Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya tiada banyak wang seperti Anda (Presiden Trump) tetapi saya berikan sebanyak yang mampu kepada Ukraine (Ureign) melalui wang saya sendiri dan anak murid saya juga. Kami malah menyokong pembukaan restoran vegan di Ukraine (Ureign) juga supaya kami dapat bantu orang lain dari sana, semua askar dan mangsa perang. Kami terus melakukan itu dengan cara kami yang sangat kecil. Disebabkan oleh segala sokongan kemanusiaan ini, dah tentu lebih banyak pengintip mengejar saya, masih begitu. Saya tidak selamat! Lagi kurang selamat drpd sebelumnya. Menjadi hampir seperti gelandangan! Di tempat dulu saya diami pun, pokok ditebang tanpa amaran dan tanpa sebab! Maksud saya di depan orang saya yang tinggal di sana! Malah mula membakar hutan di tempat dulu saya diami.Jadi saya tidak sokong Putin sama sekali, kalau-kalau mana-mana pemimpin Eropah berfikir begitu. Tidak, 100% tidak, lebih 1,000% tidak. Saya tidak menyokong peperangan, tidak kira siapa yang lancarkannya. Sesiapa yang lancarkan peperangan ialah musuh saya, musuh orang. Kerana mereka sampai hati untuk bunuh orang tak berdosa dan pengaruhi seluruh dunia dengannya, dengan masalah makanan, masalah pengangkutan dan masalah keamanan. Kehidupan dah begitu susah bagi banyak orang! Sekrg mengapa lancarkan peperangan??? Supaya orang tak dapat tidur, tak berselera makan, tak dapat buat pekerjaan dan perlu meratapi orang tersayang. Semua orang muda Rusia yang cantik, kacak ini, contohnya, lelaki dan wanita muda Ukraine (Ureign) yang menawan perlu mati. Buat apa?! Meskipun anda berjaya mengambil seluruh negara, apa yang akan anda dapat apabila turun ke dalam kubur? Itu pun jika anda dapat pergi ke sana atau anda akan hancur diletupkan sebelum anda tahu pun ke mana roh anda telah pergi.Saya menyokong keamanan sepenuhnya. Jadi Presiden Trump, maafkanlah saya jika saya menyinggung perasaan Anda. Saya 100% menyokong Anda. Cuma keamanan ialah jenis beban karma yang sangat besar. Sesiapa yang ingin kendalikan keamanan mesti kendalikannya dengan berhati-hati, seperti telur mentah. Maksud saya, saya begitu menyokong keamanan sehingga walaupun saya suka akan buku India, buku kuno yang bertajuk ‘Bhagavad Gita’, bermaksud ‘Lagu-lagu Dewa’, saya tidak benarkan mereka memetik apa-apa pun daripada buku itu lagi. Sebelumnya kami adanya. Apabila mereka tanya saya, saya menyedari bahawa mereka memetiknya daripada Bhagavad Gita. Saya kata, “Jangan lakukannya.” Kerana dalam Bhagavad Gita, Guru Arjuna menggalakkan dan mendesak dia berperang dengan kononnya musuh. Musuh juga ada guru, guru spiritual, rakan sendiri, misalnya macam itu.Jadi saya tak nak mengiklankan buku itu lagi walaupun itu buku pertama yang saya temui di tepi Sungai Gangga apabila saya pergi ke kedai dan minta buku itu. Mereka beritahu saya bahawa mereka tiadanya lagi tetapi pada keesokan harinya mereka panggil saya dan berkata, “Bagaimana kamu tahu bahawa kami ada sebuah kotak di dalam bilik stor tetapi kami tidak tahu akannya? Jadi kamu boleh belinya sekarang.” Mereka terkejut. Mereka rasa saya ada kuasa psikik. Bagaimana saya dapat lihatnya? Kerana saya berkeras dengan mereka. Saya kata, “Saya ada nampaknya. Saya tak pernah lihat buku ini sebelumnya tetapi ia berwarna ini di luar, tertulis macam ini, macam itu dan bersaiz ini.” Ia sebuah buku kecil, buku berbentuk kecil. Mereka terkejut dengan bagaimana saya tahu akan semua itu