President Donald Trump hosts President Volodymyr Zelenskyy at White House– Feb. 28, 2025, His Excellency Donald J. Trump: Saya harap saya akan diingati orang sebagai pendamai. Adalah sangat baik jika kita dapat lakukan ini. Saya lakukan ini utk selamatkan nyawa lebih daripada apa-apa yang lain. Kedua adalah utk jimatkan banyak wang tetapi saya anggap itu jauh kurang penting. Saya harap saya akan dikenali dan diakui sebagai pendamai. Menyelesaikan ini adalah sangat baik. Ini situasi yang sangat berbahaya. Ini boleh menyebabkan Perang Dunia Ketiga. Ini menuju ke arah yang salah.
Kami bantu dengan apa-apa saja cara kewangan yg dapat kami bantu dan apa-apa saja perkara yg boleh kami buat tetapi tak begitu senang. Seorang profesor di Ukraine (Ureign) menulis surat kepada saya dan minta saya hantar orang, anak murid saya, ke negaranya untuk buka Loving Hut di universiti tertentu. Saya bersetuju dan suruh orang pergi ke sana tetapi tak begitu senang. Selama ini, kami membantu tetapi tak boleh tinggal lama di sana. Kerana mendapat visa di sana adalah menyusahkan. Visa kerja akan […]. Visa jangka panjang adalah lagi sukar.Sama juga di Afrika seperti Congo. Jika anda ingin tinggal di sana dengan visa kerja, itu sukar dan anda perlu […]. Jika anda nak mendapat visa jangka panjang, anda perlu bayar tiga atau empat ribu dolar Amerika dan memohon. Tetapi ini tak bermakna anda akan diterima dan wang yang anda bayar akan dipulangkan meskipun anda tidak diterima. Jadi sukar.Jadi orang mengkritik saya, mengapa saya seorang pengamal tetapi masih berniaga. Saya bukan berniaga supaya saya makan lebih banyak daripada anda. Anda makan dengan lebih baik di rumah daripada apa yang saya makan di sini. Anda tinggal dalam keadaan yang lebih baik daripada tempat saya diami – lebih selesa, ada air panas yang mengalir. Di sini, saya perlu mandi dengan air sejuk, malah cuci rambut dengan air sejuk. Air panas mengambil masa yang terlalu lama untuk dijerang. Kita perlu masukkannya ke dalam banyak baldi. Pada musim sejuk, kita letak air suam pun, dalam sekelip mata saja, kita gunakannya, itu air sejuk. Jadi saya tak peduli, saya gunakan air sejuk saja, cuma perlu tutup baik-baik supaya angin tidak masuk dan memudaratkan kita. Itu saja.Jadi jangan cuba terlalu banyak mengkritik. Bukan saya saja tetapi sesiapa pun. Sesiapa yang cuba berbuat baik kepada manusia, kepada orang-haiwan, habiskan semua masa, keupayaan dan wang untuk membantu, cubalah meneliti itu. Jangan mengkritik. Apa kesalahan yang telah mereka buat? Apa kesalahan yang telah saya buat? Saya hanya berniaga. Saya memperoleh wang yang adil, jujur dan bersih, kemudian berikan kepada orang, sesiapa saja yang perlukannya pada bila-bila Tuhan izinkan. Kadangkala saya perlu berdoa. Jika tidak, Tuhan tidak izinkan. Contohnya, jika saya ingin berikan AS$40,000, Tuhan izinkan AS$20,000 saja, maka saya perlu menerima itu walaupun itu hancurkan hati saya. Hidup saya bukanlah milik saya. Anda ingat saya bebas? Saya tidak. Saya tidak bebas kerana karma dunia menimpa saya. Disebabkan oleh karma dunia, saya perlu buat mengikut Kehendak Tuhan. Jika kita tidak buat apa-apa pun, maka Tuhan biarkan kita saja. Kita tak perlu memberi dan mengambil apa-apa