Cari
Bahasa Melayu
 

Jalan ke Arah Keamanan di Ukraine (Ureign) dan Dunia, Bahagian 13 daripada 13

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi mengapa kita tidak beri sumbangan positif ini kpd dunia, kpd diri sendiri sebaliknya? Jika sepotong daging orang-haiwan pun tak dapat anda tinggalkan, lepaskan, apakah yang anda harapkan orang lain akan buat untuk anda? Jika anda boleh bunuh bayi sendiri, bagaimana anda harap orang lain baik terhadap anda, pemurah terhdp anda hormati anda dan neraka akan melepaskan anda? Bagaimana? Jika anda terus keluar dan bawa senapang ke negara orang lain atau bandar orang lain dan musnahkan mereka, nyawa mereka macam itu, bagaimana anda harapkan apa-apa yang baik datang kepada anda?

Anda tidak segera nampaknya mungkin kerana racun ini jenis yang berbeza, bunuh anda secara perlahan-lahan – karma akan datang dgn perlahan-lahan. Tetapi mungkin ia datang dengan cara anda rasa tak berkaitan dgn peperangan. Mungkin anda mati dengan kanser atau apa-apa saja sebab yang lain, atau penyakit tak berkaitan atau tak diduga, atau penyakit tak diketahui, atau wabak baharu, virus baharu. Anda takkan berfikir itu disebabkan anda berperang atau membunuh orang atau orang-haiwan. Anda takkan berfikir macam itu tetapi memang macam itu.

Karma muncul tidak sebagaimana yang anda jangkakan, atau tak kelihatan macam berkaitan. Kadangkala ia muncul dgn ketara sekali tetapi tak sentiasanya. Juga kerana anda ada pahala pada anda. Simpanan pahala itu kadangkala mengimbangi karma buruk yang perlu anda alami. Tetapi anda takkan tahu sama ada anda ada pahala yg mencukupi untuk bertindak balas terhadap semua itu atau melindungi diri daripada penyakit, wabak, kemalangan atau apa-apa saja, atau melindungi anda daripada neraka.

Baiklah, agaknya saya dah cukup bercakap, saya harap, kerana pasukan saya perlu mengerjakannya dan biasanya mereka dah ada kerja tetap. Mana-mana rancangan yang anda lihat di Supreme Master Television kami, mrk ambil masa sekurangnya empat hari untuk disiapkan, disiarkan. Kemudian ia perlu melalui jabatan-jabatan yang berlainan utk QC, semakan kualiti dan semakan tatabahasa, memotong atau menambah. Yang terakhir akan datang kepada saya dan akan ada sedikit lagi pemotongan, pembetulan, penambahan atau mungkin ‘tidak’ sepenuhnya di sesetengah bahagian. Jadi kami perlu bekerja keras untuk mana-mana rancangan yang anda lihat. Mana-mana rancangan yang anda lihat, saya perlu pilih dulu, baca dulu, tahu apa ialah apa dulu.

Begitu pun, tetap ada kesilapan yang berlaku seperti selasih yang saya katakan tadi. Saya hanya katakan satu kerana kadangkala saya lihat di internet atau laporan, nampak sesetengah makanan dan tinjau dengan serta-merta kerana saya tak dapat ingat semua makanan sekali gus. Jadi pada bila-bila saya nampak sesuatu, saya ingat, “Oh, yang ini boleh! Ini makanan tanpa kesakitan atau yang ini ada kesakitan.” Jika saya adanya, gambar dan sebagainya, atau namanya, maka saya akan beritahu jabatan yang berkaitan untuk ditambahkan ke dalam senarai makanan tanpa kesakitan atau ada kesakitan. Tapi saya tak dapat sentiasa buat begitu disebabkan had masa saya. Saya tak dapat injau semua nama di dunia tentang makanan. Jadi apa-apa yang saya tahu, saya hantar.

Kali terakhir yang saya hantar ialah selasih. Selasih Thai ialah makanan tanpa kesakitan. Kemudian jenis selasih yang lain ada kesakitan tetapi saya tidak berikan gambaran selasih lain. Apa yang saya temui, saya berikan dulu. Apa-apa yang saya temui kemudiannya, saya akan hantar kemudiannya untuk kumpulan baharu atau sesuatu. Tetapi editor jabatan yang berkaitan ini menulis kata-kata untuk saya. Dia tulis, “Semua selasih yang lain ialah makanan ada kesakitan.” Saya tak kata “semua selasih yang lain”. Saya hanya kata, untuk dia tahu bahawa hanya selasih Thai tiada kesakitan sekarang, dan yang lain ada kesakitan tapi saya belum kata selasih yang mana. Saya belum ada sebarang nama, gambar untuk dia. Jadi saya nampaknya secara kebetulan kerana saya percaya bahawa itu akan seperti yang saya tulis, tidak seperti yang ditambahkannya dalam penulisannya, memutuskan untuk saya, tulis macam itu. Saya tak beritahu dia itu. Contohnya, anda faham apa yang saya katakan?

