Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya dah gembira dengan saya ada begitu banyak kemudahan yang raja masa dahulu pun tiada. Hari ini, kita ada internet, ada telefon, walaupun lebih terhad dalam situasi saya, namun tetap boleh bekerja dan jauh lebih baik daripada apa yang kerabat diraja miliki dalam kehidupan dulu, berabad-abad dahulu atau berdekad-dekad dahulu.Hari ini, meskipun saya tiada kereta, contohnya, saya boleh menaiki bas, kereta api, pesawat, teksi... Raja pada masa dahulu tiada itu. Mereka perlu duduk di atas kereta kuda dan menderap secara berterusan, menyakitkan juga, atau dibawa merentas rupa-rupa bumi yang berlainan, bukan rupa bumi yang rata, baik, tapi pada zaman dahulu, itu jalan yang sangat berlekuk-lekak. Kita perlu dibawa oleh banyak hamba dan pergi selama banyak hari sehingga mereka dapat sampai ke kota lain, tempat peranginan mereka atau sesuatu. Memang menyakitkan.Saya masih ingat ketika saya di India, saya perlu menaiki kereta kuda ke merata tempat, contohnya. Atau di Myanmar, ketika saya bersama bekas suami saya, kami pergi melawat 10,000 tokong di Pagan, atau Tokong Emas di Myanmar. Kami menaiki bas tetapi bas di sana tiada ruang sandar yang selesa untuk belakang. Jadi apabila saya meninggalkan bas itu, ada benjol yang besar pada belakang saya, seperti telur. menyakitkan untuk masa yang panjang. Tetapi itu saja yang kita ada. Kita tiada pilihan. Kita tak dapat ada kelas satu yang istimewa atau apa-apa di kawasan sebegini. Kita dah bertuah ada bas macam itu pun untuk pergi.Atau di Âu Lạc (Vietnam), ketika saya masih kecil, kami pergi dengan tuk-tuk ini, kereta beroda tiga. Ia dibuat daripada motosikal dgn roda dan tempat duduk di belakang. Asap ekzos dari kereta sentiasa mengenai hidung kita semasa kita duduk di sana. Dahsyatnya itu. Jalan adalah panjang dan ia bergerak turun naik, sangat menyakitkan kadangkala. Jadi sekarang ini, saya terasa macam hidup mewah walaupun saya tak berumah, walaupun saya tinggal di dalam hutan. Tetapi ini kehidupan yang begitu menakjubkan, sebenarnya. Saya tak nak menukarkannya dengan apa-apa pun, kecuali sudah tiba masanya untuk saya keluar daripada suluk dan kembali berjumpa dengan anda.Saya memang rindui anda kadangkala. Ketika senggang, saya memang rindui anda. Saya rindui mata penyayang anda, hati ikhlas anda, tenaga yang kita wujudkan bersama-sama di ashram. Sangat menyeronokkan, banyak detik, banyak hari, banyak bulan, banyak minggu atau banyak tahun sebelumnya. Pada bila-bila kebetulan saya menyunting foto lama atau khutbah lama yang dihantar oleh saudara anda kepada saya untuk disunting dan dikerjakan, dibaca pruf, diluluskan ini dan itu, saya ternampak pemandangan masa dahulu ini. Saya memang rindui anda. Hanya sebuah lagu yang anda cipta untuk saya pun, ia menyampaikan kasih sayang dan keikhlasan terbesar serta tahap getaran spiritual yang tinggi yang membuat kita rasa begitu tersentuh dan begitu bersatu, semua orang bersama saya.Saya malah ada telefon kecil dan ia ada rakaman lagu yang dulu anda cipta di Hsihu. Ada satunya yang saya amat tersentuh mendengar lagi. Kadangkala secara kebetulan saya buka telefon itu untuk merakamkan maklumat atau sesuatu. Tiada kad SIM di dalamnya tetapi masih boleh digunakan, jadi