pun.Sekarang kita kembali kepada dua orang presiden ini. Mereka berdua ada perasaan muhibah. Presiden Zelenskyy pergi sejauh ini ke Amerika untuk menandatangani kontrak, perjanjian dengan Presiden Trump supaya beliau dapat lebih banyak membantu Ukraine (Ureign) dalam jangka masa panjang. Beliau kata lepas menandatangani itu, Ukraine (Ureign) akan mendapat bantuan berkekalan daripada Amerika. Ukraine (Ureign) akan ada kedudukan yang lebih terjamin di dunia juga tetapi sesuatu berlaku, beliau tidak menandatanganinya dan mereka bertikai dengan kuat.Seharusnya lebih damai. Mungkin mereka berdua harus duduk bersama di pejabat peribadi dan menyelesaikan masalah dulu dan saling bersetuju dengan apa yang akan dikatakan di khalayak ramai. Jika tidak, macam itu, seluruh dunia akan nampak. Itu bukan situasi yang begitu menyenangkan walaupun kedua-duanya bermaksud baik. Kedua-duanya sangat ghairah dengan apa yang mereka cari dan apa yang cuba mereka capai.Tetapi kadangkala kita ada kecenderungan manusia, sifat manusia, konsep manusia yang menghalang di antara keamanan dan keikhlasan kedua-dua pihak. Presiden Trump berkuasa, dah tentu. Beliau baru menang besar dalam pilihan raya dan hampir seluruh negara menyokong Beliau dalam segalanya yang dibuat-Nya, dalam setiap keputusan baharu yg dibuat-Nya utk bantu Amerika menjadi hebat semula. Jadi Beliau berkuasa. Beliau dalam kedudukan menang dan kedudukan amat berkuasa. Jadi mungkin Beliau terlupa sikit, kurang mempertimbangkan rasa Presiden Zelenskyy yang sudah lesu selama tiga tahun. Rambutnya tiba-tiba menjadi beruban dan mukanya, segalanya berubah disebabkan sakit kepala peperangan, terlalu banyak tanggungjawab, terlalu banyak penderitaan, terlalu banyak diganasi, segala-galanya, dan nyawanya tak pernah selamat sejak itu, sejak peperangan.Media Report from The Telegraph – Feb. 24, 2023, His Excellency Volodymyr Zelenskyy: Soalan terakhir dan yang paling sukar. Saya sayangi mereka, isteri saya, dengan sepenuh hati. Anak saya ialah orang yang paling penting bagi saya. Saya tidak kerap berjumpa dgn mereka. Ibu bapa saya, saya langsung tak berjumpa dengan mereka. Saya sangat bangga dengan isteri saya. Saya percaya dia buat segalanya untuk... Saya tahu apa jenis orang dia itu. Dia buat segala-galanya demi anak dan negara. Saya harap dia buat sedikit demi saya. Saya bergurau saja, dah tentu. Mereka ialah segalanya dalam hati saya. Saya jujur apabila saya kata itu perkara yang paling sukar bagi saya dan itu sebabnya bukan senang bagi saya jawab. Apa yang paling penting adalah tidak mengecewakan mereka. Apa yang penting ialah anak saya bangga dengan saya.
Apabila orang sudah rebah ke atas lantai, kita tak harus tendang mereka lagi. Tetapi situasi politik tidaklah senang bagi sesiapa pun. Saya bayangkan jika itu saya. Jika saya ialah Presiden Zelenskyy, saya takkan tahu apa yang nak dibuat. Saya tak rasa sesiapa akan lebih bijak jika mereka berada dalam situasinya, tertekan dari semua belah, sudah kehilangan terlalu banyak benda, kehilangan terlalu banyak dan malah risau tentang kehilangan negara sendiri. Pemenang harus sentiasa lebih bertimbang rasa, lebih memahami.Photo Caption: Meninggalkan Dunia Fizikal dengan Warna yang Menyenangkan