Saya memang tak dapat sentiasa semak sepanjang masa. Tetapi saya telah beritahu mereka bahawa apa-apa yang dihantar untuk ditulis atau dibuat rancangan perlu dihantar semula kepada saya supaya saya mengedit dulu. Tetapi kali ini dia tidak hantarnya. Dia hanya tulis, “Semua selasih yang lain ada kesakitan.” Dia tidak hantar balik kepada saya untuk disahkan semula. Kerana saya tahu sebelumnya, pada kali yang lain, mereka buat kesilapan, dah tentu. Manusia membuat kesilapan dan mungkin mesin membuat kesilapan. Kadangkala jika anda tersentuh kekunci yg berlainan pada papan kekunci, mungkin perkataan itu keluar secara berbeza, dan jika tiba-tiba anda diganggu oleh telefon atau seseorang, mungkin anda tidak lihat kembali, perkataan yang salah kekal berada di sana dan disiarkan. Walaupun saya habiskan semua masa yang mungkin untuk menyemak semua rancangan, kadangkala kesilapan boleh berlaku. Tapi ini bukan kesilapan yg terlalu teruk. Biasanya tak terlalu teruk. Ia boleh dipotong dan ditulis semula.

Tetapi oleh sebab dia tidak hantarnya kembali kpd saya, jadi saya tak nampak kesilapan itu sehingga saya kebetulan nampaknya pada skrin Supreme Master TV. Kemudian saya kata, “Ya Tuhan! Bukan macam itu, bukan semua selasih. Saya belum tahu pun nama semua selasih.” Kita perlu menelitinya dulu. Saya akan tinjau yang mana daripada yang selebihnya… kecuali selasih Thai tiada kesakitan, saya dah tahu. Yang selebihnya saya perlu tinjau satu demi satu kerana sesetengahnya ada kesakitan atau tiada kesakitan dlm yg selebihnya. Tetapi saya belum ada masa untuknya.

Masa saya sangat terhad. Saya bukan sahaja perlu bekerja secara fizikal di komputer untuk Supreme Master TV, mencadangkan rancangan, meluluskan rancangan, segala jenis kerja, malah meluluskan kakitangan dan sebagainya tetapi juga perlu buat kerja dalaman. Sesetengah kerja dalaman saya boleh buat bersama pada masa yang sama sementara saya bekerja untuk Supreme Master Television, dua kerja. Tetapi sesetengahnya saya tak dapat. Sesetengahnya saya perlu habiskan semua masa, semua perhatian saya untuk bertumpu pada isu dalaman itu saja.

Seperti bagi kerja keamanan, contohnya. Saya tak dapat hanya duduk di sana, menaip dengan papan kekunci dan hapuskan seluruh alam lawan, misalnya macam itu, alam ganggu keamanan atau hantu ghairah pun. Sesetengahnya saya dapat. Sama seperti anda boleh lihat sesetengah ahli kung fu dapat melawan beberapa orang pada masa yang sama. Tapi ini bergantung kepada orang apa. Jika itu satu lagi musuh yang lebih kuat, maka ahli kung fu perlu bertumpu pada semua itu hanya untuk hapuskan musuh itu. Dia tak boleh berlawan dgn orang lain dengan tangan kiri, dan tangan kanan berlawan dengan orang kedua atau orang ketiga, misalnya macam itu. Ini hanyalah suatu contoh supaya anda boleh tahu sikit, satu sudut kehidupan saya. Macam itulah. Tak sentiasa mungkin bagi saya buat beberapa kerja pada masa yang sama. Itu boleh, contohnya, saya boleh makan dan singkirkan sesuatu, membuat sesuatu kerja di alam dalaman tetapi tak sentiasanya. Alam dalaman adalah berbeza dengan alam luaran, sangat berbeza.

Meskipun saya tercedera atau sakit, anda takkan nampaknya. Itu bukan berdarah di seluruh badan atau apa-apa seperti itu. Itu berbeza. Tetapi kadangkala saya tetap perlu pulih. Tetapi dapat diurus hingga kini. Saya Superwanita, masih ingat? Itu apa yang saya impikan. Saya sentiasa dapat buat segalanya tetapi dalam sebarang pergelutan, sentiasa ada sesuatu jenis kecederaan, kehilangan atau kesulitan. Dari segi spiritual, begitu juga dgn saya dan kerja yang saya buat. Saya bukan dibuat daripada besi. Meskipun saya alami kecederaan di dalam, tiada sesiapa yang nampaknya, namun saya rasainya, tahu akannya. Kadangkala saya perlu pulih.