saya tidak buangnya – telefon yang sangat kecil dan jenis lama. Orang tidak jualnya lagi, saya tak rasa, tetapi kita masih boleh menyimpan kenangan di dalamnya. Ada sebuah lagu beberapa minggu yang lalu saja, kebetulan saya terdengarnya. Ia berjudul sesuatu macam 中秋節憶師恩 (‘Mengenang Budi Guru Semasa Perayaan Kuih Bulan’), sesuatu macam itu. Berjudul ‘Mengenangi Belas Kasihan atau Kemurahan Guru Semasa Perayaan Kuih Bulan’, sesuatu macam itu. Ia berbunyi sesuatu macam, 哦我的師父,說聲謝謝你 (“Oh, Guruku, kami berterima kasih kepada-Mu.”) Sesuatu macam itu. “Biar aku ucapkan terima kasih kepada-Mu,” satu perkataan, sesuatu macam itu. Ia sangat baik. Saya menitiskan air mata kerana lihat pada skrin betapa ikhlasnya semua orang, dan sesetengahnya menangis. Saya juga menangis apabila dengar itu sekali lagi. Itu bukan kali pertama. Pada bila-bila saya dengar itu, saya menangis sekali lagi.Saya begitu rindui anda terutama orang Taiwan (Formosa). Orang Taiwan (Formosa), jangan risau. Saya telah membuat perlindungan untuk pulau anda, negara anda walaupun saya tiada di sana. Saya harap tiada apa-apa yang jauh lebih kuat yang datang memudaratkan negara anda. Saya telah buat sebaik boleh dan letak Lingkaran Keamanan sekuat mungkin di sekeliling negara anda. Tapi tolonglah, bersama-sama, satu hati, satu minda untuk berdoa kpd Tuhan, memuji Tuhan, berterima kasih kepada semua Guru kerana melindungi anda, dan buat apa-apa saja yang boleh untuk pengaruhi orang lain di sekeliling anda. Buat mereka meletakkan pisau sembelih, secara langsung atau tak langsung. Pisau sembelih itu bukan sahaja membunuh orang-haiwan yang tak berdaya, tak berdosa tetapi juga membunuh anda apabila tibanya masa anda. Jika tidak di Bumi, maka di neraka. Saya tidak bohongi anda. Anda tahu itu. Saya tiada sebab, jadi tolong beritahu semua orang supaya berhati-hati dan berakhlak mulia untuk menyelamatkan diri mereka, menyelamatkan negara mereka dan menyelamatkan dunia dgn menjadi vegan, menjaga keamanan dan saling berbuat baik. Itu untuk Taiwan (Formosa).Orang China pula, kerajaan besar China juga akan diingatkan bahawa apa-apa yang kita buat akan kembali kepada kita. Jika kita menyebabkan peperangan, maka peperangan akan datang kpd kita, meskipun tidak dalam hayat ini, sejurus selepas kita meninggalkan dunia pelindung fizikal ini, bermakna oleh sebab kita hidup di dunia ini, kita ada lapisan pelindung badan, jadi mungkin kita tidak sedar sangat apa yang berlaku di Alam Semesta yang berhukum. Segalanya yang kita buat adalah jelas kepada semua makhluk, nampak dan tak nampak, di seluruh Alam Semesta. Kita tak dapat melarikan diri. Kita tak dapat melepaskan diri daripada perkara buruk yang kita buat, atau kita tak dapat dilupakan dengan segala perkara baik yang kita buat.Terdapat satu lagi alam yang dipanggil ‘alam perang’. Alam-alam lain, saya sudah beritahu anda sesetengahnya. Terdapat satu lagi alam yang dipanggil ‘alam perang’. Jika kita terlibat dalam peperangan, lancarkan peperangan, memprovokasi orang untuk berperang, berkaitan dengan peperangan, menyokong peperangan atau menjual barang untuk orang berperang dan bawa penderitaan kpd makhluk lain, maka kita akan dilahirkan di alam yang dipanggil ‘alam perang’. Di alam perang, anda akan sentiasa dalam