walaupun saya tak pernah lihat buku ini sebelumnya. Saya kata, “Saya ada nampaknya dan rasa kamu adanya. Sebab itulah saya masuk dan ingin belinya.” Mereka kata, “Tidak, pada masa itu, kami tiadanya. Kami lihat, kamu lihat di seluruh tempat ini, tiada apa-apa pun di sana sehingga kami nampaknya di dalam bilik stor. Jadi kamu boleh dapatkannya di sini.”Disebabkan itu, seorang pelanggan di kedai itu pada masa itu ingin baca tapak tangan saya dan ramalkan bahawa saya akan menjadi Buddha dlm empat tahun, “Dalam empat tahun, kamu akan menjadi Buddha sepenuh. Pada masa itu, kamu akan capainya.” Mereka beritahu saya. Mereka nak baca tapak tangan saya tetapi saya menolak. Saya kata, “Saya tak berduit bagi membayar untuknya, encik, dan saya tak berapa percayainya.” Mereka kata, “Tidak, tidak, kamu tak perlu bayar wang. Saya rasa berminat kerana saya nampak aura kamu. Saya nak tahu siapa kamu dan mengapa.” Jadi dia malah baca tapak tangan saya dan ramalkan bahawa dlm empat tahun, saya akan capai peringkat Buddha sepenuhnya, bermakna pada masa itu saya belum lagi seorang Buddha. Tapi begitu pun, salah satu drpd mereka ingin menjadi anak murid saya – pemilik kedai buku itu. Saya bukan seorang Guru atau sebarang jenis itu. Tuhan belum beritahu saya bahawa saya akan menjadi Guru pada masa itu.Itu di Sungai Gangga di Rishikesh. Saya pergi ke sana kerana banyak Guru masa silam pergi ke sana dalam sejarah, Buddha juga. Salah seorang Guru agung sistem besar yang terkenal, dipanggil Beas, di Beas, juga pergi ke sana untuk bermeditasi. Guru-guru Agung seperti Sant Kirpal Singh Ji juga pergi ke sana untuk bermeditasi untuk seketika. Jadi saya pergi ke sana utk bermeditasi kerana saya ingin mengambil apa-apa saja tenaga yang masih ada di sana daripada Guru-guru agung masa silam. Saya juga nak beri hormat kepada Mereka dengan pergi ke Sungai Gangga setiap hari untuk bermeditasi. Di tengah-tengah Sungai Gangga, saya hampir mati lemas apabila banjir besar datang. Nasib baik, Tuhan lindungi saya, jadi saya keluar dengan selamat. Sekarang, itu kisah yang terlalu panjang.Saya hanya beritahu Anda bahawa… semua ini ialah sedikit bukti bahawa sekurang-kurangnya saya benar-benar mahukan keamanan. Saya bersama Anda (Presiden Trump). Saya tahu mengapa Anda kesudahannya tak terlalu mesra dengan Presiden Zelenskyy, kerana hati Anda begitu ghairah. Anda mahukan keamanan semalam lagi. Tetapi setiap orang ada pendapat yang berbeza serta masalah dan situasi sendiri yang dihadapi. Jadi tolonglah memahami Presiden Zelenskyy dan maafkan beliau meskipun Anda rasa beliau salah sepenuhnya. Tetapi beliau juga ada masalah sendiri, pendapat sendiri. Anda tahu akan itu. Kita perlu berdamai. Walaupun Anda – sesiapa pun begitu dahaga akan keamanan, begitu inginkan keamanan, hati begitu sakit untuk mangsa perang dan benar-benar ingin mendesakkan keamanan dgn sebarang cara yang boleh – kita tetap tak boleh mengorbankan persahabatan dan keharmonian masyarakat antarabangsa, bermakna negara-negara lain di sekitar Amerika kerana itu akan menyebabkan satu lagi peperangan. Itu akan menggagalkan tujuan Anda, Presiden, tolonglah. Saya tahu Anda ada banyak penasihat yang baik tetapi saya bukan apa-apa pun. Tapi tolonglah, saya berhak untuk menyatakan pendapat saya juga. Saya juga berhak untuk… Saya berhak untuk membantu Anda, membuat Amerika membantu dunia.Dari segi fizikal juga,Presiden Zelenskyy letih lesu akibat peperangan selama