Bagi sesetengah karma, saya boleh gunakan makanan untuk meneutralkan, mengimbanginya. Seperti lebih banyak benda untuk badan tahan dan bukan hanya daging dan darah saya. Ada sesetengah makanan pejal untuk ambil sebahagian daripadanya. Sama seperti jika saya ada senjata dalam tangan, apabila musuh serang saya dengan pedang atau pisau, maka saya ada pisau lain dalam tangan atau sekurang-kurangnya nilai yang kurang seperti sebatang kayu, sesuatu macam itu. Maka saya dapat melindungi diri dgn lebih baik drpd hanya guna tangan utk hentikan pisau yang datang kpd saya. Jadi makanan juga sangat diperlukan untuk saya menghadapi sesetengah situasi. Tapi tak mengapa. Saya dah beritahu anda, saya tidak dambakan sebarang gaya hidup asalkan itu vegan dan baik. Sekarang ini, hanya makanan tanpa kesakitan. Saya tidak gunakan sebarang krim, krim tangan pada musim sejuk jika ia ada bahan orang-haiwan di dalamnya, seperti madu. Jika seseorang terbelinya, saya beritahu mereka dan segera buangnya.

Tetapi makanan buat masa ini, hingga kini, tetap suatu ‘senjata’ yang diperlukan bagi saya. Jadi jika saya perlukan lebih banyak, saya makan lebih banyak. Jika kurang perlukan, saya tidak makan. Saya tidak makan makanan juga. Itu dapat dilakukan. Bagi anda pula, anda sendiri, anda bekerja di dunia, anda makan mengikut apa yang badan anda tentukan. Jika anda rasa, “Makan ini, makan itu,” maka lakukannya. Cuma jangan berlebih-lebihan. Lapan puluh peratus kenyang adalah paling baik utk anda, biasanya, vegan. Dan dah tentu, jika anda rasa sebaik-baiknya anda makan makanan tanpa kesakitan, maka anda makan makanan tanpa kesakitan. Tapi senarai yg saya berikan hingga kini adalah tidak lengkap. Saya tiada banyak masa untuk buat segalanya dalam masa 24 jam. Supreme Master Television ialah keutamaan bagi saya kerana saya ada banyak rancangan setiap hari. Semalam, contohnya, 16. Kebanyakan daripadanya panjang, panjang dan rumit, tidak seperti sesetengahnya yang senang diuruskan. Jadi jika saya tidak buat dgn secukupnya bagi banyak perkara yang anda mahukan atau doakan, tolong faham.

Anda perlu bantu saya. Anda perlu. Anda perlu bersifat baik, menjadi vegan. Dan berdamai dengan diri sendiri, dengan jiran anda, dengan rakan anda, kekasih anda, teman lelaki, teman wanita anda, apa-apa saja yang berkaitan dengan anda. Jadi anda perlu berdamai dengan orang-haiwan, pokok, sungai, gunung, hutan, lautan, apa-apa saja yang baik untuk anda. Anda perlu berdamai dengannya, jaga kedamaian dengannya dan melindunginya kerana mereka melindungi anda. Itu untuk perlindungan diri. Okey, faham?

Apa-apa yang anda buat baik kepada makhluk lain di sekeliling anda, itu baik untuk anda. Sebab itulah Nabi Isa bersabda, “Ampunilah musuhmu.” Kerana jika anda cederakan musuh, maka akan ada lebih banyak kebencian dan karma untuk anda. Jadi Jadilah Vegan, Jaga Keamanan, Berbuat Baik. Terima kasih.

Semoga Tuhan berkati kita semua dan bawa kita pulang ke Rumah dgn selamat. Amin. Syukur kepada Engkau, Tuhan Yang Maha Berkuasa. Kami cintai Engkau. Mungkin banyak daripada kami jahil dan bertindak mengikut minda ego tetapi kami memang cintai Engkau dalam hati, dalam jiwa kami, mungkin secara diam-diam, mungkin secara terbuka. Jadi ampunilah kami, bantu kami, makrifatkan kami dan bawa kami pulang ke Rumah. Amin. Syukur kepada Engkau, Tuan.

Photo Caption: Menonjol untuk Mempercantik Dunia dengan Kecantikan Dalaman!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (13/13)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-26
2425 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-27
2039 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-28
1676 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-29
1573 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-30
1692 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-31
1570 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-01
1450 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-02
1455 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-03
1464 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-04
1440 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-05
1283 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-06
1418 Tontonan
13
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-07
1263 Tontonan