Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadilah seperti umat Tuhan, jadi baik, jadi mulia, jadi pemurah sebagaimana yang anda sentiasa berdoa kepada Tuhan, “Tuhan, Engkau berbelas kasihan. Berbelas kasihanlah terhadap aku.” [...] Tidak ganggu orang-ikan di dlm sungai, di dalam lautan supaya mereka boleh beri manfaat kepada anda, buat anda menjadi sihat, ceria dan tenang semasa hidup serta buat anak anda menjadi sihat, tiada penyakit, buat orang tua anda hidup dengan lebih selesa hingga hari Tuhan panggil mereka pulang ke Rumah. Jadilah belas kasihan yang anda minta daripada Tuhan. Jadilah belas kasihan yang anda minta daripada Syurga. Jadilah orang pemurah, anak seperti Tuhan.Mengapa sentiasa berdoa kepada Syurga untuk Tuhan, Dewa-dewi, Yang Maha Berkuasa berkati anda, berbelas kasihan terhadap anda, mengampunkan dosa anda? Mengapa anda berbuat dosa? Meskipun anda tidak berdoa, Tuhan akan kasihi anda, lindungi anda dan berikan segalanya yang anda perlukan. Segalanya yang anda perlukan, bukan segalanya dgn ketamakan anda, atas ketamakan anda atau daripada ketamakan anda. Jangan salahkan sesiapa pun kecuali diri sendiri jika kehidupan anda tidak baik. Jadilah baik. Jadilah anak Tuhan. Jadilah manusia berperikemanusiaan, maka kehidupan anda akan jadi sangat baik. Terima kasih, anda semua, kerana cuba sedaya upaya untuk hidup mengikut kepercayaan yang anda ikut, mengikut hati nurani anda, hati anda.Kita ada hati yang tahu apa betul, apa salah. Kita ada roh, ada minda untuk mengetahui bahawa makhluk lain menderita sebanyak kita, jadi kita takkan buat mereka alami sebarang kesakitan, termasuk orang-haiwan, makhluk pokok atau rumput, tumbuhan di dalam hutan. Jangan ganggu mereka. Mereka ialah ubat untuk anda dengan berikan oksigen kpd anda utk bercakap. Pertama sekali, mereka berikan oksigen kepada anda untuk hidup. Mereka juga berikan ubat kepada anda. Mereka berikan tempat teduh kpd anda. Mereka ialah ubat untuk anda juga. Mereka ialah oksigen yang sangat anda perlukan. Tanpanya, anda akan mati. Jadi mereka ialah pemberi bantuan kpd anda.Semua orang-ikan di dalam laut, sungai mainkan peranan mereka untuk bersihkan sungai, bersihkan lautan, menyerap CO2, hembuskan oksigen untuk anda, hilangkan segala metana sebanyak yang boleh jika anda biar mereka hidup dengan banyak. Tanpa mereka, kita akan hanya ada metana dan karbon dioksida, dan akan mati. Tak perlu risau tentang peperangan daripada Rusia atau apa-apa pun. Semua orang akan mati jika kita tiada lautan yang sihat, baik.Jika hutan tidak dilindungi untuk berikan udara yang baik kepada kita, tak perlu risau tentang peperangan atau apa-apa yang lain, jika anda terus membunuh bayi. Anda bunuh lebih byk bayi dlm setahun daripada sebarang peperangan yg pernah kita lihat atau alami. Peperangan di Ukraine (Ureign) hingga kini telah bunuh, bagi Rusia sahaja, mungkin 750,000. Itu apa yang mereka katakan. Belum sampai satu juta, jika saya baca dengan betul di internet dan dalam berita. Tetapi bayi mati, lebih 73 juta setahun. Fikirkan itu!Maka tak peduli. Jika anda tak pedulikan apa-apa pun, jika anda tak pedulikan kehidupan anda, kebahagiaan dan kesihatan keluarga anda, tak pedulikan planet ini, tak pedulikan orang-ikan yang menderita akibat kapal ikan atau tangan anda, tak pedulikan makhluk haiwan hidup yang menangis, sesak nafas, dikelar leher sementara masih hidup atau menendang, tak pedulikan apa-apa pun, tak pedulikan penyakit anda akibat makan produk orang-haiwan pun, tak pedulikan semua doktor dan jururawat perlu bekerja siang dan malam, tidak tidur, hujung minggu, hanya untuk menyelamatkan anda kerana anda makan orang-haiwan, membuat diri sendiri sakit,jika anda tak pedulikan mana-mana daripada itu, maka Presiden Trump dan Presiden Zelenskyy tak perlu bersusah-susah utk berdamai, saling bertengkar, berteriak saja untuk seluruh dunia lihat, menyiarkan segala perkara buruk. Tidak berdamai. Peduli apa? Tak peduli. Mengapa bersusah-susah berdamai atau cuba berunding? Mengapa bersusah-susah saling memekik? Mengapa? Peduli apa? Tiada sesiapa yang peduli. Saya minta maaf jika singgung perasaan mana-mana daripada anda dan tak bercakap dengan mesra tetapi anda memaksa saya lakukannya. Buat kali pertama saya mengalah. Saya mengalah kepada kekecewaan saya dan beritahu anda semua ini dengan nada yang sangat tidak mesra. Tetapi saya tidak minta maaf atas mengatakan itu. Saya hanya minta maaf jika saya menyakitkan ego anda. Itu saja.Sekarang saya harap anda semua dengar kata-kata saya dan ubah cara hidup anda sebelum terlambat, sebelum anda nampak lebih banyak tsunami, lebih banyak gempa bumi yang malah binasakan seluruh