tiga tahun, sebagai ketua negara dalam peperangan. Jadi mungkin beliau tak dapat tidur sebanyak beberapa malam sebelumnya, atau alami banyak sakit kepala daripada barisan depan, daripada askar yang hampir mati atau daripada halangan dalam strategi tempur. Beliau pergi sejauh dari Eropah ke Amerika. Itu perjalanan yang jauh dan mungkin beliau tak dapat tidur lena di dalam pesawat, bunyi bising dan banyak persoalan, banyak kebimbangan dalam fikirannya. Jadi mungkin beliau meledak, bertentangan dgn kehendaknya sendiri.Bayangkan jika Anda berada dalam kedudukannya, maka Anda akan tahu macam mana rupanya. Tolonglah memaafkan, tolong berdamai dengan Ukraine (Ureign) kerana Ukraine (Ureign) sekarang diwakili oleh Presiden Zelenskyy. Saya pasti Anda sudah berfikir semula tentang mengecualikan Eropah dan Ukraine (Ureign) daripada perhatian berat Anda. Saya tahu Anda takkan melakukannya lepas beberapa hari dan akhirnya oleh sebab Anda orang yang cintai keamanan, Anda tak boleh biarkan orang mati saja. Keamanan lebih penting daripada pendapat dan hujah peribadi. Saya pasti Presiden Zelenskyy juga telah menyedarinya sekarang.Jadi anda berdua ghairah dengan impian anda. Walaupun Ukraine (Ureign) sebuah negara yang kecil berbanding dengan Amerika dan tidak sekaya, sekuat, namun itu negara yang ada berjuta-juta orang yang mendiaminya. Biasanya mereka orang yang damai. Mereka hanya bertani. Bertani ialah kerja yang disyorkan oleh Tuhan kepada kita, umat manusia. Tetapi banyak orang tidak lakukannya hari ini, terutama banyak ladang ditinggalkan kosong, terbiar atas sebab-sebab yang berlainan, disebabkan perubahan iklim, teknologi tinggi dan pekerjaan yang lebih baik di bandar, misalnya macam itu. Tetapi Ukraine (Ureign) masih terus menjalankan aktiviti pertanian dengan rajin, setia. Mereka mengeksport keluaran pertanian. Saya rasa mereka adalah yang keempat atau kelima di dunia. Bayangkan, negara yang begitu kecil. Jadi banyak negara benar-benar bergantung pada petani Ukraine (Ureign) dan cara mereka jalani kehidupan harian untuk keluaran pertanian untuk hidup.Jadi tolonglah, untuk semua orang ini, Presiden Trump, bertumpu saja pada matlamat Anda dan bersabar. Jelaskan kepada Presiden Zelenskyy apa yang Anda mahu beliau fahami. Anda tahu bahawa banyak orang kadangkala buat perkara atau beritahu Anda apa yang mereka fikirkan tetapi Anda tidak memahami mereka juga kerana Anda rasa itu tidak logik atau mungkin suatu helah. Presiden Zelenskyy, walaupun beliau hormati Anda, hormati orang Amerika, mungkin beliau rasa sukar nak percaya, percayai sesiapa pun lagi selepas Rusia khianati mereka. Nampak tak apa yg saya katakan, tuan?Saya rasa mungkin Anda dah tahu akan semua ini tetapi oleh sebab Anda terlalu sibuk, tak dapat beri lebih banyak pertimbangan, pemikirkan yang dalam tentang segala perkara yang saya katakan ini, saya hanya di sini untuk ingatkan Anda. Kalau Anda rasa pendapat saya tidak mengikut cita rasa Anda, maka maafkanlah saya tapi tolong pertimbangkannya. Demi keamanan, demi seluruh umat manusia yang bergantung kepada keamanan di Ukraine (Ureign) untuk hidup, menjaga keluarga, anak-anak mereka, tolong pertimbangkan kata-kata saya. Pertimbangkanlah kata-kata saya, hanya sebagai seorang wanita yang juga ghairahkan keamanan dan menyokong keghairahan Anda terhadap keamanan.Photo Caption: Ucapan Salam Musim Bunga Pertama yang Malu-malu, Mengasihi dan Mengalu-alukan Persekitaran!