan macam Nabi Isa atau Buddha itu takkan biarkan orang yang berkeistimewaan ini nampak neraka paling teruk di Alam Semesta.

Photo Caption: Hutan? Ilusi Alam Lumut Mikro

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/11)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-15
2162 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-16
1724 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-17
1501 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-18
1369 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-19
1150 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-20
1 Tontonan