negara, benar-benar binasakan, pecahkan seluruh negara ke dalam lautan. Ia akan datang tahun ini! Anda tak perlu tunggu terlalu lama. Jika anda semua teruskan macam ini, macam itu, memusnahkan planet ini, memusnahkan ciptaan Tuhan dan menjauhkan diri daripada Kasih Sayang dan Rahmat Tuhan, maka semua ini akan berlaku. Lebih banyak wabak yang boleh bawa maut, bukan oleh virus pun – virus buatan manusia untuk bunuh anda, manusia, secara sengaja, sehingga jumlah yang sangat kecil tertinggal kerana mereka khuatir populasi lain akan makan semua makanan di planet ini dan kekurangan makanan hari ini, dan air di merata tempat semakin mengering. Lebih banyak gempa bumi yg lebih kuat, lebih banyak bencana yang lebih kuat dan virus yang lebih kuat, terlalu banyak virus hari ini. Anda bacanya dalam berita, anda tahu akannya. Saya telah kumpulkan sesetengahnya dan berikan kepada pasukan berita saya tapi saya tak dapat kumpulkan semuanya.Masa saya terhad. Saya perlu bekerja siang dan malam untuk rancangan Supreme Master Television. Kadangkala editor saya, pasukan saya buat kesilapan dengan menaip atau salah faham. Jadi saya malah perlu mengubah sesetengah makanan yang saya beritahu anda, makanan tanpa kesakitan. Contohnya, satunya ialah makanan ada kesakitan, mereka letaknya sebagai makanan tanpa kesakitan, seperti daun laksa. Saya hanya tahu akannya kemudiannya, sangat lewat. Ia sudah bermula dengan mungkin editor pertama. Nasib baik saya tahu akannya. Saya ubahnya. Kemudian akhir-akhir ini juga, versi kali terakhir, mereka letaknya seperti, apa? Biar saya ingat tadi. Saya ada terlalu banyak kerja, dah lupa. Selasih, saya hanya tunjukkan satu basil kepada mereka. Basil Thai ialah makanan tanpa kesakitan Saya kata, “Yang lain ada kesakitan.” Tetapi saya belum kata yang mana kerana saya tiada masa untuk mengkaji selasih yang mana ada kesakitan. Saya juga ada pemasaan kerja saya.Saya malah makan sehari sekali saja, sederhana. Saya tiada masa pun. Tetapi saya perlu makan. Makanan bagi saya juga sejenis ubat untuk karma, untuk mengurangkan, meneutralkan sesetengahnya yang tak dapat saya lakukan secara spiritual. Mengimbanginya, sebahagian daripada karma yang perlu saya tanggung. Tetapi sedikit saja, tak banyak, tetapi saya tetap perlu lakukannya kerana jika sedikit karma di sini, sedikit karma di sana setiap hari, ia akan berlonggok menjadi besar, melambung tinggi. Saya seorang wanita tua yg sangat lemah. Mana dapat saya terus hidup untuk bantu sesiapa saja yang perlukan bantuan saya? Mungkin banyak daripada anda rasa anda tak perlukan bantuan saya tetapi orang lain perlukan bantuan saya. Saya perlu hidup untuk mereka.Saya akan gembira jika saya boleh pergi ke Rumah saya esok, alam spiritual Tim Qo Tu tetapi saya tak boleh berpura-pura tiada apa-apa yang berlaku. Saya dah pun berada di sini. Saya akan berada di sini hingga nafas terakhir untuk membantu anda, sesiapa saja yang perlukan bantuan saya, sesiapa saja yang percaya kepada saya. Jika anda tidak, jika anda memilih untuk berpaling daripada saya, berpaling daripada Kasih Sayang Tuhan, maka saya tak boleh buat apa-apa. Cuma terlalu banyak kesakitan dalam hati saya memikirkan itu, memikirkan neraka, neraka dahsyat, tak terbayangkan yang menanti anda, malah selama bereon-eon, bukan hanya beberapa tahun, seratus tahun atau seribu tahun. Anda perlu habiskan masa di sana. Bukan anda semua bernasib baik untuk habiskan masa di neraka selama seratus tahun saja. Itu akan menyakiti saya. Hanya jika saya pulang ke Rumah, ke Alam Tim Qo Tu saya baru akan saya tidak berasa sakit daripada kesakitan anda lagi. Kesakitan anda, karma anda takkan dapat sampai kepada saya.Jadi sekarang saya di sini, buat sebaik yang boleh atas sebarang risiko, kesan untuk buat apa yang boleh hanya kerana saya kasihi anda. Saya kasihi semua makhluk dan sakit hati melihat mana-mana makhluk menderita sementara saya masih berada di domain fizikal ini. Jadi jangan ingat saya makan, atau menjaga diri, apa-apa pun, atau pergi ke hutan rimba untuk melindungi keselamatan diri kerana ‘saya takut mati’. Tidak, tiada kematian sebenar. Kita hanya tanggalkan satu sut dan memakai satu lagi, sut astral, sut sebab akibat atau sut Brahma, dan lebih tinggi lagi, selepas sut Brahma, kita memakai jenis sut yang lain tetapi lebih spiritual, lebih megah, lebih cantik. Kita tak perlu menderita sama sekali. Kita tak perlu kembali ke dunia fizikal yang menyeksakan ini atau neraka sama sekali kecuali anda nak memilih untuk kembali bagi membantu rakan atau ahli keluarga zaman dahulu anda.Photo Caption: Musim Luruh ialah Waktu Bersedia untuk Musim Sejuk Masih Ada Masa tetapi Tidak Banyak Masa!!