peperangan. Anda boleh dibunuh, kepala anda boleh dipenggal, anda boleh tercedera, anda boleh menderita dgn sebarang cara, anda boleh kehilangan rumah, kehilangan anak, kehilangan isteri, kehilangan ibu bapa, semua orang tersayang anda. Ia akan berlaku secara berulangan. Ia akan hancurkan hati anda menjadi serpihan dan ledakkan minda anda menjadi habuk kerana penderitaan, kesakitan, kedukaannya tak dapat dibayangkan. Itu apa yang berlaku dalam peperangan. Itu apa yang akan diakibatkan oleh peperangan kpd keluarga, negara, serta akan akibatkan kerugian perniagaan dan musnahkan negara di mana-mana saja. Rumah, bandar, perniagaan, makanan, segalanya akan kekurangan. Semuanya akan buat kehidupan anda seperti neraka.Alam perang juga merupakan neraka sampai tahap tertentu, cuma berbeza, tak seperti neraka yang kita bayangkan. Itu jenis neraka yang berlainan. Itu alam sebenar tetapi anda perlu sentiasa sendiri alami peperangan tanpa berhenti. Penderitaannya tak pernah berakhir sehingga karma telah habis bagi setiap individu. Mungkin jika semua orang di zon perang, alam perang telah habis dengan karma, maka mungkin mereka boleh bebas daripadanya, dan orang lain akan pergi ke sana, orang lain yg menyebabkan peperangan atau berkaitan dengan peperangan akan pergi ke sana. Jadi alam itu, alam perang, akan berterusan seperti alam lain sehingga sesuatu sebab berlaku dan Guru akan musnahkannya seperti alam perang sekarang dimusnahkan atau dulu dimusnahkan.Sekarang yang baru-baru ini, lima hari yang lalu, ialah ‘alam ganggu keamanan’. Orang yang tinggal di jenis alam itu, sentiasanya, tak pernah ada keamanan. Kemudian disebabkan itu, mereka akan menimbulkan kesusahan untuk makhluk lain yang berdekatan atau negara yang berdekatan. Jadi kitaran ini akan berterusan selama-lamanya kecuali alam itu dimusnahkan. Tetapi perlukan kuasa yang amat besar, banyak kerja untuk musnahkan alam yang begitu berkuasa di luar dunia fizikal kita – di luar, tetapi malah boleh berada di pintu sebelah saja, cuma manusia tak nampak. Semua alam bercampur, berjalin bersama. Kecuali anda ada mata psikik, Mata ketiga spiritual, anda takkan nampaknya. Ia boleh menyerang anda pada bila-bila saja tetapi anda tak tahu pun. Anda berfikir anda hanya sakit kepala, berfikir hanya alami kemalangan saja, berfikir hanya mula menghidap kanser, contohnya, tetapi tidak, semua ini disebabkan oleh karma alam-alam yang berlainan.Jika anda ada afiniti dengan mereka, anda perlu menderita, sama ada seperti mereka menderita di alam itu atau mereka akan menyebabkan anda menderita seolah-olah anda tinggal di alam yang sama itu. Jadi tolonglah berakhlak mulia, syukur kpd Tuhan atas keselamatan anda atas kesihatan anda, atas harta benda anda, atas kecukupan anda dalam segalanya dalam kehidupan, atas jaminan hidup anda, atas kegembiraan anda juga dan atas peluang anda malah ingat akan Tuhan, semua Buddha dan semua Guru peringkat-peringkat yang berlainan. Ingat sudah pun baik tetapi tak cukup. Anda mesti berdoa setiap hari, buatnya menjadi suatu tabiat. Anda mesti memuji Tuhan, bersyukur kepada Tuhan, memuji semua Guru, berterima kasih kepada Mereka semua. Yang paling baik, kenali Tuhan.Photo Caption: Rumah ialah Tempat Hati Sebenar Mekar, Hanya Memikirkannya Saja Pun!